Monday, March 29, 2010

Hadiah di hujung minggu




Hujung minggu ni nampaknya saya tidak dapat menghabiskan masa dengan semua anak. Hari Sabtu sekolah saya mengadakan mesyuarat agung PIBG. Hari Ahad saya membawa murid-murid saya menyertai pertandingan melukis di universiti berhampiran. Yang duduk asrama tak dapat balik. Dua orang anak pergi mengikuti kem Rakan Muda..Walaupun ke mana mereka ber'camping' saya kira itu lebih baik daripada mereka duduk terpaku di depan komputer tidak bergerak-gerak. Hanya yang bongsu je yang sempat menemani saya berjalan merata ceruk .
Saya tau dia teringin nak beli headphone , tapi dia tak pernah minta. Bijak betul budak ni. Daripada ayatnya saja sudah cukup membuat kita mengalah.. Dia akan kata

" anis punya headphone dah rosak...
Afiq terduduk atas dia...patah.
Periksa baru-baru ni Anis dapat nombor kurang dari 5.
Kalau dapat headphone baru..... bestnyer.."

Saya tanya berapa harganya. Dia kata

" issy.. mak tak payah beli le ..
nanti duit mak habeh.
Yang elok tu mungkin dua tiga puluh kut ".

Saya mengira-ngira dan mencongak baki duit dalam purse. Terus saya berhentikan kereta di sebuah kedai komputer . Saya kata
'mak nak beli CD kosong da
pen pendrive'

Sebaik-baik je pintu kedai ditolak mata saya terus melilau mencari di mana headphone.

"Anis pegi le tengok headphone .. Yang mana elok."
Haha...senyumannya melebar.. saya membeli barang yang saya cari. Kemudian terus ke bahagian longgokan headphone yang tergantung berbagai rupa , bentuk , warna dan harga yang berbagai. Saya tanya" yang mana elok ? ewah.... laju je bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya. Lastnya dia kata


" cukup ke duit mak ?

Bagi saya, ada ketikanya saya tak perlu membilang-bilang duit saya demi kegembiraan hati anak-anak. Sama seperti nak berderma atau bersedekah ...tak perlu tunggu duit berlebih atau duit banyak. Duit yang kita pegang hanyalah pinjaman sementara. Tidak ada satu benda pun yang kita boleh mengaku hak kita hatta kedua-dua biji mata kita ni.

Dalam perjalanan pulang orang sebelah saya duduk senyap je dengan headphone dah siap bertenggek atas kepalanya. Hujung cable tu dah terpacak pada telefon bimbitnya. Entah lagu apalah agaknya... Yang saya nampak seperti dia nak menghantuk-hantukkan kepalanya ke depan.




Wednesday, March 24, 2010

Apa berlaku selepas Guru Pencen


Pukul 2 petang tadi saya keluar dari sebuah mini market di kawasan berhampiran dengan kediaman saya. Sambil berjalan keluar saya tunduk memerhati langkah dengan cermat , bimbang saya terpijak benda-benda yang tidak sepatutnya. Bukan apa , Saya sedang melalui sebuah kedai bengkel membaiki kereta. Manalah tau kalau-kalau saya tersepak peralatan pemilik bengkel tu , tak pasal-pasal tercabut pulak kuku kaki saya. Nak berjalan ikut kawasan luar kedai tak sanggup rasanya menempuh terik panas matahari sekarang ni. Satu lagi kerana bimbangkan pertambahan kuantiti pigmen kulit muka saya yang tak berapa nak putih ni.

Dalam pada saya berjalan tertunduk-tunduk tu tiba-tiba nama saya dipanggil. Terkejut pun ada, nasib baik tak tersedak. Puas saya perhati mukanya. Seorang lelaki India berseluar pendek paras lutut tersengih-sengih . Saya tatap wajahnya yang mirip Amitab Batchan tuh...lama. Dia menyapa.


'Awak dari mana ni ? '


ooo... baru teringat namanya. Betullah kata orang kalau kita dah berusia ..segalanya akan berubah. Tapi yang tidak berubah ialah suara kita. Cikgu Subramaniam ! saya panggil Subra je. Dia dah bersara beberapa tahun . Itu lah ..cikgu..walaupun dah bersara, orang tetap panggil cikgu juga....hehhee. Kalau pensyarah... belum pernah lagi orang panggil pensyarah setelah pencen.

Saya bertanya apa dia buat sekarang.


'Apa lagi saya nak buat.. saya berehat sepuas-puasnya'

' Kesian awak ,kerja guru sekarang semakin meletihkan'

'Tapi hati tak pernah merasa puas, kecuali kalau kita mengajar kelas peperiksaan

kita hanya rasa gembira bila melihat murid yang kita ajar tu berjaya.'

' Yang lain-lain tu kita hanya dibebani dengan tekanan demi tekanan'

Kerja utama kita untuk mengajar jadi tinggal 20% sahaja.

Budak-budak sekarang pulak tak mau belajar,

mereka lebih suka duduk-duduk tanpa matlamat.'


Saya tanya dia mengapa tak buat kelas tuisyen memandangkan anaknya juga dah ada pusat tuisyen sendiri di selatan tanah air.


' Kelas tuisyen sekarang pun bukan macam kelas tambahan macam dulu2.

Guru tuisyen terpaksa mengulang semula apa yang telah mereka belajar.

dan mereka hanya duduk ..mendengar.

Tak pernah bertanya apa-apa.'


Saya kira ini adalah kumpulan murid-murid kelas sederhana.. yang dipaksa oleh ibu bapa untuk ke kelas tuisyen berbayar. Kesian ibu bapa...kesian guru-guru. Mereka adalah mangsa keadaan. Remaja sekarang telah berada dalam keadaan yang begitu selesa. Apa yang mereka mau mudah saja nak dapat. Sebut apa saja....mak bapak selalu tunaikan. Maka tiadalah rangsangan untuk belajar. Mereka tidak pernah merasa susah. Pergi sekolah berambik berantar dengan kereta. Masa saya kecik-kecik dulu boleh bilang dengan jari nak dapat naik kereta. Kalau dapat pun naik kereta sapu je. Kereta sewa juga lah..tapi yang makruh punya. Sekali naik driver tu akan sumbat sampai sendat.. Jadi bila sampai je..lenguh juga lah pinggang ni kerana terpaksa duduk senget dari awalu hingga akhiruhu.


Itulah perbezaan pembelajaran dulu dengan sekarang. Dulu.. matlamat belajar kerana nak hidup selesa . Sekarang...matlamat belajar agar kabur. Saya sendiri pun tak tau nak kata apa lagi pada murid-murid saya. Mereka telah merasa segalanya .. makan sedap ..tidur hotel , berenang di kolam , dah jadi perkara biasa. TV dan komputer di depan mata .


Generasi pelapis kita tiada rangsangan kesusahan..

Mereka sedang berada di dalam zon selesa

Saya menunggu-nunggu bilakah mereka akan tersedak..membelek diri..memandang jauuuuh ke depan .. melihat peluang-peluang yang ada yang telah dirampas oleh orang lain.






Tuesday, March 16, 2010

Apa Benda Yang Meletup tu ??

Sedang saya asyik duduk melipat kain baju yang dah tinggi macam bukit Uhud ni , tiba-tiba . .
' popppp !! " ..... jantung saya bagai direntap. Satu letupan yang amat kuat entah dari mana datangnya menerjah telinga dan membuat tangkai jantung saya hampir-hanpir terputus. Sambil mengurut dada saya bangun dan cuba mencari di ruang tamu punca bunyi tadi.

Saya pandang tv..masih ada di tempatnya. Mentol lampu meletup ke.. saya pandang bawah.. tk de serpihan kaca pun. Ikan pekasam ?..Bila saya buat ikan pekasam ? Tapai ?..Bekas membuat tapai juga boleh meletup jika banyak haba dan tenaga terkumpul.. Mata saya terfokus pada meja makan.

Ooo.. atas meja tu ada botol madu yang baru saya beli . Kata penjual yang mendakwa datang dari pantai timur tu, ni madu talang... payah nak dapat. Saya pun terus beli memandangkan stok di rumah dah hampir habis. Sebenarnya di rumah saya memang tak pernah tak ada madu..Saya akan pastikan dia sentiasa ada. Tapi madu kali ini lain macam pulak. Saya tengok penutup plastik yang berwarna kuning tu dah tk ada. Rupanya madu inilah yang meletup tadi. Saya mencari penutupnya. Tak jumpa.. Tak pe laa... nanti bila saya mengemas rumah harap2 jumpa la.

Bercakap pasal madu semua orang tau khasiatnya. Dalam Quran dan hadith sudah terang dan jelas termaktub. Di sini saya nak share tentang madu yang saya baca dari terjemahan Buku Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Quran dan Sunnah tulisan Yusuf Al-Hajj Ahmad.



BAGAIMANA LEBAH MEMPRODUKSI MADU?


Lebah yang membuat madu ini amat bijak dalam memilih bunga yang mempunyai aroma harum dan serbuk saribunga yang baik-baik saja.Dia akan menjauhi semua jenis racun dan zat berbahaya yang ada dalam bunga.

Allah telah mengurniakan mereka memiliki kepandaian , kemampuan mencari makanan , kepekaan menyingkirkan hal-hal buruk , serta memiliki aturan dan keluhuran jiwa yang paling layak ditiru oleh seorang mukmin yang memiliki keimanan sejati.

Setelah menghisap serbuk saribunga , on the way balik ke sarangnya dia akan menjelirkan lidahnya untuk mendapatkan sinar matahari yang membantu mengurangkan kadar air dan mengelakkan madu mengental.
Sampai di sarang , bermula proses membentuk madu. Lebah akan mengeluarkan sejenis zat dari air liurnya dan zat ini akan bercampur dengan bakal madu tadi..

Bentuk gula saribunga tadi berubah dari :

sucrose > levulose > dextrose

Bentuk gula yang akhir tu telah dicernakan (hadam) di dalam madu terlebih dahulu. Jadi mudahlah bagi orang yang sakit , yang lemah , dan baru sembuh dari sakit sebab madu ini lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam darah. Selain itu lebah ni juga telah memasukkan vitamin ke dalam madu ni . Dia akan memastikan vitamin tu tak hilang atau musnah. Hebat kan.

Istimewa betul tugas lebah ni .Dalam satu hari sekor lebah dapat kumpulkan sekitar 10 g madu. Dan untuk mendapatkan madu sebanyak itu sekor lebah ni tepaksa terbang 60 kali pergi balik.


Dan untuk memproduksi 1 Kg madu diperlukan kira-kira 300 ekor lebah yang masing2 akan terbang sebanyak 40 kali !!



Hebatnye..




Simpanlah sebotol madu asli di rumah anda... untuk menghargai apa yang Allah beri
dan apa yang telah dilakukan oleh lebah itu.






Saturday, March 13, 2010

We are champion !


TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEJO. 4Mac2010.Jam 8.00 am

Sebagaimana yang saya perkatakan dalam entri terdahulu saya akan paparkan gambar sukan sekolah saya. Masa tu saya cerita berkenaan dengan persiapan mencari dan mencipta maskot rumah sukan. Inilah kembar ribena Maskot Rumah Muzaffar. (tema ungu)



Seronok tak terkira sikembar ribena dapat bergaya di temasya
sukan.Baru habis make up diorang ni. Kenalah jadi make up artis pulak.





Dah siap nak keluar ke padang.
Hidup Muzaffar !!!!!!





Barissssss sediaa !!
Cepat jalann !!
Jangan ada yang tertinggal.




Inilaaaah baarisan kitaaaa .....
Johan Perbarisan dalam genggaman kami.




Inilah big bos kami Wan Aziah pakai topi diimport dari Mexico.
Berdebar-debar menanti anak buah nak berlari tuh.
Berposing jauh dari orang ramai , takut orang ragut topi dan cermin gelap dia.







WE ARE CHAMPION !!!
JOHAN KESELURUHAN RUMAH (daripada 6 Rumah sukan)

JOHAN PERBARISAN
HIDUP MUZAFFAR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sempat juga saya menyelit di tengah2 tu.Yang lain dah cabut balik. Tengah dok fikir ...kalau umur panjang tahun depan nak buat maskot apa pulak ye. Panas tau...matahari dah dok atas kepala nih


























Thursday, March 11, 2010

Lemahnya Lelaki itu


Semalam saya tak keje . Dr peribadi saya mengarahkan saya supaya banyak rihatkan badan. Barulah saya sedar dah lama saya tak menyandarkan badan di sofa sambil menonton tv. Best juga... di waktu orang lain bekerja , saya bersantai nonton tv. Tapi saya suka tgk tu sebab pengacaranya ialah Wardina dan Ely.
Satu topik yang dibincangkan ialah mengenai 4 orang kanak-kanak telah dikunci dalam rumah oleh bapa mereka. Semua kanak2 tu masih kecil. Bimbangkan keselamatan mereka , sebab itulah mereka dikunci untuk membolehkan bapanya keluar bekerja. Ibu kepada kanak2 ini dilaporkan telah menghilangkan diri..Kesian. Bila perkara ini tersebar, maka berduyunlah umat Muhammad muncul memberi bantuan dan simpati . Orang kata " turun padang" lah orang2 yang selama ini menjadi kaki bangku... bermain bola ..dan ada juga yang menyingsing lengan.

Saya kurang memberi perhatian terhadap tindakan yang diambil terhadap kanak-kanak dan keluarga malang ini. Saya fokuskan minda kepada persoalan mengapa ibu kepada kanak2 itu sanggup meninggalkan mereka. .Membawa rajuk hati ke atau tidak mampu lagi menanggung tekanan demi tekanan yang dilemparkan kepadanya.
Saya membuat andaian bagaimanakah situasi sebenarnya sekiranya perkara sebaliknya berlaku. Si Bapa meninggalkan anak-anak dan isterinya TANPA meninggalkan APA2. Adakah masyarakat akan peduli..Adakah orang-orang yang BERNAMA akan turun padang juga ? adakah badan2 penyiaran akan dipanggil untuk melihat apa yang dilakukan oleh seorang ibu yang ditinggalkan bersama anak-anak yang masih kecil itu ?


Kesian IBU TUNGGUL itu menjadi IBU TUNGGAL dan IBU TINGGAL.


Ada banyak ibu seperti ini sekarang . Namunmereka tetap gigih menyambung tugas dan mengambil alih tugas lelaki yang bernama suami . Benarkah apa yang dikatakan oleh seorang penyanyi dalam lirik lagunya


Lelaki ini yang terlalu menyintaiku ........



Sunday, March 7, 2010

muda-muda bilik bau perfume, dah tua bau minyak angin.

Biasa le dah berusia ni kawan2 selalu mengadu kaki lenguh2, kaki kebas2. Darah tu dah tak berjalan lancar lagi. tak dapat disampaikan ke bahagian2 yang sepatutnya. Macam longkang kat rumah kita tu..kalau tak dicuci , tentu banyak sampah sarap yang menghalang air berjalan.

Tapi salur darah dalam badan kita ni banyak penyebabnya yg mengakibatkan darah tk nak berjalan laju. Yang ini kena dengar ceramah Dr perubatan ye.
Apa yang selalu orang buat bila kaki tangan lenguh2 ialah dengan menyapu minyak angin. Kadang2 tu tak de apa2 perubahan pun , mungkin betul minyak tu mengandungi banyak angin kut. Sebab tu tak hilang lenguhnya.

Ni.... saya nak bagi tips sikit . Kesian pulak kawan2 saya tu. Disebabkan arwah mak dan nenek saya ni dulu dilantik oleh orang2 kampung sebagai bidan tak bersijil , maka banyak juga petua2 peninggalan mereka yang saya install dalam kepala saya.
Apa yang saya selalu buat bila kaki lenguh ( musim hujan , banyak berjalan atau masuk angin) saya akan ambil sedikit halia tua. kira2 tiga inci panjang, bergantung kepada keluasan area yang nak disapu tu. Basuh dan tumbuk sampai lumat..Hati2 kalau guna lesung batu , pastikan ia tidak digunakan menumbuk cili sebelumnya. Kalau nak guna penyagat buang kulit dulu. Masukkan dalam piring. Sebelum menyapunya saya pastikan semua kerja dah beres, termasuk solat dan mandi.
Sapukan rata2 pada kaki yang lenguh. Saya pula suka menggosok kaki dengan hampas halia tu. Kira2 macam kita mengurut2 juga la. Kalau dapat halia bara lagi berkesan. Dulu arwah mak saya selalu menyimpan " bedak param" yang digunakan oleh wanita2 lepas bersalin untuk membuang angin. Bedak param ni dicampur air suam barulah disapu pada badan yang berangin . Amat berkesan. Bila salur darah dah panas, barulah dia boleh bergerak... hilang le lenguh.

Thursday, March 4, 2010

Cerita Kembar Ribena jadi maskot rumah


Suasana sukan sudah terasa sangat-sangat.Sana sini kelihatan murid-murid berlatih kawad. Tugas saya ialah mengendalikan bahagian perbarisan Rumah Muzaffar yang mengambil tema warna ungu. Setelah bermesyuarat dengan murid2 Tingkatan 6 dan AJK rumah , saya akur dengan keputusan mereka untuk memilih maskot duta minuman ribena.

Seorang murid perempuan terpilih untuk memakai pakaian tersebut.Jadi mereka semua akan memakai pakaian yang berwarna ungu , belon ungu di tangan, kain ungu diikat di kepala ,tiga tingkat riben ungu metalik di kaki seluar , bunga manggar juga warna ungu.Pembawa kain rentang saya pilih dua orang budak lelaki memakai baju melayu , songkok berlilit riben juga berwarna ungu.

Saya ke bandar , mencari sesuatu untuk pakaian pembawa bendera rumah dan juga ketua rumah. Tempat pertama saya tuju ialah di kedai 'bundle'. Saya perhati kalau2 ada jaket labuh ala lanun untuk dipakai oleh ketua rumah.Tak ada pulak

Berhempas pulaslah saya menyediakan pakaian dan aksesori maskot dan peserta perbarisan. Ada yang kena beli , ada juga menggunakan barang2 terpakai yang dikitar semula.Memandangkan tahun lalu rumah ini telah mendapat tempat kedua dalam upacara perbarisan , kali ini saya berazam untuk meraih tempat pertama. Maka terpaksalah saya menggunakan kekreatifan secara maksima untuk hasil terbaik.
Tiba hari terakhir persediaan dibuat muncul pulak seorang murid perempuan dengan wajah mencuka menyatakan dia telah lama nak jadi maskot rumah dari tahun lepas lagi.

Saya tanya dia:

" Ke mana kamu selama ni ? Habis kalau saya ambil kamu, ke mana pulak saya nak letak budak ni."
"Dah lama saya teringin nak jadi maskot cikgu.Saya dah bagitau ketua." dengan nada memujuk dan muncung yang semakin panjang .
" Macam ni le, kamu balik kelas dulu ."

Pulak dah..
Kenapalah budak ni ujud di saat begini.Biasanya maskot seorang saja. Puas saya fikir..kalaulah saya di tempat dia.Tentu saya kempunan dan akan menyimpan kenangan pahit seumur hidup.Biarlah rumah saya menghantar dua maskot. Saya akan katakan 'kembar ribena.'
Apalah salahnya saya bagi dia peluang yang bakal menjadi kenangan manis sepanjang hidupnya. Kebetulan ada kain lebih untuk buat baju dia dan aksesori lain yan
g saya boleh ubahsuai.Saya bincang hal ini dengan rakan saya. Dia bersetuju kerana ada sepasang kasut lagi di rumahnya boleh digunakan oleh budak ini.

Bagi saya sekolah sepatutnya menjadi satu tempat yang menggembirakan .Murid saya adalah'client' saya.Dan saya seharusnya memberi yang terbaik untuk mereka.Jika mereka gembira , saya juga turut gembira.

Ok..tunggu keputusan esok. Adakah Rumah saya berjaya menjadi Johan Perbarisan dan sekali gus Johan rumah antara 6 rumah sukan.

Tuesday, March 2, 2010

BUDAK-BUDAK MESTI TAU hak mereka


Sepatutnya saya keluarkan entri ni dua malam yang lepas. Maklumlah , jadi SU sulit memang selalu sibuk tak bertempat. Apa pun saya kena sampaikan juga ILMU ni kepada anak-anak bangsaku 1 Malaysia.


Seperti biasa hujung minggu begini saya jadikan setiap saat penuh dengan aktiviti keluarga yang berkualiti. Tidak saya persiakan setiap detik yang berlalu. Masa nilah kami berkumpul anak-beranak setelah masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri sepanjang minggu. Saya bercadang untuk membawa mereka semua makan2. Bab tempat , dan apa yang nak dimakan terserah pada mereka .

Saya memberi arahan ala-ala ketua lanun tuh .

" Semua mesti mandi sebelum maghrib , siap pakai baju !!
.... tunggu azan atas sejadah !
...habis solat maghrib terus keluar."

Anak saya yang kecik Anis teringin nak makan piza yang ada udang berdiri bongkok tuh. Saya masih teringat bulan lalu kami tak dapat makan sebab menurut kata budak perempuan tu


" Dia punya sos dah abeh..Akak boleh order yang lain ye ".

Saya tengok anak saya memanjangkan hujung bibirnya , terkilan tak dapat makan benda yang diidamnya.

" Ok le, pilih je benda lain , janji kenyang, lain kali ada rezeki kita datang lagi "

Kali ni anak saya mengulangi permintaan yang sama , nak piza yang ada udang. Sebaik-baik dapat memilih tempat yang strategik, menu pun dihulurkan. MUdah kerja saya kerana tak payah menunggu lama nak pilih aneka juadah pada buku keras tu. Apa yang pasti mereka memilih minuman sejuk. Saya meminta segelas air panas. Bila budak perempuan tu datang , terus saya pesan piza berudang bongkok berdiri. Sepontan budak pempuan tu jawab :

" akak , yang ini tak dapat buat malam ni sebab sosnya dah abeh "

Rasa macam pernah dengar ayat nih. Saya tak fikir ini kebetulan lagi . Sos abeh juga ? Pasti ada yang tak kena.

" aikkk ?? dulu sos abeh , ini sos abeh lagi ?
Lepas ni periuk tak de , minggu depan pinggan tak de,
Minggu satu lagi meja tak de nak duduk".

Saya melepaskan geram.. tu sikit je , tapi masih boleh bagi senyuman kelat lagi.

" Ok , lepas ni saya nak jumpa boss awak ,
nak bagi tau lain kali tak payah tunjuk gambar-gambar dalam menu ni ,
tak payah gantung2 gambar makanan ni kat meja.
Saya dan anak2 tak nak makan apa2, nak duduk2 je tengok gambar nih"

Anak lelaki saya yang akan mengambil SPM tahun ni mencubit2 paha saya , isyarat supaya 'cool'. Dia faham hangin saya dah naik.

Anak2 saya yang bertiga tu tunduk je , membilang jari masing2 kut. BUdak tu masih tersenyum sambil berlalu. Lima minit kemudian dia datang lagi dengan senyuman lebih lebar.

" akak , sos dah ada , boleh buat dah ,
tapi akak kena tunggu lama sikit ye".


Sambil menghadiahkan senyuman , saya pandang muka budak tu.. penuh makna. Saya angguk2 kepala . Apa cerita ni ye. Tak sedar anak2 sedang sibuk menghirup sup dan roti panas sebagai makanan mukaddimah. Berseri2 muka mereka.

Saya nyatakan pada anak2 bahawa kita kena tahu hak kita sebagai pengguna. Kuasa membeli di tangan kita. Tiada kita sebagai pelanggan, tiadalah 'bisness'. Mereka seharusnya melayan kita sebaik2nya seperti yang sepatutnya , sesuai dengan nilai duit kita yang mereka ambil. Usah biar orang buli kita . .apa lagi pijak kepala kita.. Duit kita ada nilainya , semua 'servis' di situ kita bayar. Kita patut buang prinsip ' biarkan' , 'tak apa' semata-mata kerana nak jaga hati orang. Kadang-kadang kita terpaksa bersikap ' kasar' sikit demi menjaga maruah dan hak kita.

Satu lagi saya ingatkan anak2 saya supaya setia pada majikan, walaupun kita hanya makan gaji dan menerima bayaran tetap tiap hujung bulan. Kesetiaan ini bagai terhakis pada bangsa kita. Sebab tu kalau kita lihat peniaga Cina lebih suka mengambil bangsa lain sebagai pekerja mereka.

Mengenai kes ' pesanan' makanan yang dikatakan tak ada sos tu saya harap berhenti di situ saja. Harap2 tidak ada orang lain yang terkena lagi sebagaimana yang saya anak beranak alami. Malam itu kami habiskan masa kualiti kami dengan begitu efisien. Sewaktu anak-anak menghirup minuman berais dalam gelas masing2 , saya pun mengeluarkan serbuk minuman bercoklat dalam sachet kecil dari dalam bag tangan dan menuangkannya ke dalam air panas yang saya pesan tadi. Simple .... tapi signifikan



Related Posts with Thumbnails