Tuesday, March 16, 2010

Apa Benda Yang Meletup tu ??

Sedang saya asyik duduk melipat kain baju yang dah tinggi macam bukit Uhud ni , tiba-tiba . .
' popppp !! " ..... jantung saya bagai direntap. Satu letupan yang amat kuat entah dari mana datangnya menerjah telinga dan membuat tangkai jantung saya hampir-hanpir terputus. Sambil mengurut dada saya bangun dan cuba mencari di ruang tamu punca bunyi tadi.

Saya pandang tv..masih ada di tempatnya. Mentol lampu meletup ke.. saya pandang bawah.. tk de serpihan kaca pun. Ikan pekasam ?..Bila saya buat ikan pekasam ? Tapai ?..Bekas membuat tapai juga boleh meletup jika banyak haba dan tenaga terkumpul.. Mata saya terfokus pada meja makan.

Ooo.. atas meja tu ada botol madu yang baru saya beli . Kata penjual yang mendakwa datang dari pantai timur tu, ni madu talang... payah nak dapat. Saya pun terus beli memandangkan stok di rumah dah hampir habis. Sebenarnya di rumah saya memang tak pernah tak ada madu..Saya akan pastikan dia sentiasa ada. Tapi madu kali ini lain macam pulak. Saya tengok penutup plastik yang berwarna kuning tu dah tk ada. Rupanya madu inilah yang meletup tadi. Saya mencari penutupnya. Tak jumpa.. Tak pe laa... nanti bila saya mengemas rumah harap2 jumpa la.

Bercakap pasal madu semua orang tau khasiatnya. Dalam Quran dan hadith sudah terang dan jelas termaktub. Di sini saya nak share tentang madu yang saya baca dari terjemahan Buku Ensaiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam al Quran dan Sunnah tulisan Yusuf Al-Hajj Ahmad.



BAGAIMANA LEBAH MEMPRODUKSI MADU?


Lebah yang membuat madu ini amat bijak dalam memilih bunga yang mempunyai aroma harum dan serbuk saribunga yang baik-baik saja.Dia akan menjauhi semua jenis racun dan zat berbahaya yang ada dalam bunga.

Allah telah mengurniakan mereka memiliki kepandaian , kemampuan mencari makanan , kepekaan menyingkirkan hal-hal buruk , serta memiliki aturan dan keluhuran jiwa yang paling layak ditiru oleh seorang mukmin yang memiliki keimanan sejati.

Setelah menghisap serbuk saribunga , on the way balik ke sarangnya dia akan menjelirkan lidahnya untuk mendapatkan sinar matahari yang membantu mengurangkan kadar air dan mengelakkan madu mengental.
Sampai di sarang , bermula proses membentuk madu. Lebah akan mengeluarkan sejenis zat dari air liurnya dan zat ini akan bercampur dengan bakal madu tadi..

Bentuk gula saribunga tadi berubah dari :

sucrose > levulose > dextrose

Bentuk gula yang akhir tu telah dicernakan (hadam) di dalam madu terlebih dahulu. Jadi mudahlah bagi orang yang sakit , yang lemah , dan baru sembuh dari sakit sebab madu ini lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam darah. Selain itu lebah ni juga telah memasukkan vitamin ke dalam madu ni . Dia akan memastikan vitamin tu tak hilang atau musnah. Hebat kan.

Istimewa betul tugas lebah ni .Dalam satu hari sekor lebah dapat kumpulkan sekitar 10 g madu. Dan untuk mendapatkan madu sebanyak itu sekor lebah ni tepaksa terbang 60 kali pergi balik.


Dan untuk memproduksi 1 Kg madu diperlukan kira-kira 300 ekor lebah yang masing2 akan terbang sebanyak 40 kali !!



Hebatnye..




Simpanlah sebotol madu asli di rumah anda... untuk menghargai apa yang Allah beri
dan apa yang telah dilakukan oleh lebah itu.






6 ulasan:

KAMATO said...

Salam, madu ni memengla berkhasiat

Mama Tanjong said...

w.salam Kamato ..
T.Kasih.
Berhati-hati dengan madu yang tak asli ye. Takut pulak dapat diabetes. Saya amalkan minum air suam dan sedikit madu bila bangun dari tidur.Selebihnya saya selalu buat masker je

ustaz eds said...

salam,
salah satu tanda kebesaran dan kekuasan Allah s w t...hebat sekali kejadian lebah dan madu..
p/s:ramai suka madu tetapi tak suka bermadu...he he he...

Mama Tanjong said...

Salam ustz..
Orang-orang yang bermadu tu tak tau takdir mereka begitu kan..manis ke pahit ke..kena telan juga.Pandai-pandai le bwk diri

oldman said...

Ada yg menceritakan bahawa madu jika di makan dengan kencur tiap tiap hari boleh menguruskan badan yg gemuk tampa ada kesan sampingan.

Mama Tanjong said...

Salam Oldman,
o..ye ke. Kencur tu cakap jawa kan. Orang melayu kata cekur. Macamana nak makan tu. Tumbuk ke..buat ulam ke. Nampak macam best je rasanya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails