Saturday, December 12, 2009


Assalamualaikum

Pagi ni juga saya tak berkesempatan menulis dalam blog sendiri. Entah apa hikmahnya tak tau la saya.Mungkin kerana terlalu tergesa-gesa untuk keluar saya mengalami peristiwa ini.Tangan kanan saya ni masih berdenyut-denyut kerana terbakar.

Biasanya celik mata saja selepas berdoa saya akan membuat regangan ringkas tapi signifikan (meminjam kata2 prof Muhd Kamil), minum air suam dan tunggu azan subuh. Maka bermula episod rutin.Biasanya selepas solat isyrak baru saya keluar bilik .Tapi tidak pagi ni. Saya terlalu memikirkan janji dengan sekumpulan kawan saya untuk membantu mereka membuat pemeriksaan kesihatan dan kecantikan sambil promosi produk. Saya mesti berada di rumah kawan tu tepat pukul 7pagi.

Ada 3 menu yang mesti saya siapkan pagi ni untuk  hidangan tengahari anak2 saya.Untuk sarapan saya sudah belikan roti sandwich dan roti hotdog untuk pilihan pertama, dan saya akan belikan nasi lemak bungkus daun pisang untuk pilihan kedua. Pertama masak air..(hehe) kedua masak nasi dan goreng ayam untuk masakan sweet sour. Sayurnya sengaja saya tak buat..tugas ini saya tinggalkan pada anak perempuan saya..biar mereka makan sayur yang masih baru dimasak. Ayamnya dah siap digoreng - siap untuk ditumis. Maka dengan bangganya saya letak kuali kecik dan tuang minyak...kononnya kerja saya hampir bereslah tu. Tiba-tiba teringat pulak nak call kawan.. nak tanya pakai baju apa, color apa. Saya pun mulalah nak melangkah ke almari baju.

Baru nak menyela-nyelak baju dalam almari tiba2 hati teringat tadi saya nak menumis ayam..................... Allahu Akbar ! Saya berlari ke dapur (rumah kecik je). Kuali saya sedang terbakar.Nyalaan api tu mengeluarkan satu bunyi yang amat menggerunkan . saiz api lebih kurang macam tempayan kecik tu..Panic betul..Saya tengok api tu dan berfikir apa yang patut saya buat dulu. Punca api ialah minyak dalam kuali. Tak boleh siram dengan air.Punca kedua ialah udara. Jangan bagi udara lagi. Maka saya pun ambil kain2 lap kaki yang berselerak di lantai, basahkan bawah paip terus saya serkup kuali tu. Jantung saya makin kuat berdegup bila api tu makin besar le pulakkk.siap dengan sound effect sekali. .Asap dah memenuhi ruang tamu. Baru anak saya yang kecik tu datang..Dia terus kata apa ni mak ?????!!. Bila melihat api menjulang terus dia kata campak je kuali tu mak..Dengan gagah beraninya saya pun meredah api , ambil kain yang saya campak atas kuali tadi saya pegang kuali yang masih tetap menyala dan saya campak ke pintu belakang yang merupakan satu kawasan beranda yang kecik di tingkat 3.Muka saya ni panas tak terkira.Masa saya campak kuali tu..rupanya minyak yang panas tu bertaburan atas lantai entah masa bila saya terpijak.Ni drama aksi. Segala-galanya berlaku dengan pantas.Serentak dengan kuali tercampak tu saya pun jatuh terlentang.

Sudahlah muka panas berbahang, kaki luka.Anak saya cepat2 menarik tangan saya. Sempat juga saya menjeling api dalam kuali tu..Hajat saya kalau menyala lagi saya campak je ke tanah.Fuh..bila jantung dah kembali normal saya bangun perlahan. Baru la terasa tangan kanan saya ni berdenyut2 pedih. Bila saya tengok kulit tangan, nampak macam bintik-bintik putih sebesar biji saga. Apa yang saya ingat ialah Gel aloe vera. Cepat2 saya picit gel sapu pada bahagian tangan yang terlibat bermula dari jari2 sampai ke siku. dan basuh muka sehingga lega.
 Dalam kepala saya waktu itu ingin segera ke klinik.Sebelum masuk kereta sempat saya telepon kawan memberitahu saya tak jadi ikut dia.Sampai ke klinik saya terus ke bahagian KECEMASAN. Hebatnya saya menghantar diri sendiri masa kecemasan begini. Masa memandu tu rasa denyut sakit semakin kuat.Tanpa saya sedar lutut kiri saya juga dah melecur. apa lagi saya angkat kain sampai  ke lutut masa dalam kereta. Sambil tu jeling-jeling juga kut2 ada lori tinggi di sebelah kereta saya.Nasib saya baik. Saya tak perlu menunggu lama.

Sambil pegawai tu menyapu losyen pada tangan saya dia juga mengambil peluang menyampaikan ceramah yang amat berguna kepada saya. Katanya, " Lain kali kalau kena api, basuh atau rendam tangan dalam air terus. Api lawannya Air. Kemudian baru datang klinik. Usah ikut kata orang2 tua, takut ngelembung".Saya angguk kepala. Rasa macam pernah dengar ayat ni. Tapi mengapa saya tak ingat pulak. Inilah yang dikatakan dalam keadaan panic kita tak boleh berfikir secara rasional. Kerana salah satu sebab kita kena bertindak dengan cepat dalam masa yang amat minima.

Terasa sejuk bila terkena losyen putih.Kemudian dia mengarahkan seorang jururawat memberi suntikan kancing gigi di bahu kanan saya.Saya pulang berbekalkan ubat tahan sakit dan antibiotik hanya dengan bayaran rm1.00

Dalam denyut kepedihan tangan itu saya terpaksa singgah ke pasar untuk beli sarapan , ikan, udang kegemaran anak saya dan sedikit sayur-sayuran. Saya terpaksa menjawab soalan beberapa orang sewaktu di pasar tatkala mereka ternampak tangan saya yang bersalut losyen putih. Dengan satu perkataan sudah cukup untuk menjawab soalan mereka. Saya hanya kata " api" sambil tersenyum menahan sakit.

Empat pengajaran berharga yang saya perolehi hari ini.

Pertama : Api lawannya Air
Kedua   : Jangan panic
Ketiga   : Perasaan Bersyukur jauh di lubuk hati yang paling dalam ,yang lebih bermakna , yang harus diikuti 
               dengan sujud syukur.(kerana segalanya selamat dengan rahmatNYA, dan kerana Dia yang
               memberi ilham supaya saya menjenguk ke dapur semula).
Keempat: Saya mendapat ilham mengapa saya tidak jadi ikut kumpulan kawan-kawan saya.




2 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

udah lama saya ngak tengok blog ibu. Maaf. saya pun udah beberapa hari ngak tengok blog saya. Kesihatan tidak menentu diabetes saya sejak pulang ke tanah air meningkat mendadak sehingga bacaan paras glukos dalam darah 27.1( normal 5). Saya ngak bisa kawal makan...Saya baca tulisan ibu kesian tangannya melecur, lain kali hati-hati ya?

Mama Tanjong said...

Terima kasih Dr.Kerana mengingatkan.

Kadang-kadang kita cuba bertindak terlalu berhati-hati namun kita tidak dapat menolak sesuatu yang telah ditetapkan. Hingga saat ini ibu masih fobia kala melihat kilau api atau mendengar dapur gas dinyalakan.Kuali yang terbakar itu juga telah ditamatkan pekhidmatannya bermula dari tarikh kejadian.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails