Thursday, March 11, 2010

Lemahnya Lelaki itu


Semalam saya tak keje . Dr peribadi saya mengarahkan saya supaya banyak rihatkan badan. Barulah saya sedar dah lama saya tak menyandarkan badan di sofa sambil menonton tv. Best juga... di waktu orang lain bekerja , saya bersantai nonton tv. Tapi saya suka tgk tu sebab pengacaranya ialah Wardina dan Ely.
Satu topik yang dibincangkan ialah mengenai 4 orang kanak-kanak telah dikunci dalam rumah oleh bapa mereka. Semua kanak2 tu masih kecil. Bimbangkan keselamatan mereka , sebab itulah mereka dikunci untuk membolehkan bapanya keluar bekerja. Ibu kepada kanak2 ini dilaporkan telah menghilangkan diri..Kesian. Bila perkara ini tersebar, maka berduyunlah umat Muhammad muncul memberi bantuan dan simpati . Orang kata " turun padang" lah orang2 yang selama ini menjadi kaki bangku... bermain bola ..dan ada juga yang menyingsing lengan.

Saya kurang memberi perhatian terhadap tindakan yang diambil terhadap kanak-kanak dan keluarga malang ini. Saya fokuskan minda kepada persoalan mengapa ibu kepada kanak2 itu sanggup meninggalkan mereka. .Membawa rajuk hati ke atau tidak mampu lagi menanggung tekanan demi tekanan yang dilemparkan kepadanya.
Saya membuat andaian bagaimanakah situasi sebenarnya sekiranya perkara sebaliknya berlaku. Si Bapa meninggalkan anak-anak dan isterinya TANPA meninggalkan APA2. Adakah masyarakat akan peduli..Adakah orang-orang yang BERNAMA akan turun padang juga ? adakah badan2 penyiaran akan dipanggil untuk melihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu yang ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil itu ?


Kesian IBU TUNGGUL itu menjadi IBU TUNGGAL dan IBU TINGGAL.


Ada banyak ibu seperti ini sekarang . Namunmereka tetap gigih menyambung tugas dan mengambil alih tugas lelaki yang bernama suami . Benarkah apa yang dikatakan oleh seorang penyanyi dalam lirik lagunya


Lelaki ini yang terlalu menyintaiku ........



4 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

salam.Iya, banyak berlaku ketidakadilan dalam dunia ini terutamanya dalam hubungannya dengan wanita. Wanita akan dianggap ini dan itu dalam banyak hal. Sebaliknya lelaki diambilberat sekirannya berlaku sesuatu yang menimpa lelaki itu walaupun dalam kes yang sama.

Mama Tanjong said...

Setuju ye.
Islam itu amat indah dan mudah.Tetapi kerana adanya manusia kurang bijak yang memegang tugas berat ini .. maka perlaksanaan cara hidup Islam yang sebenarnya terabai.Ramai wanita menjadi mangsa.

KAMATO said...

tindak-tanduk di dunia ni memang sering tidak adil dalam banyak perkara...

Mama Tanjong said...

Yes KAMATO ,
Hanya peraturan yang dicipta oleh manusia sahaja yang tidak relevan utk diguna pakai sepanjang zaman.Apa yg telah ditetapkan oleh Allah amat indah utk diikuti.Kepincangan yang ketara timbul hanya kerana kelemahan manusia..setuju kan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails