Sunday, December 13, 2009

Gosok..jangan tak gosok





Peti ais pulak jadi sasaran saya hari ni.Disebabkan harganya yang murah, maka daya prestasi kerjanya juga agak rendah jika dibandingkan dengan peti ais yang lama.Bila saya buka pintu ruang 'freezer' terus tercabut dan terbelah dua. Saya diam seketika, adakah kerana saya yang 'brutal' atau kualiti peti ais ni yang rendah.Mungkin kedua-duanya la tu.

Saya keluarkan bungkah ais yang sudah hampir sampai ke bumbungnya.Ketul ais ini bercampur dengan air ikan dan daging, jadi saya letakkan pada pasu bunga, so tak payah lagi nak siram untuk dua hari..cukuplah nutrien untuk pokok tu.

Setelah dilap dengan air suam lebih kurang, saya ambil kain yang bersih dan lembabkan. Kemudian saya titiskan beberapa titik essen vanila atau ros atau apa saja yang ada dalam stok pada kain lembab bersih tadi dan saya lapkan seluruh bahagian dalam peti ais tu.Selesai kerja saya.Harumnya peti aisku

Sepatutnya kerja2 mencuci ini dibuat seminggu sekali supaya kerja2 menjadi lebih ringan, cepat mudah dan tentunya efisien.

Begitu juga dengan mangkuk tandas. Jika dibuat seminggu sekali tentu kita rasa kurang berselera nak membongkok dan menghenjut-henjutkan tangan kita ke dalam lubang mangkuk tu.Saya mencadangkan kepada anak2 saya supaya terus tuangkan cecair pencuci dan memberusnya sebaik selesai menggunakannya.Tentu tak de masalah aroma yang tak baik dalam tandas kita. Maka kerja-kerja menjadi lebih mudah untuk sessi pencucian yang berikutnya.

Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz yang tidak bergaji bahawa sekiranya kita bersolat dalam sebuah bilik yang ada tandas yang kotor bernajis bererti samalah seperti kita bersolat di dalam tandas. Begitu juga dengan masjid yang bersambung dengan tandas yang kotor bernajis (ada najis, berbau dan ada rupa najis) - samalah seperti kita bersolat di dalam tandas.

Jika difikirkan, Islam telah menetapkan kebersihan sebagai perkara utama.Tapi lihatlah sendiri di masjid2 atau surau seluruh Malaysia. Tentu kita pernah mengalaminya sendiri.JIka masalah pam..baikilah dengan segera.Jika penggunanya tak pandai menggunakan dengan betul buatlah sesuatu. Umpamanya ibu2 yang meninggalkan pampers di lantai.Buat teguran , di sini bukan masalah menjaga hati atau nak berbudi bahasa. Orang yang tidak tau menggunakan akalnya perlu dibantu.Orang yang tidak celik kebersihan..juga perlu dibantu celikkan matanya terhadap kebersihan.

Bagi saya tidak ada masalah yang tidak ada penyelesaiannya.Orang yang cemerlang menghasilkan sesuatu..Orang yang tidak cemerlang sering mencari alasan dan sering menyalahkan bulan, bintang, matahari, angin dan apa2. di sekelilignya ...dan inilah orang yang tidak pernah maju dalam apa juga hal

1 ulasan:

Anonymous said...

salam,
saya suka artikel ini. Masalahnya orang kita kurang menjaga kebersihan asas. Rumah boleh dihias cantik, tapi tanda PUNYA LA GELI.
Maaf saya berkata sedemikian, tapi bila saya pergi rumahn ni, masakan dimeja bukan main laigi hebat.. bila saya ke bilik airnya.. terus nak termuntah rasanya isi perut.
selepas itu bila saya dijemput atau diberikan makanan yg dimasakan hati terwas was dan teringat dan terbayang tandas bilik airnya yg amat kotor.. yuck..

lagi satu org kita duduk la kat rumah paling mahal sekalipun sampai ke london ke amerika skalipun sewa yg beribu riban seminggu, masih tak reti dan tak kesah menjaga bilik air dan tandas.
masuk rumah hebat keluar dari rumah tu hancing kotor sampaikan tuan rumah kena tukar segala.. bayangkan kalau yang duduk 3 tyahun 3 tahun tak bercuci.. yuck..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails