Thursday, November 19, 2009

Mesyuarat Berlangsung...

17Nov saya tak dapat menulis apa-apa kerana terlalu kesempitan masa. Saat hendak ke sekolah saya masih lagi berada di dapur menyediakan makan tengahari merangkap sarapan dan minum petang untuk keluarga. Saya harus segera ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat hujung tahun yang bermula pukul 12.30 pm. Kertas jawapn peperiksaan murid hanya sempat dilihat sahaja dari jauh tanpa sempat disentuh. Beginilah selalunya berlaku..mungkin pada orang lain juga ada berlaku begini. Mesyuarat berlalu melangkah angka semi angka pada muka jam tangan.Ramai guru gelisah bila angka sudah melewati angka 3.Apa tidaknya ..dalam kepala masing-masing ada banyak acara yang harus ditunaikan..solat zohor..sudah sampai ke penghujung, ada yang cemas kerana mengenangkan anak-anak yang masih berada di sekolah..terfikir di benak masing-masing..Ya Tuhan....peliharalah anakku..tidak kurang juga terpaksa duduk membongkok menahan perut sambil mendengar lagu keroncong dari dalam perut masing-masing.Rata-rata tidak selesa dengan bau aneh yang menyelubungi ruang kecil segi empat, tempat berlangsungnya mesyuarat ini. Maklumlah. ruang ini hanya sesuai untuk 50 orang pada satu masa..tetapi ia terpaksa menampung dua kali ganda guru-guru di sini.Ada teman dari jabatan lain menceritakan apabila mereka mengadakn mesyuarat walau hanya 1 jam, mereka telah disediakan dengan paling kurang air teh atau kopi pembasah tekak.Malang kami guru-guru terpaksa menelan air liur sahaja selain daripada menelan segala nasihat berharga dan pesanan demi pesanan untuk memastikan segala kerja dibuat dengan amat baik sekali tanpa soalan atau tanda tanya.,Jumpa lagi

1 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Begitulah keadaan mesyuarat yang tidak ditetapkan jangkamasa habisnya. Saya telah berpengalaman mengendalikan mesyuarat,. Saya tetapkan dua jam bermesyuarat. Habis tempoh tu STOP. Maknanya percepatkan minit yang hendak diperkatakan supaya mesyuarat tidak jadi lagho berleret-leret jadinya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails