Tuesday, June 28, 2011

1 MURID 1 SUKAN


Menyahut seruan kerajaan untuk mewujudkan satu bangsa yang mengamalkan gaya hidup sihat, sekolah saya akan mengadakan kejohanan Sukan sekolah pada 7 Julai ini. Walaupun agak lewat namun ia akan tetap disambut dengan meriah.

Dua minggu kebelakangan ini sibuklah melayan kerenah budak-budak dan juga AJK
sukan. Acara saringan sudah pun hampir tamat.

Murid yang tak ambil bahagian kena duduk dalam kelas.Tapi tak duduk pun ..


Azra dan Adline tak sabar2 nak lari ni..

Guru-guru yang bersemangat dan dedikasi ..
Wan Aziah dan Chew
setia menanti peserta untuk memberi nombor.
Para pegawai sukan siap sedia untuk bertugas
berlatar belakangkan kuaters guru .
Ada yang check track ..mana tau ada lubang2 bahaya.

warm up dulu ...

Check lubang spike tu..
mana tau ada katak dalam tu

Komanden rumah sentiasa di sisi ..
memberi semangat.
Poh Ley mendapat tempat kedua dalam
acara lari 400m perempuan A...syabas !!
hiduuup Muzafaaaarrrr ..

Inilah hero kami....tempat kedua...400m
ok tu. Shafik yg dibelakang tu dah mula sakit perut


Cikgu Rosli . "dengar sini ...
sapa pun tak dibenarkan jatuh di garisan penamat..."

bersedia.. lari 400m lelaki A.



cikgu Halimatun (tudung biru) bersama Kholidah
sedang membuat undian lorong track.

Acara saringan tamat pada pukul 10.00 am, akan disambung esok..29 Jun. Pada 2hb Julai nanti akan diadakan acara merentas desa dan Hari Koperasi... 1 murid..1 sukan diadakan serentak seluruh negara. Hari Sabtu adalah hari persekolahan. Saya sedang berfikir sama ada nak masuk pertandingan melipat sejadah atau petandingan mengukir buah tembikai. Harap rumah Muzafar akan mengutip mata yang banyak sebelum sukan sebenar yang akan diadakahn di stadium Proton City, Tanjung Malim.

Moto Rumah Muzafar :

Strive For Excelent

Related Posts with Thumbnails