Thursday, January 20, 2011

Kesilapan berulang lagi

Kadang-kadang tidak terfikir oleh minda bagaimana dalam usia sejauh ini saya masih lagi melakukan kesilapan yang sama. . Berulang-ulang hari demi hari hari...tahun demi tahun.
Saya menyedari kesilapan ini...tapi tidak berupaya mengubah. Sehinggalah waktu akhir-akhir ini saya mula terfikir untuk berubah.

Segalanya bermula setelah saya melalui berbagai-bagai motivasi diri. Memang benar... kadang-kadang payah untuk kita beralih angin kerana tiada yang menggerakkan diri kita. Kadang-kadang kita tersedak kerana makan terlalu gelojoh. Ada juga ketikanya kita tersedak hanya kurang arif mengawal sistem pernafasan kala menikmati kunyapan di dalam mulut.

Selama ini saya hanya membiarkan takdir menguasai diri. Malah saya hanya menyerahkan Pentadbir Alam untuk mengubah perjalanan hidup ini.

Mulai saat ini saya tidak akan membiarkan satu makhluk pun menyakiti hati saya. Tidak ada insan yang paling isitimewa ...dan tidak ada insan yang paling malang. Setiap insan berhak untuk hidup bahagia. Kita berhak untuk memilih penderitaan atau kebahagiaan.

Kesilapan saya yang paling besar ialah terlalu berdiam diri tak bertempat. Sehingga saya tidak berupaya lagi mengenal teman , kenalan , kawan dan sahabat.

Selamat tinggal masa lalu..
Related Posts with Thumbnails