Wednesday, October 20, 2010

Segalanya telah TERsurat


Hari ini genap seminggu almarhumah seorang staf pejabat saya meninggalkan kami. Masih terbayang senyuman dan sapaan beliau ketika kami sibuk lalu-lalang berhampiran mejanya. Walaupun penat melayan setiap lembaran kerja namun beliau tak pernah merungut setiap kali kami ajukan pertanyaan demi pertanyaan mengenai gaji masing-masing.

Yang pergi…… tetap pergi. Tapi pemergiannya yang tiba-tiba, sungguh memeranjatkan semua orang. Tidak siapa menyangka bahawa ia akan pergi dahulu dalam usia mencecah 50 tahun. Hanya demam biasa . .Beliau pergi dengan meninggalkan sebuah senyuman sebagai kenangan . Al-Fatihah untuk roh almarhumah.

Dalam jarak waktu yang hampir sama saya terkenang sebuah cerita dari seorang teman. Seorang stafnya dimasukkan ke hospital kerana menderita sakit kepala. Dari diagnosa awal doctor dari hospital di mana dia ditempatkan mengatakan ada pendarahan yang menjadikan ‘ blood clot ‘. Blood clot ini telah menghalang aliran darah di bahagian kepala. Maka kurang oksigen disalurkan di bahagian kepala menyebabkan dia pening dan loya. Disebabkan hospital pertama masih lagi baru beroperasi maka terpaksalah pesakit ini dipindahkan ke sebuah hospital kedua yang lebih jauh untuk mendapatkan rawatan pakar. Dari hospital kedua ini dia dibawa pulak ke hospital ketiga di bandar kelahirannya oleh saudara-maranya dengan alasan lebih dekat dengan adik beradik. Sebelum ke hospital ketiga dia sempat bertemu dengan anak-anaknya, berbual-bual dan makan bersama. Sebaik sampai di hospital ketiga doktor telah merujuk kes beliau ke hospital keempat bagi mendapatkan rawatan kepakaran. Di hospital keempat itulah sebahagian kecil tempurung kepala beliau dibedah dengan kebenaran ahli keluarganya. Ramailah sahabat handai menziarahinya kerana bimbangkan hayatnya yang dikatakan 50-50. Kesian dan simpati menggunung tinggi terhadapnya. Hajat, tahajjud doa shifa dan yasin jangan disebut lagi.
Alhamdulillah.... usianya masih ada . Inilah dua kisah yang berbeza. Seorang meninggal tanpa diduga...manakala yang seorang disangka hampir menemui ajal..namun sebaliknya yang terjadi.
Segalanya telah tersurat .

Tuesday, October 12, 2010

EXAM FEVER


Lama juga tak update blog. Bila hujung tahun begini terlalu banyak yang perlu diberi perhatian. Menjelang PMR separuh tenaga tertumpu kepada calon-calon di sekolah saya dan juga calon di rumah saya sendiri. Seorang anak saya selesai mengambil UPSR. Semalam tamat PMR anak ke 3. Kini menunggu anak ke2 mengambil SPM. . Yang pasti anak sulung saya juga akan menduduki peperiksaan di UiTM. . Menggunung doa saya panjatkan untuk anak2 sendiri dan anak2 murid saya.


Mengikut petua , selalunya saya berpuasa tatkala anak2 mengambil pepriksaan. Relalah saya berpuasa demi anak2. Dengan penuh syukur saya memuji2 Allah SWT kerana memperkenankan doa saya untuk bersama mereka ketika mereka menghadapi peperiksaan itu.


Bersyukur ......
kerana dapat menyediakan sarapan dietry yang berkualiti ,
Bersyukur .......
kerana dapat menemani mereka membuat persediaan mengulangkaji
Bersyukur .......
kerana dapat menghantar dan menjemput mereka,
memeluk dan mencium mereka sebelum memasuki dewan
Bersyukur .......
kerana dapat mendengar komen mereka sebaik keluar dewan peperiksaan
Bersyukur ........
kerana dapat melihat senyuman dan
berkongsi perasaan
sebaik tamat peperiksaan ...


SIAPAKAH YANG LEBIH LAYAK

MENDENGAR BISIKAN

DAN MENGKABULKAN PERMINTAAN

DARI SEORANG IBU




Related Posts with Thumbnails