Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban.Di saat ini saya pasti Bandar Mekah telah mula lengang kerana semua bakal haji telah pun berangkat ke Arafah.Kebanyakan pemandu bas yang membawa bakal haji itu masih mampu tersenyum walaupun terpaksa menghadapai kesesakan jalan yang melampau.Ada beberapa perkara menarik yang ingin saya sentuh mengenai jemaah haji kita di sana.Walaupun telah beberapa kali diingatkan mereka masih lagi tetap dengan perangai kurang sabar. Mungkin mereka lupa bahawa ketika itu mereka sedang mengerjakan ibadat haji dan sedang berada di tanah paling suci.
Satu perkara yang amat memalukan ialah berebut-rebut ketika menaiki bas. Cuba kita bayangkan orang-orang tua lelaki dewasa tanpa segan silu masih saling bertolakan tanpa menghiraukan jemaah haji wanita. Saya mula berfikir, apakah yang direbutkan oleh mereka ini, tempat duduk memang telah diatur mencukupi untuk semua jemaah.Pihak Tabung Haji telah menyusun atur segala keperluan jemaah Malaysia dengan amat baik.Di sinilah kita boleh lihat perangai sebenar seseorang individu.Semasa beg-beg diturunkan atau di naikkan ke atas bumbung bas juga kelihatan mereka berebut-rebut mengambil beg sendiri dan menolak atau memijak beg orang lain.
Hanya sekali saya terlihat di Madinah tahun 2008, sewaktu beg-beg dikeluarkan dari lif ,ia membentuk beberapa buah bukit kecil hampir mencecah siling sehingga menyukarkan untuk kita mengambil beg masing-masing.Saat itu saya harus bersuara memandangkan beberapa orang lelaki berhampiran saya kelihatan seperti boleh diajak berunding.Saya terus mengajak mereka menyusun beg-beg tersebut ke tepi dinding agar lebih mudah dilihat oleh tuanpunya beg.Terus urusan menjadi lebih mudah.Diam-diam saya mengurut pinggang sebaik-baik saja sampai ke bilik.Tapi jauh di sudut hati saya merasa puas kerana dapat membantu walaupun hanya sedikit.
Seperkara lagi yang menuntut perhatian ialah kepada kaum keluarga terutama anak-anak yang menghantar ibu bapa menunaikan haji.Saya dapati, mereka telah maklum bahawa ibu bapa mereka berpenyakit yang berat ,namun mereka menyerahkan kepada takdir semata-mata untuk menjaga ibu bapa mereka.Rakan sebilik saya berumur 60tahun dengan berat badan melebihi 100 Kg, dengan berbekalkan sebakul ubat2an lebih banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Apa daya kami teman sebilik, sekali dua bolehlah kami mengiringinya ke masjid.Umum mengetahui segala pergerakan di sana harus pantas dan cekap. Sepatutnya ada anaknya yang mengiringi ke Mekah untuk menguruskan apa saja.Untungnya..teman ini memang tidak banyak kerenah, tidak suka menyusahkan orang lain.Masa dia duduk di bilik dihabiskannya dengan membaca quran dan memuji-muji Allah.Sekurang-kurangnya ia tidak banyak membuang masa membeli belah seperti jemaah lain yang lebih sihat.Kebanyakan buah tangannya yang akan di bawa pulang telah kami bantu tolong belikan sedikit demi sedikit.Tak lupa juga kami membawakan beberapa botol air zamzam secara bergilir dari masjidil Haram untuk dibuat mandi.Untungnya dia adalah kerana dibekalkan dengan jumlah wang yang cukup oleh kaum keluarganya. Bolehlah dia membayar upah perempuan dan lelaki Indonesia yang sedia menolak kerusi roda untuk tawaf dan sa'ei. Manakala upah melontar di ketiga-tiga jamrah telah dibantu oleh pengurusan Tabung Haji. Semuga ia mendapat haji mabrur.
Satu hari di Masjidil Haram selepas solat asar saya sempat buru-buru ke Bukit Marwa memanjatkan doa untuk seorang sahabat yang menderita sakit.Semuga doa saya dimakbulkan....menurut kitab, saya berdoa di tempat dan waktu yang betul..kalau bukan untuk memanjangkan usia hingga menongkat langit...cukuplah untuk dia menikmati kebahagiaan yang dicarinya selama ini.
I Bet You Never Thought to Use a Form For That!
-
Go beyond contact forms with these six ideas.
1 day ago
1 ulasan:
Saya benar-benar terharu membaca tulisan ibu terutama di perenggan akhir. Memang waktu ibu ke Mekah saya menderita diebetes dan berulangkali dimasukkan wad di Klinik UPSI dan Hospital Slim River. Terima kasih banyak kerana mendoakan. Sejak saya di Bali saya kerap demam dan tak bermaya ketika ini pun gitu. Saya pulang esok ke Mslaysia bercuti selama sebulan dan kembali semula ke Bali 30 Disember nanti. Selamat Hari Raya aidul Adha Maaf Zahir Batin. Terima kasih kerana menjadi sahabat.
Post a Comment