Monday, March 29, 2010

Hadiah di hujung minggu




Hujung minggu ni nampaknya saya tidak dapat menghabiskan masa dengan semua anak. Hari Sabtu sekolah saya mengadakan mesyuarat agung PIBG. Hari Ahad saya membawa murid-murid saya menyertai pertandingan melukis di universiti berhampiran. Yang duduk asrama tak dapat balik. Dua orang anak pergi mengikuti kem Rakan Muda..Walaupun ke mana mereka ber'camping' saya kira itu lebih baik daripada mereka duduk terpaku di depan komputer tidak bergerak-gerak. Hanya yang bongsu je yang sempat menemani saya berjalan merata ceruk .
Saya tau dia teringin nak beli headphone , tapi dia tak pernah minta. Bijak betul budak ni. Daripada ayatnya saja sudah cukup membuat kita mengalah.. Dia akan kata

" anis punya headphone dah rosak...
Afiq terduduk atas dia...patah.
Periksa baru-baru ni Anis dapat nombor kurang dari 5.
Kalau dapat headphone baru..... bestnyer.."

Saya tanya berapa harganya. Dia kata

" issy.. mak tak payah beli le ..
nanti duit mak habeh.
Yang elok tu mungkin dua tiga puluh kut ".

Saya mengira-ngira dan mencongak baki duit dalam purse. Terus saya berhentikan kereta di sebuah kedai komputer . Saya kata
'mak nak beli CD kosong da
pen pendrive'

Sebaik-baik je pintu kedai ditolak mata saya terus melilau mencari di mana headphone.

"Anis pegi le tengok headphone .. Yang mana elok."
Haha...senyumannya melebar.. saya membeli barang yang saya cari. Kemudian terus ke bahagian longgokan headphone yang tergantung berbagai rupa , bentuk , warna dan harga yang berbagai. Saya tanya" yang mana elok ? ewah.... laju je bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya. Lastnya dia kata


" cukup ke duit mak ?

Bagi saya, ada ketikanya saya tak perlu membilang-bilang duit saya demi kegembiraan hati anak-anak. Sama seperti nak berderma atau bersedekah ...tak perlu tunggu duit berlebih atau duit banyak. Duit yang kita pegang hanyalah pinjaman sementara. Tidak ada satu benda pun yang kita boleh mengaku hak kita hatta kedua-dua biji mata kita ni.

Dalam perjalanan pulang orang sebelah saya duduk senyap je dengan headphone dah siap bertenggek atas kepalanya. Hujung cable tu dah terpacak pada telefon bimbitnya. Entah lagu apalah agaknya... Yang saya nampak seperti dia nak menghantuk-hantukkan kepalanya ke depan.




2 ulasan:

UstazCahaya said...

Salam Kak MT.

Saya sukakan ayat ini:

"Bagi saya, ada ketikanya saya tak perlu membilang-bilang duit saya demi kegembiraan hati anak-anak. Sama seperti nak berderma atau bersedekah ...tak perlu tunggu duit berlebih atau duit banyak. Duit yang kita pegang hanyalah pinjaman sementara. Tidak ada satu benda pun yang kita boleh mengaku hak kita hatta kedua-dua biji mata kita ni."

Bagus juga agak tak

Mama Tanjong said...

Salam ustaz cahaya.
Kadang-kadang kita perlu juga memandang kehidupan ini dari perspektif kanan-kanak.Duit bukanlah segalanya kadang-kadang dia tak mampu membeli kebahagiaan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails