Thursday, January 20, 2011

Kesilapan berulang lagi

Kadang-kadang tidak terfikir oleh minda bagaimana dalam usia sejauh ini saya masih lagi melakukan kesilapan yang sama. . Berulang-ulang hari demi hari hari...tahun demi tahun.
Saya menyedari kesilapan ini...tapi tidak berupaya mengubah. Sehinggalah waktu akhir-akhir ini saya mula terfikir untuk berubah.

Segalanya bermula setelah saya melalui berbagai-bagai motivasi diri. Memang benar... kadang-kadang payah untuk kita beralih angin kerana tiada yang menggerakkan diri kita. Kadang-kadang kita tersedak kerana makan terlalu gelojoh. Ada juga ketikanya kita tersedak hanya kurang arif mengawal sistem pernafasan kala menikmati kunyapan di dalam mulut.

Selama ini saya hanya membiarkan takdir menguasai diri. Malah saya hanya menyerahkan Pentadbir Alam untuk mengubah perjalanan hidup ini.

Mulai saat ini saya tidak akan membiarkan satu makhluk pun menyakiti hati saya. Tidak ada insan yang paling isitimewa ...dan tidak ada insan yang paling malang. Setiap insan berhak untuk hidup bahagia. Kita berhak untuk memilih penderitaan atau kebahagiaan.

Kesilapan saya yang paling besar ialah terlalu berdiam diri tak bertempat. Sehingga saya tidak berupaya lagi mengenal teman , kenalan , kawan dan sahabat.

Selamat tinggal masa lalu..

3 ulasan:

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Ada kalanya kita lupa setiap manusia ada kelebihan yg telah Allah berikan. Tak perlulah kita tangisi kekurangan kita, tapi hargai apa kelebihan yang kita ada.

kembara kelana said...

MT
lama tak baca dan update blog...sebab kena demam fb, kini fb dah menjemukan maka kembali ke blog smeula....
komen...apa yang berlaku pada kita ada dua sebab....sebab salah atau sebab silap kita..kalau salah...taubat, kalau silap...baiki dan ingat, jangan masuk lubang yang sama sam;pai dua kali.

then bila mt nak berdepan dgn mamat yang sakiti mt, sudy behavior dia dan cari week ness dia...baru boleh berdepan...ni dikatakan pikir dulu...sebelum bertindak..ok.

selamat MT

Mama Tanjong said...

salam kakzakie,
terima kasih. alhamdulillah...kini saya lebih menghargai kelebihan saya.

salam Kembara kelana,
sama kita...Facebook jarang2 saya jenguk..baca je cerita orang. terima kasih atas idea dan tips yang diberi..Saya mula membina kehidupan yang masih berbaki.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails