Calon-calon SPM 2011 sedang tekun menyiapkan kerja kursus.
Operasi PECUT. . ertinya.. jangan lagi berjalan berlenggang-lenggang ala “ jalan kucing di pentas peraga ”. Semua mesti memecut…lari pecut..bukan lari marathon bukan jogging, bukan big walk atau fast walk.
Murid…guru…penjaga mesin fotostat dan mesin recoh dan semua warga sekolah pastinya kena pecut . Jadinya saya pun tengah lari pecut le ni. Mana2 sukatan pelajaran yang belum habis….mestilah dihabiskan. Mana2 buku yang belum dibaca…bacalah. Mana2 yang tak faham..kenalah bagi faham…
Kalau pemimpin2 politik dikatakan turun padang.. Tugas saya mencari kampung, rumah dan ibu bapa murid. Saya pergi bersama seorang Guru Kanan Bidang. Kira2 tu jadi driver merangkap pegawai dari FBI. Jam 10 pg saya dah sampai ke sebuah kawasan perumahan. Setelah 5 kali keluar masuk kereta bertanyakan alamat.. kami pun sampailah ke penjuru sebuah kampung. Saya terpandang sebuah pokok mengkudu yang baru ditebang. Dengan izin tuan pokok, saya dan kawan mengutip buah yang hampir masak, putik dan daun untuk dibuat ulam dan minuman. Kata nenek saya, sebiji buah mengkudu ni..sama macam sebaldi ubat.
Setelah selesai ops kutip buah..kami terus ke rumah pertama setelah 5 kali pusing ( kerana alamat yang diberi tak betul). Panggilan kami tidak dijawab. Kami terus mengetuk pintu..hampir kematu juga jari ni. Jiran yang mengiringi kami hilang sabar..lalu mengetuk pintu sekuat hati sambil memanggil2 nama murid tu. Ibu bapa murid ini adalah PATI yang telah lama berhijrah.Beberapa minit kemudian keluarlah seorang budak perempuan sambil menenyeh2 taik matanya..adik kepada murid tadi..juga murid sekolah saya. Rupa2nya dua beradik ni sama2 ponteng sekolah. Kami meminta adiknya memanggil abangnya. Setelah dua kali keluar masuk…barulah abangnya keluar… dengan seluar pendek tanpa baju…juga menenyeh2 taik matanya. Saya menyuruhnya basuh muka dulu. Saya bersuara,
“pergi mandi..
siap ikut cikgu ke sekolah..
tak payah pakai uniform
(murid ini telah dibuang sekolah, tapi telah mendaftar untuk subjek KRSV ni )
0PS PECUT berjalan dengan lancar.
Budak lelaki ni buat kerja sampai tak angkat kepala.
“ awak hanya ada 5 min untuk ke tandas”
(buang air pun kena pecut!)
murid ini diselia oleh seorang guru di dalam studio.
Kami keluar lagi..
Rumah murid kedua dan ketiga juga tak dapat dikesan .Saya berhenti mencari kerana kereta saya sudah masuk jauh ke dalam hutan. Jalan besar sudah menjadi jalan satu lorong. Akhirnya kami diberitahu bahawa murid perempuan ini sudah pun bekerja di sebuah tadika. Ibu bapa sudah berpisah.
Murid ke empat yang paling jauh . Setelah top up patrol kami memasuki kawasan kaki gunung sebuah felda..Kalaulah tidak diberitahu, mati pun kami tak jumpa rumah ni. Memasuki sebuah bengkel motor , kami melalui sebuah lorong sempit di belakangnya sambil menuruni jalan cerun. Sebuah rumah papan sederhana dengan keadaan keliling yg tidak begitu kondusif.Pinggan mangkuk bersepah di kaki tangga berhampiran paip bocor. Kawan saya memanggil nama dua orang murid perempuan kembar...sambil saya memandang sekeliling rumah. Ada dengar suara..tapi mereka tidak menyahut. Kami menunggu lima minit.. dengan rasa kesal saya memanjat tangga dan mengintai di celah2 pintu..Keadaan tidaklah seperti yang kita dapat bayangkan. Saya memanggil nama kedua2 murid ini:
Tiara ...Taria..
cikgu datang nak ambik awak..
siapkan kerja kursus awak berdua.
Minggu ni cikgu nak siapkan markah.
Kalau awak tak datang, cikgu tak dapat beri markah untuk awak berdua.
Cikgu tau awak ada di dalam.
Ketika nak memasuki kereta saya terpandang sebuah pokok gelenggang di sebelah tempat parking kereta. Pokok yang saya cari2 selama ni. Daun ini amat mujarab untuk mengubat kudis dan penyakit kulit. Alhamdulillah..tak payah saya nak memasuki hutan belukar atau menuruni parit berair untuk mendapatkan daunnya.
Tepat pukul 12 tengahari kami masuk ke kawasan sekolah semula.
Kedua2 murid ini juga anak2 mangsa perpisahan. Waktu malam mereka berniaga di pasar malam..Jika tak bekerja..tiada duit. Di manakah lelaki yang sepatutnya memberi nafkah untuk keluarga ini? Keesokan harinya saya dapat tau dari kawan2nya.. mereka akan datang ..
Terima kasih kawan2 yang membantu cikgu.!
Kerja saya hampir selesai.
Minggu ini saya akan serahkan cadangan markah murid2 saya kepada Pentaksir Kawasan. Semuga segala usaha mereka dan guru akan membuahkan hasil yang lumayan.
Saya tidak mengharapkan intan belian dari sesiapa..
hanya kejayaan mereka
cukup membuatkan saya rasa bahagia.