Friday, August 27, 2010

Seronok ke Jadi Cikgu

Yang perempuan ni rajin sangat nak belajar,
mudah menurut arahan cikgu dan berdisiplin.

Lelaki Melayu terakhir bersama cikgu Hazrin
sedang tekun menyiapkan kerja kursus KRSV di saat akhir.
Penilaian kerja kursus murid di studio PSV

Semalam saya berbual dengan seorang murid Tingkatan 5 bernama Syukri. Kira kelas yang hujung juga la.. Budak ni tak berapa pandai dalam kebanyakan mata pelajaran tapi boleh dikira cerdik juga. Ada karisma , wajahnya termasuk kategori ' good looking' dengan rambut ala berus sabut. Apa saja yang saya suruh buat...dia akan buat..tapi..tak mencapai standard yang saya tetapkan. Namun ia mampu membuat saya rasa puas .

Dia pandai mengambil hati saya . Kala saya muram keletihan.. ..dia pasti akan bertanya ,
" cikgu lapar ke ?
Biar saya belikan .. cikgu nak makan apa .
Koop masih bukak lagi tuh.
Laju je saya jawab
Tolong belikan air mineral , roti sardin , yogurt, kerepek ubi pedas dan cloud 9.
Kadang2 dia akan menemani saya makan sambil berbual. Habis sekolah waktu petang dia akan membantu ibu saudaranya berjual kuih digerai. Saya tanya dia buat apa dengan duit gaji dia tu.

"Duit tu saya simpan dalam bank"
Bila dah banyak saya nak pinang awek saya..
Jawapannya membuatkan saya termenung panjang . Tak sangka budak ni ada juga wawasan. Saya bandingkan dengan kawan2 sekelasnya yang lain. Sepanjang masa asyik berbual kosong , berkeliaran ke sana sini waktu belajar . Bila cikgu masuk kelas hampir semua buat tak tau, masing2 telangkupkan muka di meja. Bila cikgu suruh buat kerja , mereka akan menjawab : malas, malas, malas.
Saya fikir kalau budak2 tu dimandikan dengan air zamzam pun belum tentu lagi hilang malasnya. Sebabnya hari2 mereka melafazkan zikir yang sama:
malas , malas, malas , malas , malaslah cikgu !!!
Bulan ni seorang daripada mereka dibuang sekolah kerana mencuri . Tapi yang peliknya dia masih berminat nak ke sekolah.
Lewat peperiksaan Percubaan SPM baru2 ni saya terkejut melihat hampir 2/3 daripada murid kelas Shukri tidak mengambil peperiksaan Kertas 2 PSV. Setahu saya sebelum tu mereka mengambil Kertas 1 PSV. Soalannya di mana port mereka menyembunyikan diri selama 3 jam kertas tu berlangsung.
Atas rasa nak membantu saya menyuruh mereka mengambil Peperiksaan Kertas 2 PSV di hari lain. Saya hulurkan kertas , pensil dan warna. Mereka menyambut barang-barang yang saya beri. Saya tinggalkan mereka dalam studio saya dengan diberi masa 3 jam. Kemudian saya ke kelas lain untuk mengajar. Dalam masa 10 minit saya datang semula ke studio untuk memastikan mereka menyiapkan kertas peperiksaan tersebut.
Subhanallah.!! semua dah lesap.
Sampai hari ni saya tak dapat kutip kertas 2 PSV.
Terkenang saya pada satu pertanyaan Shukri ...
Seronok ke jadi cikgu ?
Bagi saya, saya akan merasa seronok dan puas kiranya
murid2 mendengar apa yang saya sampaikan,
Mereka bekerja mengikut disiplin kerja yang ditetapkan,
mereka melakukan apa yang mereka telah ketahui ,
mereka bertanya apabila tidak faham ,
Mereka berada di dalam kelas ketika P&P berlangsung,
Mereka meminta saya mengajar perkara yang mereka ingin belajar,
Mereka senyum dan ketawa ketika belajar,
Dan
Mereka mendapat markah tinggi apabila diuji.
Kalau ada yang bertanya lagi soalan "seronok ke jadi cikgu ?"
saya hanya mampu menjawab .
Saya buat apa yang saya patut dan mampu buat. . .
kerana
saya sedang menuruni bukit...
perlahan-lahan
berhati
hati
dengan daya fikir dan kudrat menurun
bimbang terjatuh

Tuesday, August 10, 2010

Hargai Diri Sendiri



Hujung minggu adalah masa yang amat berharga. Quality time harus dihargai. Seorang teman ajak join trip ke Genting.. sambil ke Shah Alam membawa prospek CNI ke HQ. Hanya anak yang kecik dapat ikut sama.


Selama ini saya hanya jadi penunggu bag
ketika anak2 dan abahnya bermain outdoor dan indoor park..
Dok tunggu giliran bersama Safiah nak kayuh basikal atas air..
Rasa kurang sejuk bila pakai jaket ni.

Bersama My Elly minum Up Cafe panas capur green tea

Kali ni saya pulak naik segala apa yang tak pernah saya fikir untuk naik.Mendengar nasihat teman....enjoy..lupakan segala-galanya

Suhu di sini dah mula menurun. Kaki pun dah letih

Rupa2nya.. betul kata teman2.....

Release tension.

Rasa muda 10 tahun.

Bagi saya...

setiap hari kita terpaksa membuat pilihan.

Dan saya telah membuat pilihan tepat

untuk menghargai diri saya. .

Friday, August 6, 2010

Cerita lepak-melepak orang dewasa

Sesekali cikgu pun kena lepak. Tapi tak la macam murid.. Lepak kosong. Cikgu dapat lepak bila berada dalam keadaan ' free' tak de kelas yang nak diajar. Lepak cikgu tak seperti warga kerja pejabat yang lain. Cikgu jarang dapat free dalam keadaan yang benar-benar free. Masa inilah cikgu nak sarapan merangkap 3 in 1. Sarapan, refreshment dan juga makan tengahari. Masa inilah juga nak tanda buku murid. Tanda kedatangan murid. Up grade buku2 resit yuran, mengisi borang itu ini .Tu kalau tak de program. Biasanya takwim sekolah berderet2...lepas satu....satu..sampai tak sempat nak tarik nafas.
Tapi cikgu kena fikir positif. jika kita buat kerja, kita banyak berfikir, mengatur, dan merancang. Proses begini amat baik untuk memastikan otak sentiasa diaktifkan. Otak yang aktif ialah otak yang cerdas. . dan hasilnya cikgu akan kekal muda...hahha. Sesuai seperti yang disarankan oleh mantan PM kita Datuk Sri Dr Mahathir. walaupun kita dah bersara...jangan berhenti bekerja..Carilah aktiviti apa pun..Tapi biarlah yang mendatangkan keuntungan
Ni cerita pengalaman best di Makah.
Ada juga orang2 tua melepak depan kaabah.
Tp, bukan lepak kosong. Selalunya bila habis solat subuh ramai jemaah haji pulang ke hotel dengan segera. Masing2 ada keperluan mungkin nak segera mencari sarapan sebab di hotel pihak tabung haji hanya menyediakan makan tengahari dan makan malam sahaja. Maka duduk di tangga kecil di keliling kaabah adalah satu pengalaman yang sangat luar biasa rasanya. Biasanya saya akan pergi sorang diri menyelitkan diri di celah2 ribuan umat semata2 untuk mendapatkan tangga yang mengadap multazam. Waktu ni kedudukan ruang2 kosong untuk pergerakan boleh dikatakan amat mudah..

Saya lihat kebanyakan jemaah di situ duduk-duduk dan berbual2. Ada yang sebuk mengambil gambar. Ada yang duduk diam memerhati jemaah di bawah yang sedang bertawaf.Ada yang tak habis2 membelek telefon bimbit. Saya memegang tasbih kayu yang boleh membuat bilangan 1000..Sambil seluruh jiwa raga memberi sepenuh tumpuan pada wajah kaabah..Lidah pula sebuk memuji2 kebesaran Allah. Sesekali saya akan memandang langit di atas kaabah. Luar biasa cantik warnanya menjelang waktu syuruk... biru..merah jambu.. Sebahagian cahaya langit yang menimpa bahagian atas masjid membalik dan memantul semula ke arah tiang2 masjid.
Indah dan syahdu.
Saya rasa bersyukur sangat kerana tidak pernah terganggu wuduk sepanjang musim haji. Itu doa saya setiap kali memulakan langkah sebelum memasuki lif hotel. Saya akan terus menghalakan wajah saya kepada Kaabah sehinggalah terpanggil seruan ke tandas atau terdengar bunyi keroncong dalam perut. Waktu inilah saya akan berjalan dengan laju pulang ke hotel. Tapi saya pasti membawa balik 2 botol air zamzam. Biasanya saya buat mandi bila dah terkumpul banyak. Dalam perjalanan itulah juga saya akan beli susu Laban, yogurt Laban, roti keju dan jus buah-buahan yang sungguh sedap. Saya teringin nak makan pisang rastali...tapi saya lupakan kerana bila ditimbang 2 biji pisang harganya 5 rial.. lebih kurang rm5 juga le.
Di bilik hotel juga kami akan duduk lepak2 lagi sambil menjamah sarapan ala kadar..
Habis lepak barulah kami bergilir2 menggunakan bilik mandi untuk membasuh baju.

Rindu saya pada Makah tetap membara lebih-lebih lagi menjelang Ramadhan ni

Tuesday, August 3, 2010

Bagaimana Dunia Tanpa WARNA ..




Saya nak cerita pasal warna. Kadang2 kita lihat seseorang tu kelihatan sangat cantik pada hari semalam ...tapi hari ini tak berapa cantik... memang cantik itu subjektif. Persoalannya ..mengapa jadi begitu ye.

Itulah peranan warna.

Pengalaman saya sendiri. Tahun lepas saya memilih warna kuning untuk digandingkan dengan warna ungu skirting pentas, Tapi. . kerana kesilapan teknik warna bunga diubah kepada merah jambu lembut. Tahun ini saya tetap memilih warna kuning untuk digabungkan dengan warna merah jambu lembut. Hasilnya.....angkat bakul le saya. Ramai yang memuji.

Apa yang penting ialah kita kena bijak menggabung jalinkan setiap warna. Ruang tamu kita akan menjadi ceria sekiranya kita bijak memilih warna setiap perabot , bunga , langsir , karpet , cat dinding dan juga gambar di dinding.
AWAS

Setiap warna yang kita pilih adalah lambang peribadi kita.
Warna boleh membuat kita ceria
warna boleh membuat kita rileks
warna boleh membuat kita aktif
warna boleh membuat kita berselera
warna juga boleh membuat kita muram
warna boleh membuat kita mengantuk

AWAS
Berhati-hati ketika memilih warna sun glasses
silap pilih anda akan rasa mengantuk ketika memandu


Ke arah melahirkan karyawan , arcawan dan cawan



Lama tak update entri . Terlalu banyak peristiwa berlalu. Saya paparkan beberapa gambar untuk menyatakan segalanya.
Setelah bermesyuarat, guru2 di bawah panitia saya bersetuju untuk mengadakan pameran hasil karya murid pada awal Jun .
Maka....inilah dia karya murid-muridku.






Inilah cawan-cawan dan mug hasil seni murid-murid tingkatan 3. Dibuat daripada span bunga.
















Ini pulak lukisan dan catan murid-murid tingkatan6 di bawah kelolaan Pn Rohanna Ramli.





















Batik lukis karya murid-murid tingkatan 5 di bawah jurulatih Pn Hazrin Nafizza.

Kami akan mengadakan pameran yang lebih hebat lagi selepas ini .......insyaalah.

Related Posts with Thumbnails