Friday, August 27, 2010

Seronok ke Jadi Cikgu

Yang perempuan ni rajin sangat nak belajar,
mudah menurut arahan cikgu dan berdisiplin.

Lelaki Melayu terakhir bersama cikgu Hazrin
sedang tekun menyiapkan kerja kursus KRSV di saat akhir.
Penilaian kerja kursus murid di studio PSV

Semalam saya berbual dengan seorang murid Tingkatan 5 bernama Syukri. Kira kelas yang hujung juga la.. Budak ni tak berapa pandai dalam kebanyakan mata pelajaran tapi boleh dikira cerdik juga. Ada karisma , wajahnya termasuk kategori ' good looking' dengan rambut ala berus sabut. Apa saja yang saya suruh buat...dia akan buat..tapi..tak mencapai standard yang saya tetapkan. Namun ia mampu membuat saya rasa puas .

Dia pandai mengambil hati saya . Kala saya muram keletihan.. ..dia pasti akan bertanya ,
" cikgu lapar ke ?
Biar saya belikan .. cikgu nak makan apa .
Koop masih bukak lagi tuh.
Laju je saya jawab
Tolong belikan air mineral , roti sardin , yogurt, kerepek ubi pedas dan cloud 9.
Kadang2 dia akan menemani saya makan sambil berbual. Habis sekolah waktu petang dia akan membantu ibu saudaranya berjual kuih digerai. Saya tanya dia buat apa dengan duit gaji dia tu.

"Duit tu saya simpan dalam bank"
Bila dah banyak saya nak pinang awek saya..
Jawapannya membuatkan saya termenung panjang . Tak sangka budak ni ada juga wawasan. Saya bandingkan dengan kawan2 sekelasnya yang lain. Sepanjang masa asyik berbual kosong , berkeliaran ke sana sini waktu belajar . Bila cikgu masuk kelas hampir semua buat tak tau, masing2 telangkupkan muka di meja. Bila cikgu suruh buat kerja , mereka akan menjawab : malas, malas, malas.
Saya fikir kalau budak2 tu dimandikan dengan air zamzam pun belum tentu lagi hilang malasnya. Sebabnya hari2 mereka melafazkan zikir yang sama:
malas , malas, malas , malas , malaslah cikgu !!!
Bulan ni seorang daripada mereka dibuang sekolah kerana mencuri . Tapi yang peliknya dia masih berminat nak ke sekolah.
Lewat peperiksaan Percubaan SPM baru2 ni saya terkejut melihat hampir 2/3 daripada murid kelas Shukri tidak mengambil peperiksaan Kertas 2 PSV. Setahu saya sebelum tu mereka mengambil Kertas 1 PSV. Soalannya di mana port mereka menyembunyikan diri selama 3 jam kertas tu berlangsung.
Atas rasa nak membantu saya menyuruh mereka mengambil Peperiksaan Kertas 2 PSV di hari lain. Saya hulurkan kertas , pensil dan warna. Mereka menyambut barang-barang yang saya beri. Saya tinggalkan mereka dalam studio saya dengan diberi masa 3 jam. Kemudian saya ke kelas lain untuk mengajar. Dalam masa 10 minit saya datang semula ke studio untuk memastikan mereka menyiapkan kertas peperiksaan tersebut.
Subhanallah.!! semua dah lesap.
Sampai hari ni saya tak dapat kutip kertas 2 PSV.
Terkenang saya pada satu pertanyaan Shukri ...
Seronok ke jadi cikgu ?
Bagi saya, saya akan merasa seronok dan puas kiranya
murid2 mendengar apa yang saya sampaikan,
Mereka bekerja mengikut disiplin kerja yang ditetapkan,
mereka melakukan apa yang mereka telah ketahui ,
mereka bertanya apabila tidak faham ,
Mereka berada di dalam kelas ketika P&P berlangsung,
Mereka meminta saya mengajar perkara yang mereka ingin belajar,
Mereka senyum dan ketawa ketika belajar,
Dan
Mereka mendapat markah tinggi apabila diuji.
Kalau ada yang bertanya lagi soalan "seronok ke jadi cikgu ?"
saya hanya mampu menjawab .
Saya buat apa yang saya patut dan mampu buat. . .
kerana
saya sedang menuruni bukit...
perlahan-lahan
berhati
hati
dengan daya fikir dan kudrat menurun
bimbang terjatuh

0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails