Thursday, February 25, 2010

Tips BERTENGKAR cara profesional oleh orang-orang perofesional.


Mengapa kita bertengkar. Tak de orang yang tak pandai bertengkar, sebab nak bertengkar ni tak payah belajar di mana2.. Kalau tengok drama Melayu , adegan bertengkar mesti menjerit sampai nak utus urat leher.


Jadinya kalau nak bertengkar dengan suami ke, dengan isteri atau dengan kawan2 ke mesti dibuat dengan cara profesional.


Perkara nombor satu ialah KAWALAN SUARA.

Tak payah guna volume maksima walaupun kita berasa kita yang benar. Tarik nafas....

istighfar....(cakap senang ye)

Ni bukan pe...nak buat pasangan supaya mengalah.

Tunjuklah garang

konon dengan menengking , menjerit atau bercakap dengan gaya menahan marah


Kedua jangan guna ayat yang ada TANDA SOAL.

contohnya : " Awak ingat awak pandai sangat ? ".

"Awak pandai2 buat benda tu sapa suruh ?"


Ketiga Gaya TUDUH MENUDUH dan SALAH MENYALAHKAN.

ni amat bahaya.

Contoh : "awak cuai " (Ini kes lupa simpan barang).

"awak ni pengotor sangat "


Keempat MENGUGUT ,MENGGERTAK , MENGAMCAM,

contoh: "ok...kalau camni...."


Kelima MEMPERLECEH dan MENYINDIR

Contoh : "Kalau camni nasi lemak awak buat , baik beli je "


Keenam GAYA MENAFIKAN.

Ni orang lelaki suka buat.

"Awak je yang perasan , masalah kecik je ...awak memang suka besar2kan"

Yang ni buat isteri memendam rasa.


Ketujuh MENGKRITIK PERIBADI

Ini paling BAHAYA.

Haa... ni isteri suka buat.

Mereka suka mengkritik sifat dan perangai suami.

Isteri2 kena ingat tak payah nak suruh ubah perangai..

mereka memang macam tu.

Kalau suami bukak kain pelikat dan biar belingkar macam ular..

letak je bakul kat tempat dia selalu buat ular berlingkar tu. Jimat suara.


Perlu diingat pertengkaran ujud kerana ada yang tidak puas hati. Pasangan yang puas hati tak akan bertengkar.


Tentu hambar pulak kalau tak pernah bertengkar.Tips utama ialah JAUHI lah perkara2 yang menimbulkan RASA TAK PUAS HATI itu.


Selalu2lah KOREKSI diri - MUHASABAH diri kata penceramah di tv.






Sunday, February 21, 2010

Lazy Monday - goback to work !


Teringat saya pada Tun Mahathir pada awal perkhidmatannya sebagai PM. Beliau amat mementingkan masa .. diujudkan 'punch card 'Saya tetap mengagumi beliau. Pemikiran dan wawasannya menjangkau puluhan tahun ke hadapan.


Sewaktu menunggu Isyak di Masjid Nabawi saya sempat berbual dengan seorang jemaah dari India. Dia Bertanya " u from Malaysia ?" Cepat saya jawab " yes !" ." Malaysia good.. Mahathir is good ". Bangga la pullokk.. mana tak bangganya. Saya jawab " Now Dato Abdullah Badawi ". Semua pekerja di Madinah dan Makkah cukup kenal dan selalu memuji2 jemaah Malaysia . Jemaah kita rajin bersedekah pada mereka.


Pernah ketika saya berjalan dengan seorang jemaah wanita di suatu lorong sempit aras bawah tanah di Masjidil Haram , tiba2 terdengar sekumpulan jemaah lelaki di belakang saya bersuara dengan kuat , Malaysiaaaa !! bila saya toleh ke belakang ..mereka semua tersengeh.Mereka menunjukkan isyarat bagus , angkat ibu jari...Malaysia bagusss !! tengok rupa dan pakaian macam jemaah Pakistan. Saya pun jawab ' Malaysia bolehh ! haha.. berani le saya sebab orang ramai.

O ya , saya sebenarnya nak sentuh soal ketepatan masa. Sebaik-baik je tamat cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina ni mulalah sekolah2 mengadakan sukan. Termasuklah sekolah saya. Membandingkan sukan sekarang dengan awal perkhidmatan saya dulu di awal lapan puluhan memang jauh berbeza. Dibandingkan lagi dengan zaman saya bersekolah , teramatlah meriahnya. Hari sukan amat dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah. Saya lihat cikgu-cikgu di sekolah saya akan berpakaian secantik-cantiknya , siap dengan 'buat rambut'nya. Hehe...dulu ramai tak bertudung , ustazah pun pakai tudung macam orang nak kutip daun teh tu . Kami akan berlatih berkawad dengan bersungguh-sungguh tak payah tunggu cikgu bertempik. Kalau saya ambil bahagian dalam merejam lembing atau acara padang yang lainnya saya akan berlatih berkali-kali sehingga puas .


Berbeza dengan sukan sekarang. Amat sedih saya tengok. Semua murid kena paksa buat. Kalau acara lompat jauh tu , sekali lompat je sudah..Kemudian menyorok . Tak mau buat lagi. Bila ada acara saringan pulak hanya sebahagian kecil guru saja yang dibenarkan berada di padang manakala guru lain mesti berada dalam kelas menjalankan P&P seperti biasa. Bila disuruh datang latihan sebelah petang , boleh dibilang dengan jarilah kedatangan mereka.


Masa amat terhad. Apa yang penting semua aktiviti mesti berjalan , tetapi kualitinya masih boleh dipertikaikan. Kalau perkara begini berterusan, saya fikir hasrat Tan Seri Muhyidin Yasin untuk mengembalikan kegemilangan sukan Negara tidak akan tercapai. Saya pasti ini.

Thursday, February 18, 2010

My money is MY MONEY


Seperti yang pernah saya kata dalam entri terdahulu , Bangsa Cina sambut Tahun Baru, saya sambut cutinya . Puas juga nak ngabiskan cuti seminggu ni. . Bukanlah makan angin di luar rumah atau luar negara , tapi dalam rumah je.Masuk angin.. keluar angin juga.

Macam biasa , lepas FAST WALK dan sedut udara segar keliling tasik 3 round saya terus ke pasar dengan baju busuk. Tapi rasanya bau market tu mengalahkan bau baju saya ni. Dalam hati cuma nak beli ikan dan sayur segar berbagai warna. Sambil berjalan tu dalam kepala dok ingat anak ni suka makan apa, yang tu suka apa . Afiq tak suka ikan sebab dia pernah tercekik tulang ikan. Anis tak suka lauk berenang dalam kuah. Amiruddin suka ayam goreng dan semua produk soya... daripada air soya, taufu fa . tempe dah tahu (goreng dulu , kemudian dihiris).Kak Yong suka makan buah dan sayur aneka jenis...pejam celik je matanya bila mengunyah sayur sambil mengeluarkan berbagai bunyi . . krupp kerupp...crettt crettt. Kak Yong dan Amiruddin ni ikut perangai sayalah. kumpulan herbivor tulen.
Sebenarnya dari kecik lagi saya dah galakkan diorang makan sayur berbagai jenis dan warna sekali hidang. Sebab mengikut kajian tenaga warna , setiap warna sama ada dari sayur , buah ,bunga , batu atau kristal ada mengeluarkan tenaga untuk pelbagai kegunaan . Sebahagiannya baik untuk organ-organ dalaman yang tertentu. Saya percaya setiap benda yang Allah jadikan mesti ada kegunaannya.
Sebenarnya saya tak berapa suka berjalan di pasar ni. Sudahlah kena pergi sorang , sapa pun tak suka ikut sebab macam saya kata tadi tempat ni busuk sangat. Sebenarnya pasar ni sedang dinaik taraf.. so buat sementara waktu pasar ni dok atas kawasan lapang yang tak ada saliran air yang baik. Maka...berlopak2lah air di sana sini dengan warna hitam pekat dan berbau. Maka dengan itu juga tak perlulah saya berpakaian seperti nak pergi kenduri lip lap sana sini.







Biasanya saya dah tetapkan berapa duit saya nak belanja hari ni. katalah RM30.00. Saya akan pastikan saya tak kan membeli lebih daripada itu. Kalau saya nak beli ayam..saya akan minta " Bagi saya ayam sepuluh hinggit. Dada dan kepak ye." Terkial-kial le tauke ayam ni menghiris2 daging cenungging ke apa ke untuk mencukupkan timbangan sepuluh hinggit tadi.
Ini kan biznes , takkan tauke je nak menang. Kita pun kena kesian kat diri kita juga. Kalau kita beli ayam sekor . kita kena bawa balik kepala ayam, cakar ayam, dan segala isi perutnya. Saya tak tau apa nak buat dengan benda-benda ni. Kucing pun geleng kepala kalau saya offer kat dia.

Kalau saya nak masak mi , saya suka beli udang yang besar sama saiz jari tangan. Senang sikit sebelum makan tu saya akan bagitau anak2 supaya ambik udang empat ekor sorang je...supaya orang yang makan akhir pun akan jumpa udang dalam mi masing-masing. Sekarang ni harganya 14 atau 16 hinggit sekilo. Saya cuma cakap " Bagi saya empat hinggit" . Jadi saya dah tau berapa barang lagi perlu saya beli untuk menghabiskan duit saya.
Semua barang yang saya beli saya genapkan duitnya supaya senang bajet. Pandai2 la peniaga tu menggunakan kemahirannya untuk menimbang supaya menepati jumlah duit yang saya tetapkan. Itu bab barang2 yang kena timbang. Yang lain saya suka beli sayur yang siap satu ikat seringgit pada peniaga2 yang duduk bersila di luar kawasan pasar. Ada peniaga yang baik hati suka sedekah barang2 kat saya macam limau nipis ke , daun limau purut atau apa saja yang saya selalu beli.





Last sekali saya akan beli surat khabar dan buah-buahan. Biasanya betik , pisang atau jambu batu. Kalau nak beli epal saya akan tunggu pasar malam minggu. Macam-macam adaaa.. risau juga tangan saya jadi panjang sebelah .. sebab buah-buah ni berat betui.
haa... gitu lah cara saya berbelanja.. kena jimat.. boleh pegi Makkah lagi kut... huhu






Kalau shopping di pasaraya juga saya buat gitu. Kalau anak-anak ikut sekali saya akan bagitau
" kita nak beli barang makanan je ye, kalau ada lebih duit baru boleh beli barang lain."(biasanyanya mereka nak minta beli jel rambut ke, toner atau cleanser ). saya akan letakkan barang2 yang paling perlu di depan.. dan saya akan pesan pada cashier tu supaya bagitau saya sebelum kiraan menghampiri rm200.00. Ertinya barang-barang yang akhir tu tak beli pun tak apa la.. ada juga cashier yang puji saya..Sebenarnya dia tak tau duit dalam dompet saya memang banyak tu je yang tinggal.
Bab shopping raya payah la sikit nak kata apa. Terlalu kedekut sangat pun tak boleh juga kan. Sebab hari raya ni memang budak-budaklah nak seronok lebihnya. Bukan apa...saya fikir saya tak mau jadi bangsa pengguna je...yang kaya orang lain. Kuasa pengguna sebenarnya terletak pada bangsa kita. Lihat sajalah pada musim perayaan kita.. untung besar mereka.. Kenapa kita tidak belajar menjadi pengguna yang bijak.












Thursday, February 11, 2010

Sembang kopitiam - apa kata isteri ketika mengumpat suami mereka


Jangan tersilap faham ye , sembang kopitiam ni tak minum kopi pun. Biasanya kami sembang lepas solat asar dalam surau. Disebabkan saya ni orang lama sikit , so banyaklah cerita yang saya simpan. Kadang-kadang saya jadi pendengar je, kadang-kadang jadi motivator dan yang banyaknya jadi mak bidan...camana nak awet muda , nak kempis perut ...macam-macam impian le untuk menjadi model dan super model.


Pendek cerita suami sekarang harus lebih waspada. Zaman dah berubah. Isteri sekarang tak sama dengan isteri dulu. Sama-sama keluar kerja.. sama-sama balik dan sama-sama letih. Balik semula apa kata nabi kita. Isteri menuntut dikasihi tanpa syarat. Usah mendera fizikal dan mentalnya.


Awas ! jika anda para suami tak pandai jaga isteri ... usah menyesal nanti ada orang lain pulak yang menawarkan diri untuk menjaga isteri anda.


Jika anda tak berapa perasan isteri anda cantik , ada yang akan memuja-muji kecantikan isteri anda.

Jika anda tak pandai mendengar keluh kesah penat letih isteri anda ... ada orang yang akan menjadi pendengar simpati keluh kesah isteri anda.


Inilah dia luahan hati para isteri yang mereka tak dapat nak nyatakan pada suami-suami mereka. Atau pun dah luah, tapi masih ada suami-suami yang pandir lagi.


1. Belikan sesuatu walaupun barang kecil , murah atau mahal bila anda pulang dari mana-mana. Kalau pergi lama - belilah sesuatu yang special sikit.. Nescaya kembang mekarlah hatinya. Kalau pegi kedai kejap belilah barang kesukaannya cam majalah ke , pisang ke , kue tiau ke .. ikan pekasam ke


2. JANGAN sekali-kali bukak pejabat di rumah. Keje pejabat , habiskan di pejabat. Isteri anda perlukan anda lebih dari segalanya.


3. Usah terlalu meminggirkan isteri kerana melebihkan ibu. Anda mengambil isteri dengan akad , ijab kabul...berjanji dengan Allah akan menjaganya. Tetapi dengan ibu tiada perjanjian apa2, cuma tanggungjawab anda tidak putus hingga akhir hayatnya.


4. Bantulah kerja isteri di rumah , usah tunggu makan minum sampai ke lutut .. isteri anda bukan bibik.


5. Bila berjalan.. peganglah tangan isteri bila melintas jalan atau bila2 sesuai..awas jangan terpegang tangan isteri orang pulak.


6. BIla hari raya atau apa-apa hari istimewa belikan lah pakaian dan keperluan isteri walaupun dia ada duit sendiri.


7..Usah meminta duit isteri , kecuali dia beri sendiri untuk menampung mana yang kurang.


8. Pujilah selalu isteri anda , dia cantik ke , dia rajin ke , dia pandai buat sesuatu ke, senyumannya manis macam madu ke..


9. Kalau suka tengok isteri cantik ... belikan lipstick ke , bulu mata ke , contact lens berwarna ke..apa2 je yang dia suka..Hantar dia ke spa ke, buat facial ke , bersauna ke..beraerobik ke.


10.. Selalulah belikan minyak wangi ! semuga semerbak lah cinta anda


Ini hanya sebahagian apa yang saya selalu dengar dari mulut para isteri..


Ada lagi yang 'XXX' ..Luahan hati seorang isteri yang tak boleh dipandang ringan, seperti yang saya katakan tadi.. Jika isteri tak dapat dari anda....dia akan cari pada orang lain.(kalau yang kurang iman..)


Seorang isteri menyatakan dia teringin suaminya melakukan satu teknik 'bermalam Jumaat' yang suami tak pernah dan tak suka buat...tapi isteri ini suka... so..apa boleh saya tolong kawan saya ni








Tuesday, February 9, 2010

GONG XI FAT CHAI untuk gadis Cina itu












Tak lama lagi kita semua akan menyambut Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina meraikannya , manakala saya menyambut cutinya . Sempena dengan sambutan perayaan ini saya nak cerita sikit pasal seorang budak cina di sekolah saya.

Pagi Isnin tu sama seperti pagi yang lain , murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Seorang murid Pengawas perempuan Cina yang comel tampil mengacarakan majlis. Umurnya mencecah 16 tahun. . Ia memulakan ucapannya bersama senyuman yang sangat manis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah satu perkara yang dianggap remeh oleh orang ramai. Mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekolah-sekolah khasnya dan di dalam dunia pendidikan amnya.



Walaupun setiap pengawas sekolah yang mempengerusikan majlis ini diberikan skrip dalam bahasa Melayu untuk berucap dalam perhimpunan rasmi ini , tetapi budak perempuan Cina ini masih tidak dapat bercakap dengan fasih. Setiap hujung ucapannya pasti ditertawakan oleh semua murid. Daripada salah menyebut nama guru , nama bin dan binti guru sehinggalah beberapa perkataan yang lain , semuanya mengundangkan tawa yang panjang. Kesian dan simpati padanya.. akhirnya nya dia merajuk ... senyumannya juga terhenti , tidak mahu lagi bercakap sehingga terpaksa diganti oleh pengawas yang lain. Budak Cina yang comel ini lari ke belakang pentas , menangis .. puas juga menghentikan rajuk dan tangisnya.



Cerita budak Cina ini adalah secebis fenomena biasa bukan saja di sekolah , tapi di mana-mana saja di Malaysia. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah hasrat murni PM kita untuk membentuk 1 MALAYSIA adakah akan menjadi kenyataan.. Saya sebagai warga pendidik amat menyokong penuh cita-cita murni ini.. tapi saya tak nampak bagaimana ... sejak dari peringkat TADIKA hinggalah di SRK/SRJK anak-anak murid sudah diasingkan. Mereka menggunakan bahasa ibunda dan mengamalkan budaya masing-masing semasa di peringkat kanak-kanak. Kita memisahkan anak-anak kita menjadi 3 kumpulan. . Tiba di sekolah menengah .. saya masih lagi nampak murid-murid ini tetap berada dalam kumpulan masing-masing mengikut warna kulit mereka. Pergilah ke sekolah mana pun.. inilah hakikatnya. Dan apa yang lebih menariknya ialah semakin bertambahnya bilangan SMJK(C)..Ditambah pula setengah daripada sekolah ini mendapat bantuan daripada kerajaan untuk infrastrukturnya.



Tak kenal - tak cinta ...Maka kalau tiada rasa cinta bagaimana nak ujudkan rasa keKITAAN dan keMALAYSIAAN pada corak kepemimpinan masa depan. Nak menyatukan satu bangsa dalam satu parti pun masih belum ada formula yang dikatakan berkesan...



Pada fikiran saya , hasrat menyatukan Malaysia haruslah dilakukan dengan sepenuh tenaga fikir. Bermula dari akar umbi , bukan tiba-tiba nak men " trim" daun-daunnya membentuk pokok bongsai yang cantik . Bela akarnya dulu... tapi.....bagaimana ya


















Monday, February 1, 2010

Cerita tragis burung di sebuah masjid cantik.



















Minggu ni giliran saya menjenguk anak di asrama. Bila dah tau saya nak datang mestilah ada saja yang dipesan .. kalau boleh nak suruh saya bawak sekali sebuah mini market ke bilik dia. Bertuahnya budak-budak sekarang , apa saja hajat mereka bagai dihujung jari .

Dalam perjalanan ke asrama anak lelaki saya merangkap ' body guard ' minta saya berhenti untuk dia mengosongkan tangki airnya yang dah penuh. Oleh kerana saya memilih melalui jalan biasa , sudah pasti masjid menjadi sasaran. Kebetulan pulak kami melalui kampung-kampung Melayu , segalanya menjadi mudah.


Selesai hajat saya menghulurkan dua keping duit seringgit dan menyuruh anak saya masuk ke dalam masjid mencari peti tabung derma masjid. Sebaik saja dia menyambut duit yang saya beri dia bertanya ,


" Duit apa ni mak ?



" Kalau kau nak buang air di Pasaraya di bandar kan ke kena bayar .."



" Mana ada orang jaga pintu tadi "



" Tapi tandasnya bersih kan ? tentu ada yang jaga. Kita pun guna air tadi...mana ada



air percuma "



Tanpa disuruh dia juga menyeluk poketnya , mengeluarkan duitnya untuk dimasukkan ke dalam lubang peti besi tu. Kami pun meneruskan perjalanan dengan penuh rasa lega. Saya kira anak saya ni dah belajar sesuatu.


Sampai di kampus ketika azan zuhur terus saya bawa anak saya makan tengahari. Nasib tidak menyebelahi saya , wlaupun terlalu lapar saya membayangkan dapat nasi berkuah lemak cili api dengan campuran berbagai sayuran. Namun lain jadinya . Atas permintaan anak-anak saya terpaksa melangkah dengan berat hati masuk ke dalam KFC...siap pesan ayam goreng untuk kawan-kawan sebiliknya . Hampir jam 3 kami kembali ke asrama menghantar anak saya sebelum pulang.


Saya memilih masjid berhampiran untuk solat zuhur. Masjid yang baru dibina ni sungguh besar dan cantik . Untuk sampai ke ruang solat kami kena menaiki tangga yang tinggi. Kembang kempis juga dada kita dibuatnya untuk sampai ke atas. Dah jadi kebiasaan saya sukakan keindahan ..pasti mata saya ke atas ke bawah memerhati senibina masjid ni. Ketika memandang ke atas saya terpandang ada jaring sama saiz dengan jaring badminton merentang bahagian atas ruang legar. Masyaallah...


















Seekor burung sedang meronta-ronta berusaha dengan pelbagai kaedah untuk melepaskan diri dari jaring tu. Rupanya jaring ni dipasang untuk menghalang burung-burung dari lalu lalang makan angin di kawasan masjid ni.
Tiba-tiba rasa belas sungguh saya tengok burung tu..di bawahnya ada beberapa tompok najisnya dah membentuk corak motif yang cantik atas lantai masjid...kemungkinan dah lama dia terperangkap.

Hati saya mula berfikir mengapa buat cara begini..kalau burung ni tersangkut dan mati tanpa makan dan minum.. Adakah berbaloi kerja tukang pasang jaring ni. Apakah yang akan dibuatnya dengan daging burung ni. .nak buat satey ? Kotak fikir saya penuh sarat dengan soalan. Saya memerah tenaga fikir dengan sungguh-sungguh bagaimana saya nak lepaskan burung ni. Jaring ni diikatkan pada dua batang buluh yang panjang. Jadi saya kena lepaskan ikatan buluh pada besi jaring dinding masjid ni. Saya berdoa agar diberi idea sebelum solat. Semasa solat saya teringat ada pisau NT cutter dalam handbag saya. Yesss.....


Selesai solat saya menjenguk anak saya di ruang tengah. Masih belum selesai. Otak saya berfikir ligat memikirkan cara melepaskan burung tu.. Cepat2 saya pakai tudung dan memberitahu anak saya. Sementara dia memotong tali mengikat buluh saya memerhati kalau2 ada orang memerhati. Tak ramai orang bersolat waktu tu sebab dah pukul 3 lebih pun. Saya perhati burung tu...masih meronta2..Sebaik2 je saya dapat menurunkan buluh pemegang jaring tu terus saya pegang burung tu..Inna lillah..Lehernya tercekik. Kepalanya dah terkulai. Benang jaring ni terlalu halus ..menjerut lehernya.Rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong saya..sebak rasanye. Badannya masih panas..Saya gosok2 kepalanya..Maaf ye..saya terlalu lambat menyelamatkan kamu. Astaghfirullah.. untuk apa jaring ni sebenarnya ?

Jaring tu saya biarkan saja atas lantai masjid yang cantik berkilat.

Ketika menuruni tangga masjid yang tinggi megah anak saya bertanya.

" mak tak nak cari tabung masjid ke ?

Saya tak berupaya menjawabnya... bimbang mereka akan membeli jaring perangkap burung lebih banyak lagi.














Kasihanilah aku ...
Related Posts with Thumbnails