Sunday, December 20, 2009

Senaman Qi Gong - mesti buat



Saya terjaga awal mendahului masa 'alarm' yang biasa saya set pada telefon bimbit. Angin mengganggu ruang abdomen saya.Setelah berdoa dan bersyukur saya duduk membongkok untuk menyebarkan angin yang berkumpul. Setelah reda , seperti biasa saya melakukan regangan biasa berserta doa, meluruskan urat yang bersimpul.

Biasanya saya menghadap qiblat mengangkat tangan bagi mendapatkan getaran tenaga daripada Kaabah menggosok kedua tangan sambil membaca 3 Qul yang kemudian dihembus atas tapak tangan lalu menyapu ke semua bahagian badan kecuali bahagian tertentu.Sebelum menyapu saya pohon pada Allah agar diberi perlindungan dari segala kejahatan dan memohon diberi tenaga tadi untuk mengaktifkan darah. Kemudian barulah saya membuat senaman regangan untuk memulihkan kembali aliran darah dan saraf, merapatkan yang telah renggang ,meluruskan yang bersimpul. Jika darah berjalan dengan baik seluruh badan kita akan mendapat bekalan nutrien yang sepatutnya.Inilah tanggungjawab yang mesti saya buat untuk menjaga amanah yang diberi oleh Allah.Dia telah memberikan segalanya...kita hanya menjaga amanah yang diberi.

Habis senaman ringkas saya ke dapur terus meneguk air suam selepas memberi salam kepada panjaga air dan memohon pada Allah agar diaktifkan darah ,untuk kesihatan yang lebih baik.

Setelah lega semuanya barulah saya ke bilik air bagi menunaikan solat subuh.Sedar-sedar bila buka telekung matahari di belakang saya memancarkan cahaya yang amat terang .Hati pun turut merasa ceria dengan kedatangan matahari, maklumlah dua tiga hari sebelum ni cuaca mendung, muram dan sejuk.Kain baju pun dah terkumpul, tapi belum jadi bukit lagi. Saya terus ke beranda menatap pokok2 yang menghijau dan banjaran gunung yang berwarna biru ..tanpa pernah rasa jemu.Saya sedut udara pagi yang segar dalam-dalam. Lagi sekali saya melakukan senaman Qi Gong dalam masa tak sampai pun 10 min. Tapi cukuplah juga untuk keluarkan peluh.














Hari ini ada banyak perkara yang akan saya bereskan.Ia meliputi hal-hal dari pekan TM hingga ke pekan S.Saya memohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan.Apa yang saya tidak boleh lupa ialah tengahari nanti saya akan buat air sirap halia..Resipi keluarga untuk membuang angin dalam badan. Saya hanya perlu membeli halia, cengkih kayu manis dan gula batu.Jika suka saya akan masukkan sidikit pewarna merah.Sekali buat saya dapat menyimpan dua botol sirap.

2 ulasan:

UstazCahaya said...

Salam ziarah, MamaTanjong.

Saya dulu juga peminat senaman pernafasan seperti Qi-Gong, Chi, Tai Chi dan lain sebagainya. Banyak saya fotostep buku library yang berkaitan.

Pernah tengok senaman solat? Cuba cari di YouTube. Senaman silat juga tidak kurang hebatnya.

Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga mamatanjong dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

Mama Tanjong said...

Aamiin. Terima kasih ust cahaya.
Semuga anda mendapat nur Illahi selalu demi menerangi dunia Islam khususnya.Semua senaman bagus jika diamalkan.Saya akan cari senaman silat tu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails