Tuesday, March 29, 2011

BERSUA SEORANG WANITA DI SEBUAH KURSUS KECANTIKAN

Allah maha mendengar bisikan hati paling dalam. Bersyukur pada Allah. Pertama bersyukur kerana dapat membuat pengisian dalam blog ini. Ujian bertimpa-timpa datang silih berganti, laptop sakit tenat dan PC pun pun demam. Maka.. duduk membaca internet percuma di sekolah jer.

Kedua saya bersyukur kerana Allah mengkabulkan impian saya. Sebenarnya terlalu lama saya ingin berjumpa dengan kakak angkat saya ketika menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah di Kelang. Rindu tu tak lah sampai rindu giler2. Saya terfikir2.. siapakah suaminya, berapa orang anaknya..di mana dia kini...dan yang paling ingin saya tengok ialah wajahnya yang sungguh manis.. mata tersenyumnya.

Sabtu dan Ahad lepas 26 , 27 Mac 2011 ..adalah hari penuh sejarah. Siapa sangka Saya ditemukan dengan kakak angkat saya tu ketika kami sama-sama mengikuti kursus kecantikan produk baru sebuah syarikat terkenal. Mati hidup balik dia langsung tak kenal saya....Tapi saya tak boleh lupa taik lalat bawah mata kanan dan mata tersenyumnya. Yang lain saya tak boleh komen ..maklumlah wanita kerjaya yang dah bersara , pasti banyak berubah. Semua teman semeja makan malam tu terkejut tapi tak la sampai terjatuh bulu mata tempelan tu. Terkejut kerana saya tak pernah berjumpa sejak kami sama2 meninggalkan sekolah dan asrama selama 38 tahun.

Itulah kuasa Allah ..
Related Posts with Thumbnails