Tuesday, May 25, 2010

BUNTU tak terBANTU





Hari ini merupakan minggu kedua sekolah menjalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Bermula dengan kelas-kelas Tingkatan 4 , 5 dan 6 diikuti dengan Tingkatan 3. Sementara menunggu masa untuk mengawasi kelas 3 Wira saya membelek-belek buku kedatangan kelas 3 Arena ...kelas terakhir dalam Tingkatan 3 daripada 9 kelas.. Kelas di bawah jagaan saya.




Saya mencatat dari satu petak ke satu petak hingga ke petak paling bawah berpandukan secebis kertas catatan penolong ketua kelas. Saya tanda dengan teliti, tanpa mengerdipkan mata. Bermula dengan tanda bulatan untuk murid yang tidak hadir , kemudian barulah ditanda dengan (/) untuk murid yang hadir. Jika tersilap , tak boleh padam dengan cecair pemadam....ini arahan.. 9 orang murid tidak hadir walaupun hari ini ialah hari peperiksaan


Saya mencari nama seorang murid... Ct Aisyah. Syukur alhamdulillah.. datang juga budak ni. Saya tak pernah tengok dia senyum. Doktor kata dia tak sakit apa2. Tapi...air mukanya menggambarkan dia menderita menahan berbagai kesakitan. Berbagai doktor dia dah jumpa termasuk Dr pakar. Mata kuyunya terperosok sedikit dalam lubang mata . Saya kira andainya dia sihat pasti ia menjadi rebutan di kalangan murid2 lelaki sekolah saya dengan mulut yang mungil , hidung terpacak dan bulu mata yang lebat . Cukup pakej jugalah kiranya. Bulan lepas saya berkunjung ke rumahnya bagi memastikan keadaannya. Apa yang boleh saya katakan ..nak cakap pasal ubat..bukan bidang saya. jangan tidak berbahasa basi saya tanya ibunya , kira macam cadangan jugalah.. supaya berubat spiritual. Ibunya menggangguk2 tanpa saya ketahui dia setuju ke a atau apa ke.




Saya tengok nama seorang lagi murid lelaki. Muhammad Azmi. Bulan ni langsung tak nampak muka, termasuk hari ni. Lepas tamat waktu pengawasan saya terus masuk pejabat dan menelefon bapanya. Ketika menjawab panggilan saya bapanya sedang berada di PD. Dia pun tak tau anaknya sepatutnya datang hari ini untuk menduduki peperiksaan. Kami berbual panjang. Bapanya dah mati akal tak tau nak buat apa dengan anaknya. Beberapa jenis kem motivasi telah dihadirinya.... yang berbayar , yang percuma ,namun tak berubah juga.




Saya katakan padanya


" anak encik cerdik ,


sayang jika dia sering ponteng begini ".


" Cikgu bantulah saya agar masa depannya tak sia-sia"




Saya hanya seorang guru biasa...tak punya apa-apa kecuali semangat profesionalisme keguruan. Dalam satu sms saya kepada bapa murid ini saya katakan " Saya akan cuba bantu setakat yang saya mampu". Jauh di sudut hati saya juga buntu. Sedangkan pakar motivasi pun tak berjaya mengubahnya...Boleh ke saya bantu.

Wednesday, May 19, 2010

SEKUNTUM BUNGA SEBUAH PENGHARGAAN

Ketika anak-anak saya masih di sekolah rendah sayalah yang paling sibuk menyediakan hadiah-hadiah untuk guru-guru mereka setiap kali kedatangan Hari Guru. Saya lebih gemar membuat sendiri kecuali jika terlalu suntuk saya hanya membeli dan membungkusnya. Amalan ini mula berkurang apabila mereka memasuki sekolah menengah dan meninggalkan sekolah. Namun saya tetap juga mengingatkan mereka agar menghantar pesanan ringkas ucapan penghargaan kepada guru-guru mereka.


Tahun ini saya mengorak langkah untuk meneruskan amalan serupa . Bersama rakan-rakan saya mula menggubah bunga dan cenderamata lainnya untuk dijual kepada murid-murid saya. Dengan harapan setiap guru akan mendapat sekuntum bunga daripada murid-murid. Setiap guru akan mengukir senyuman tanda diri mereka dihargai dan dikasihi.














Kami cuba mendapatkan bekalan bunga dengan harga terendah agar dapat dijual dengan harga paling minima dan mampu beli. Pastinya bunga mawar merah menjadi pilihan. Sasaran utama ialah murid-murid sessi pagi , selebihnya akan kami jual kepada murid sessi petang.











Tiba hari yang dinantikan pada 17 MEI jam 7.30 pagi kami mula berkumpul untuk diarak menuju ke tapak perhimpunan oleh kumpulan kompang sekolah bersama bunga manggar sebagai penyeri majlis.






Kumpulan kompang berdebar-berdebar menanti saat untuk melepas geram pada kompang masing-masing.









Majlis sedang mendengar ucapan daripada Yang Dipetua PIBG manakala Puan Pengetua Cemerlang sedang berdiri mengawasi anak buahnya bagi memastikan mereka berada dalam keadaan yang selesa di atas lantai tar yang dingin.







Selesai upacara majlis gerai jualan bunga diserbu oleh murid-murid.
Bunga mawar merah telah kehabisan stok.
saya berhempas pulas membuat bunga yang baru daripada bunga-bunga yang hampir dijadikan ' bunga reject'.
selesai jualan
saya menjangkakan mereka telah pun menyampaikan kuntuman bunga mawar merah kepada guru-guru yang mereka kasihi.
Sangkaan saya meleset.
Sebahagian kecil saja bunga tersebut sampai ke tangan guru
Yang lain
mereka berikan kepada buah hati masing-masing
Kesian GURU

Friday, May 7, 2010

Bijak tapi Tak cerdik

Bercakap mengenai sistem pendidikan di negara ini umpama sembang kosong kopitiam .Boleh bercakap , tapi hanya sebagai hiburan tanpa skrip . Kita ketawa dan tersenyum tatkala menonton , dihujung episod kita telah mengetahui 'ending' nya.



Setiap kali bercakap mengenai pendidikan , atau cerita mengenai pengajaran dan pembelajaran semua khalayak akan bercakap mengenai lulus periksa. Isu peperiksaan tidak pernah berhenti diperkatakan dari awal tahun hingga hujung semester. Pergi sekolah bererti untuk belajar , mengambil peperiksaan dan mesti lulus untuk mendapatkan sijil terbaik.



Bermakna murid yang baik ialah murid yang rajin belajar , murid yang lulus cemerlang dan pastinya mereka adalah manusia golongan bijaksana dan bijaksini. Golongan inilah yang akan menjadi celebriti sekolah yang akan dilayan bagai anak emas. Tumpuan 100% akan dicurahkan . Sebut saja program apa untuk mereka pasti pengetua angguk kepala sampai ke meja.



Kesian murid yang tidak bijak. Mereka akan terus dileteri dengan berbagai salahlaku . Daripada kes ponteng sekolah , ponteng kelas , hisap rokok dalam tandas , menconteng dinding , malas belajar , tidak bawa buku , tidak buat kerja sekolah , melawan guru , jadi kutu rayau dalam kawasan sekolah dan sebagainya. Semuanya mengundang berbagai penyakit kepada kaum guru.





Bila keputusan peperiksaan diumumkan penuhlah muka depan akhbar dengan kisah kejayaan murid2 bijak ni.
Apabila ditanya rahsia kejayaan , jawapannya mestilah " saya buat ni ...saya buat begitu ...bapa saya kata begini, begitu dan belajar dari guru tuisyen yang bijak". Jarang2 yang meletakkan kaum Guru pada ayat pertama. Lebih melucukan pula mendengar jawapan seorang Guru Besar yang menyatakan " Kejayaan murid2nya adalah kerana amalan membaca yasin setiap pagi." Memang amalan itu membantu .. tetapi biarlah itu sebagai bukan ayat nombor satu. Kesian Cikgu2 sekolahnya.



Oleh kerana murid2 bijak ini terlalu merasakan kehebatan diri mereka adalah punca utama kejayaan mereka dan juga menjadi penyumbang utama kepada peningkatan peratusan peperiksaan maka terasa tinggilah diri mereka. Apabila telah masuk ke alam kerjaya makin terasalah hebatnya mereka. Pernah beberapa kali saya terserempak dengan murid-murid bijak ini. Mereka hanya memandang dengan ekor mata dan membuat andaian cikgu ni tak kenal dia lagi. Inilah produk sistem pendidikan kita .



Lain halnya dengan murid2 kurang bijak tadi. Murid2 yang sering dileteri , yang ditarik telinganya ... itulah yang akan menjerit memanggil cikgunya di jalan atau di pasar2. Rupa2nya inilah sebenar2nya murid2 yang cerdik walaupun tidak bijak belajar. Mereka cerdik kerana walaupun tidak bijak matematik , tidak bijak sains tetapi mereka tetap boleh berdikari dan berfikir bagaimana untuk mencari duit.



Murid2 bijak tadi yang memenuhi Universiti masih lagi perlu dibimbing bagaimana untuk membuat rujukan di perpustakaan kerana selama ini mereka selalu dimanjakan , nota diberi oleh cikgu ..juga hand out sering dibekalkan dan mereka hanya perlu mengunyah dan menelan saja apa yang telah disuapkan



Apa yang lebih menunjukkan murid bijak tapi tak cerdik ini ialah meningkatnya kes sex bebas dan pembuangan bayi. Sepatutnya murid bijak lebih mengetahui bahawa jika mereka menghampiri zina , mereka akan terdorong untuk berzina , dan akibat zina ialah lahirnya bayi yang tak sah taraf.





Inilah hakikatnya...
BIJAK ..
tapi
TIDAK CERDIK.









Semuga anak muridku ini akan menjadi seorang pengusaha Kain Batik atau paling kurang menjadi pekerja yang bertanggung jawab di sebuah kilang batik

Wednesday, May 5, 2010

Batik Painting + Batik Canting + Batik Cantik

Semalam dan hari ini saya membawa 25 orang murid sekolah saya menghadiri bengkel Kraf Batik di Universiti Pendidikan Sultan Idris . Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi merealisasikan program kecemerlangan akademik sekolah saya. Ia juga merupakan pendedahan pertama bagi semua murid yang menyertai bengkel ini. Program kerjasama dengan tenaga pengajar dari universiti ini di mulakan jam 9 pagi hingga 4 petang selama dua hari berturut-turut. Banyak ilmu yang kami perolehi hasil dari bimbingan pereka seni Studio Batik , En Azhar.







Setelah memasang besi pemidang kain putih diregangkan. Biasanya kain yang digunakan ialah kain sutera , fuji atau kain kapas. Sebelum digunakan kain tesebut mestilah dibasuh terlebih dahulu bagi menghilangkan kanji.Ini bertujuan untuk memudahkan daya serapan warna ke dalam kain.






Setelah kain diregangkan dengan kemas barulah boleh mulakan kerja.
Kami diperkenalkan dengan teknik ' layer' .Sebelum mencanting masukkan warna pertama dulu sebagai warna latar belakang. Kemudian barulah mencanting , iaitu melukis dengan menggunakan lilin yang dicampur damar.








Setelah mencanting barulah masukkan warna. Warna batik biasanya dibancuh dengan air panas berpandukan sukatan tertentu.








Sebaik sahaja warna telah kering ,kain tadi disapu dengan pemati warna (sodium silikat) selama 12 jam. Pemati warna ini bertujuan untuk memastikan warna tidak luntur apabila dibasuh. Rupanya bolehlah dikatakan seakan-akan gam kanji.
Setelah cukup masa barulah kain tadi di rebus bersama dengan 'soda ash' untuk menghilangkan lilin.

Akhir sekali kain di cuci dan disidai di tempat teduh.






Inilah Sifu dan designer yang berpengalaman sedang khusyuk mencanting .
En Azhar amat berpengalaman dalam bidang Batik Kraf.












Guru-guru pengiring Pn Rohana dan Pn Hazrin sedang sibuk mencanting berkongsi pemidang dengan murid





Monday, May 3, 2010

Kempunan Laici Kang Suam


Hari ini saya benar-benar rasa tertipu . Bukan ditipu oleh sesiapa , tapi saya ditinggal oleh masa. Entah apa yang saya sibukkan sangat hari ini pun saya tak tau. Apa yang saya ingat ialah kepala saya rasa tak boleh fokus . Badan saya rasa seperti baru mengambil dadah...ops...bukan salah guna dadah ye. Macam ambil ubat batuk kat hospital tu . Akibatnya saya merana juga - lupa makan , lupa minum. Sedar2 tekak rasa kering je.

Baru saya teringat pagi tadi saya ada mengambil sejenis makanan tambahan dengan harapan dapat memulihkan perjalanan hormon dalam badan saya. Maklumlah kereta lama , pasti banyak memerlukan penambahbaikan di sana sini. Saya rasa terlalu mengantuk .. semua objek yang saya pandang nampak macam ada dua. Bila pandang orang .. pasti matanya ada 4.

Sedar-sedar saya tengok ramai guru petang dah sampai.. Alamak .. hampir pukul dua. Saya tak dapat balik lewat hari ni. Risau anak yang di rumah tu kelaparan .

Sebaik saja kunci kereta saya pulas saya dah membayangkan nak minum laicikang , minuman kegemaran saya. Saya selalu buat sendiri di bulan puasayang resepinya saya dapat dari seorang kawan berbangsa Cina. Cukup dengan 3 bahan utama iaitu buah kembang semangkuk , getah anggur dan selasih. Yang lain-lain saya tambah sendiri . Biasanya saya tambah gula batu , buah teratai , longan (menggantikan buah laici) , sago besar , cincau , kacang tanah , buah kundur dan honchoi. Saya jarang minum laicikang bersama ketul2 ais seperti yang terdapat di kedai2. Hanya satu kedai saja yang menepati citarasa saya.

Saya terus memecut . terbayang2 nikmat kala menyedut laicikang dengan buah kembang semangkuk. Untuk makan tengahari ni saya bercadang nak makan gado-gado saja menggantikan nasi . Sambil pesan gado-gado dan ABC ( air batu campur) untuk anak saya di gerai sebelah saya terus pesan laicikang suam di gerai yang biasa. Saya memilih sebuah bangku berhampiran sebuah kipas besar untuk menunggu pesanan saya . Tak sampai 5 minit gado-gado siap dibungkus , diikuti ABC tiga minit kemudian berlonggok depan saya. Habis membayar harga gado-gado dan ABC saya menjeling gerai sebelah , melihat pesanan laicikang. Dua orang pelanggan mengambil tempat di sebelah saya , lima minit kemudian dua mangkok laicikang ais terhidang depan mereka . Saya meneguk air liur ketika melihat buah kembang semangkuk terjulur di hujung mulut perempuan tu..
Eehhh ..!
Mana laicikang saya ?

Dua orang perempuan ni datang kemudian dari saya dah pun dapat. Saya lihat tauke kedai yang amat kedekut dengan senyuman tu keluar masuk dapur , lalu lalang depan saya. Mata saya terpandang pada sebungkus plastik di atas peti ais krim yang saya pasti itu laicikang yang saya pesan. tapi mengapa dia tak hulurkan pada saya macam tauke gado-gado ni. Mengapa dia tak beritahu saya andainya dia malas nak bagi pada tangan saya di atas meja menunggu saya. . Kepala saya penuh dengan tanda ?? Saya rasa tak sedap hati .. Rasa nak pegi masuk Batu Belah Batu Bertangkup..
Dengan penuh rasa keciwa .. saya membawa rajuk hati ..Tanpa dirancang saya bangun perlahan-lahan .. tanpa menoleh kiri kanan saya terus meninggalkan gerai. . Selera saya mati

Apalah erti perniagaan tanpa pelanggan.
No Customer,
No business

Sebelum jual barang
Juallah senyuman
Customer
is Always
Right

Seorang pelanggan boleh membawa 10 pelanggan baru.
10 pelanggan boleh membawa 100 pelanggan baru.
Kehilangan seorang pelanggan
bererti
kehilangan
perniagaan.












Related Posts with Thumbnails