Wednesday, April 7, 2010

Apabila Guru naik angin

Masa yang diperuntukkan kepada subjek saya sebanyak 105 minit seminggu harus saya gunakan semaksima mungkin. Justeru saya cuba elakkan apa saja kekangan yang menerjah momentum kerja saya.






Ahmad Hijazi tidak berpeluang belajar Pendidikan Seni Visual di dalam kelas biasa tetapi kerana minatnya dia mengambil subjek ini dalam SPM dan berusaha sendirian di bawah bimbingan saya dan Pn Hazrin. Foto ini diambil ketika diadakan bengkel membina model kereta.






Mengajar kelas hujung atau dalam kata lain murid-murid yang malas menggunakan daya fikir mereka dengan sebaik-baiknya amat menguji darjah kesabaran saya. Tapi itu bukanlah jadi alasan untuk saya membiarkan mereka merempuh kehidupan ini tanpa panduan. Hendak menyalahkan sistem pendidikan negara 100% juga tidak begitu membantu tugas saya.





Seorang murid 5 Waja sedang menyiapkan model kereta untuk kerja kursus SPM








Kalau kita perhatikan negara jiran kita, mereka amat menitik beratkan pendidikan terhadap golongan begini. . golongan yang tak tau , tak mau dan tak peduli apa-apa. Tunjuklah kepala gajah ke dalam kelas... mereka tak hairan. Itulah bangsaku yang bernama Melayu. Ingin saja saya tukarkan nama bangsa saya jadi Melaju atau Melaku kata orang Jawa .....biar mereka tidak lagi layu.. sentiasa laju dalam mengejar apa saja seperti yang dilaungkan dalam setiap kali azan bergema. Mereka tidak mau dan tidak mampu lagi mendengar teori itu dan teori ini lagi . Bagi saya biarlah mereka diberi kemahiran yang boleh mereka jadikan kerjaya yang menguntungkan kehidupan mereka.
Tapi apa yang amat mencabar kewarasan saya hari ini ialah perangai segelintir murid-murid bangsaku. Masa yang diberi untuk mereka menyiapkan kerja kursus tak sampai dua bulan saja lagi. Saya lihat hanya separuh saja yang masuk studio. Mana lagi yang lain? biasalah kelas hujung dengan masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas. Saya tarik nafas dan memberikan tumpuan pada murid-murid yang ada. Selesai membimbing mereka dan terasa boleh ditinggalkan barulah saya keluar pergi mencari port mereka yang ponteng kelas tu. Berbekalkan sebatang rotan saya menarik nafas sambil berselawat saya melangkah laju menaiki tangga bukit , kemudian menaiki satu lagi tangga bangunan. Sambil melepaskan cungap di tepi dinding kelas yang menjadi port lepak murid-murid tadi saya berdiri memasang telinga. Ada yang menjerit2 , ada yang menyanyi dan ada yang berbual2. Umur mereka sudah masuk 17 tahun , sudah boleh berfikir. Murid-murid dari kelas bangunan bertentangan sudah dapat menghidu kehadiran saya dan boleh mengagak apa yang akan saya lakukan. Saya berbisik.. ya Allah.. peliharalah diriku.

Saya melangkah perlahan2 dan berhenti di depan pintu. Semuanya terhenti. Kaki di atas meja diturunkan. Yang menjungkitkan kerusi membetulkan semula kedudukan kerusi. Yang menyanyi segera mematikan suara. Yang duduk atas meja segera berdiri terkial-kial mencari tempat meletakkan ponggong. Yang bergayut mengelamun di tingkap segera menoleh ke arah saya bila menyedari keadaan sunyi sepi. Inilah bangsaku .. sangka ibunya anak-anaknya sedang belajar.
" Sekarang masa apa ? "
"Saya nak semua keluar dan berbaris".
Lima minit mereka siap buat barisan di kaki lima.
" Lipat kaki seluar awak ke atas , saya nak tengok betis awak"
"awak tau kesalahan awak ?

"ya cikgu , kami ngaku salah".
seorang murid bersuara mewakili ketujuh-tujuh murid lelaki.
Saya terangkan kepada mereka mengapa saya beri hadiah istimewa itu . Pujuk sudah, nasihat sudah , ceramah sudah . Saya memegang amanah yang amat berat. Saya menyuruh mereka segera turun ke studio seni. Tanpa membawa apa-apa peralatan, mereka akur.Dua orang menyelinap lari menghilangkan diri entah ke mana. . Salah seorang murid tu pernah saya telefon keluarganya kerana kes ponteng. Kakaknya memberitau adiknya pergi sekolah tiap2 hari tetapi rekod menyatakan dia tiada di sekolah.
Saya termenung penuh syukur kerana tiada seorang pun yang melawan atau biadap dengan saya. Teringat saya pada minggu lepas seorang guru telah ditengking oleh kumpulan ini hanya kerana guru tersebut bertanyakan maklumat peribadi salah seorang daripada mereka ketika berada di studio saya. Murid tersebut tidak tahu apabila ditanya pendapatan bapanya.

Sehari selepas kejadian tersebut saya cuba berbual sambil memujuk murid ini dan menegur apa yang telah dilakukannya. Alhamdulillah .. dia menunjukan reaksi yang memberangsangkan. Sibuk dia bertanya itu ini untuk menyiapkan folio tugasannya. Saya berazam membantunya untuk menjadi manusia berguna memandangkan dia telah pun berhenti sekolah ketika di tingkatan 4.







Pn Hazrin sibuk membimbing murid-murid 5 Waja dan 5 Arena menyiapkan kerja kursus


4 ulasan:

pak long said...

salam buat mama..
ingat melayu tukar pada mekar la mama...baru jadi mekar sejambak....

ustaz eds said...

salam mama...
memang betui, bebudak yang malas dan bermasalah disiplin ni selalu je menaikkan darjah temparature kita....apapun moga Allah kurniakan sifat kesabaran yang tinggi buat kita bernama pendidik ini....melayu mudah lupa

Mama Tanjong said...

w.salam Pak Long.
Kalau tukar Melayu kepada Mekar. , hehe,,payah pulak kita sebut dengan hujung getaran huruf r tu Pak Long..Tak pe..nanti kita beri cadangn pada sidang parlimen akan datang ye

Mama Tanjong said...

Salam Ustz
Hanya yang mengalami saja yang memahami perasaan kita sebagai guru. Semuga Allah memberkati segala usaha kita untuk membina bangsa yang berilmu.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails