Wednesday, March 24, 2010

Apa berlaku selepas Guru Pencen


Pukul 2 petang tadi saya keluar dari sebuah mini market di kawasan berhampiran dengan kediaman saya. Sambil berjalan keluar saya tunduk memerhati langkah dengan cermat , bimbang saya terpijak benda-benda yang tidak sepatutnya. Bukan apa , Saya sedang melalui sebuah kedai bengkel membaiki kereta. Manalah tau kalau-kalau saya tersepak peralatan pemilik bengkel tu , tak pasal-pasal tercabut pulak kuku kaki saya. Nak berjalan ikut kawasan luar kedai tak sanggup rasanya menempuh terik panas matahari sekarang ni. Satu lagi kerana bimbangkan pertambahan kuantiti pigmen kulit muka saya yang tak berapa nak putih ni.

Dalam pada saya berjalan tertunduk-tunduk tu tiba-tiba nama saya dipanggil. Terkejut pun ada, nasib baik tak tersedak. Puas saya perhati mukanya. Seorang lelaki India berseluar pendek paras lutut tersengih-sengih . Saya tatap wajahnya yang mirip Amitab Batchan tuh...lama. Dia menyapa.


'Awak dari mana ni ? '


ooo... baru teringat namanya. Betullah kata orang kalau kita dah berusia ..segalanya akan berubah. Tapi yang tidak berubah ialah suara kita. Cikgu Subramaniam ! saya panggil Subra je. Dia dah bersara beberapa tahun . Itu lah ..cikgu..walaupun dah bersara, orang tetap panggil cikgu juga....hehhee. Kalau pensyarah... belum pernah lagi orang panggil pensyarah setelah pencen.

Saya bertanya apa dia buat sekarang.


'Apa lagi saya nak buat.. saya berehat sepuas-puasnya'

' Kesian awak ,kerja guru sekarang semakin meletihkan'

'Tapi hati tak pernah merasa puas, kecuali kalau kita mengajar kelas peperiksaan

kita hanya rasa gembira bila melihat murid yang kita ajar tu berjaya.'

' Yang lain-lain tu kita hanya dibebani dengan tekanan demi tekanan'

Kerja utama kita untuk mengajar jadi tinggal 20% sahaja.

Budak-budak sekarang pulak tak mau belajar,

mereka lebih suka duduk-duduk tanpa matlamat.'


Saya tanya dia mengapa tak buat kelas tuisyen memandangkan anaknya juga dah ada pusat tuisyen sendiri di selatan tanah air.


' Kelas tuisyen sekarang pun bukan macam kelas tambahan macam dulu2.

Guru tuisyen terpaksa mengulang semula apa yang telah mereka belajar.

dan mereka hanya duduk ..mendengar.

Tak pernah bertanya apa-apa.'


Saya kira ini adalah kumpulan murid-murid kelas sederhana.. yang dipaksa oleh ibu bapa untuk ke kelas tuisyen berbayar. Kesian ibu bapa...kesian guru-guru. Mereka adalah mangsa keadaan. Remaja sekarang telah berada dalam keadaan yang begitu selesa. Apa yang mereka mau mudah saja nak dapat. Sebut apa saja....mak bapak selalu tunaikan. Maka tiadalah rangsangan untuk belajar. Mereka tidak pernah merasa susah. Pergi sekolah berambik berantar dengan kereta. Masa saya kecik-kecik dulu boleh bilang dengan jari nak dapat naik kereta. Kalau dapat pun naik kereta sapu je. Kereta sewa juga lah..tapi yang makruh punya. Sekali naik driver tu akan sumbat sampai sendat.. Jadi bila sampai je..lenguh juga lah pinggang ni kerana terpaksa duduk senget dari awalu hingga akhiruhu.


Itulah perbezaan pembelajaran dulu dengan sekarang. Dulu.. matlamat belajar kerana nak hidup selesa . Sekarang...matlamat belajar agar kabur. Saya sendiri pun tak tau nak kata apa lagi pada murid-murid saya. Mereka telah merasa segalanya .. makan sedap ..tidur hotel , berenang di kolam , dah jadi perkara biasa. TV dan komputer di depan mata .


Generasi pelapis kita tiada rangsangan kesusahan..

Mereka sedang berada di dalam zon selesa

Saya menunggu-nunggu bilakah mereka akan tersedak..membelek diri..memandang jauuuuh ke depan .. melihat peluang-peluang yang ada yang telah dirampas oleh orang lain.






6 ulasan:

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam mama tanjong,

Saya , kalau umur panjang dan sempat merasa nikmat pencen, saya nak menetap di Mekah. Dok kat sana buat amal , sementara menanti ajal menjemput. Masyaallah, semoga niat dan impian saya ni tercapai. Jom kita pegi sama-sama , dok kat Mekah.

Mama Tanjong said...

Salam CN
Kepala kita sama pulak ye. Pernah berangan nak menetap di Mekah. wow...Takkan kulupa wajah kaabah.Ok gak ye..kita dok sana.Pakai purdah.

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Salam,Eloklah tu saya pun cadang nak kembara kat Timur Tengah setelah ke Mekah. Sambil melihat dan merenung kesan sejarah di Tanah Anbia, insyallah sempat juga saya merakamkan fenomena di sana dalam karya-karya saya.

oldman said...

Pencen bukan bemakna pehujung segalanya bukan erti kita misti berihat sepanjang masa banyak yg boleh kita lakukan teutama sekali cikgu dari cikgu bermula segalanya walau pun secerdik mana kita sekayamana kita ia tetap bermula dari bimbingan guru,satelah pencen cikgu boleh lagi menabur bakti pada anak2 bangsa mebinben mereka menjadi bangsa bukan saja cerdik tapi bijak...bayangkan apa akan jadi pada dunia ini jika tiada guru2 menabur bakti......

Mama Tanjong said...

Salam Dr,
Idea yang baik tu. Ziarah bumi Allah yang penuh misteri..Jauh berjalan, luas pandangan.. bertambah ilmu sambil dapat membina jati diri.Jauh di sudut hati saya ingin kembara ke mana saja . Tapi hanya berangan je la

Mama Tanjong said...

Tq and salam Oldman,
Benar,pencen hanya noktah khidmat bergaji.Bakti harus diteruskan. Cikgu tetap cikgu walau di mana pun kita.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails