Thursday, January 14, 2010

Apa Kata IMAM AL-GHAZALI - sebuah renungan .....


1. Sifat utama seorang pemimpin ialah baik hati.

2. Bencana akibat kebodohan ialah sebesar-besar musibah kepada masyarakat.

3. Seseorang itu tidak dikatakan terpelajar selagi sebelum tampak nyata ilmunya di
kalangan kaumnya.

4. Apabila dasar satu cita-cita mulia, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan
pengorbanan yang banyak.

5. Sebutkan nama yang paling disukai, baik atau tidak.

6. Pujilah orang yang suka menerima pujian dengan perkara-perkara yang baik.

7, Barang siapa yang tidak menjaga dirinya , maka tidak bergunalah ilmunya.

8. Ilmu itu iman , dan amal itu pengikutnya.

9. Masuk ke dalam dunia itu mudah , tetapi keluarnya amat sukar.

10.Tiada kemuliaan selain bagi siapa yang menghina diri dan tiada ketinggian selain
bagi siapa yang merendah diri.

11.Barang siapa yang menghabiskan waktu berjalan-jalan untuk mengumpul harta kerana
takut miskin, maka itulah yang miskin.

12.Barang siapa yang memilih wanita dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi
Allah , nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang besar.

13.Ketahuilah bahawa harta itu seperti ular, padanya ada racun dan padanya juga ada
ubat.Faedahnya itu ialah ubatnya , dan bahayanya ialah racun.

14.Ketahuilah bahawa TAUBAT ialh ungkapan daripada tiga perkara yang tersusn tertib
dan berturutan , iaitu ilmu , keadaan dan perbuatan. Ilmu merupakan penyebab bagi
segala perbuatan.

15.Ketahuilah bahawa sabar itu ialah suatu tingkat dari satu tingkat-tingkat agama
dan suatu kedudukan dari kedudukan orang-orang yang berjalan menuju kepada Allah.

16.Taubat itu harus berlangsung terus menerus dalam segala keadaan walaupun manusia
itu memang tidak sepi daripada kesalahan-kesalahan.

17.Orang yang tidak sabar sesudah bersedekah daripaa kebanggaan dan cacian ,
sesungguhnya dia telah membatalkan amalannya.

18.SABAR itu ada 4 jenis :
i. Sabar dalam taat
ii. Sabar dalam menahan diri daripada perbuatan maksiat.
iii. Sabar dalam menahan diri daripada godaan dunia.
iv. Sabar menderita terhadap cubaan dan musibah yang datangnya daripada Allah.

4 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Saya dah membaca dan memahami apa yang dikatakan oleh Imam Al Ghazali di atas cuma nak mengamalkannya perlu kesungguhan. Apa yang saya tertarik dengan Imam Al Ghazali ialah dia sanggup menggantungkan kepercayaan kepada Tuhan bertahun-tahun lamanya semata-mata hendak mencari kebenaran wujudnya TUHAN.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

menarik entri nie.. i like it so much.. :D

Mama Tanjong said...

Memang betui...kalau kita tak boleh buat yang berat...buat yg ringan2 dulu...tapi istiqomah. Allah suka org yang ikhlas..Allah tgk hati kita...bersih ke, hitam ke..kelabu ke...harap2 jangn le hitam ye.Allah tk tgk pakaian kita..

Mama Tanjong said...

selamat datang ke rumah saya En zul.Terima kasih semuga anda dirahmati Allah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails