Friday, December 4, 2009

Berapa harga sebelah kaki kita





Assalamualaikum wbk

Semalam saya tak dapat menulis di sini kerana terlalu letih melayan komputer yang meragam.Kaki kanan yang sakit di bawah buku lali pula masih belum ok.Seorang kawan mencadangkan supaya saya pergi berurut. Apa lagi seluruh badan kena 'over hault' oleh juru urut.Hari ini masuk hari kedua.. kaki masih kurang selesa terutama untuk dilipat-lipat ketika tahiyyat akhir dalam solat.

Saya masih tetap bersyukur kerana dapat bergerak walaupun tak secergas selalu .Ketika kesakitan berada di tahap maksima saya terpaksa solat atas kerusi, tak boleh duduk di bawah, apa lagi berdiri.Rasa sedih juga sebab markah solat duduk adalah separuh dari solat berdiri, manakala solat berbaring adalah separuh dari solat duduk.Bukan itu saja, saya juga telah kehilangan banyak fadhilat posisi ketika solat.

Menurut tulisan hasil kajian tiga pakar sains lulusan Kejuteraan Elektrik,Sains Elektronik (sistem Perubatan) Kejuruteraan Mekanik Fatimah Ibrahim,Wan Abu Bakar Abas dan Ng Siew Cheok dalam Buku " MEMBONGKAR FAKTA-FAKTA SAINTIFIK DI SEBALIK SOLAT..SOLAT KEBAIKAN DARI PERSPEKTIF SAINS" menyatakan bahawa kedudukan ketika rukuk, sujud dan duduk dalam solat membantu memberikan rehat kepada jantung, di mana kadar denyutan jantung seseorang menjadi lebih rendah berbanding ketika berdiri. Ini adalah kerana faktor jarak antara graviti dan jantung. Sebab itulah kita digalakkan untuk memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan yang paling rendah.

Kedudukan kaki kanan ketika tahiyyat akhir amat penting kerana bahagian bawah ibu jari yang tertekan amat berkait rapat dengan tekanan darah dan hal-hal yang berkaitan dengan jantung , bahagian kepala,leher hidung dan juga mata. Amat rugilah mereka yang mengabaikan solat.

Inilah kehilangan yang saya maksudkan.Bila melihat kaki yang sakit barulah kita sedar betapa besar jasanya kepada kita.Bila menatapnya lama-lama terkenang pulak bahawa inilah dua kaki yang telah berjasa besar kepada saya ketika musim haji yang lalu. Dua kaki inilah yang membawa saya ke sana sini memijak-mijak tanah suci berhari-hari....sekejap perlahan, sekejap berlari-lari anak, kadang-kadang mendaki bukit, menuruni anak-anak tangga masjid, langsung tak pernah merungut. Lalu berapakah harga sebelah kaki ini. Walau hanya sakit sedikit kita harus membayar harga untuk memulihkan urat-uratnya sahaja sekitar rm50.00 tidak termasuk harga pelbagai minyak angin untuk sekadar mengusap-ngusapnya.

Itu hanya sebahagian kecil kejadian untuk difikirkan betapa Allah amat mengasihi hambanya.Ia bukan hanya mencipta kita..tetapi mengajar kita bagaimana harus menjaga tubuh badan kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota luar dan dalam, mental dan fizikal ,rohani dan jasmani.Solat diamanahkan kepada kita melalui Nabi Muhammad SAW bukan untuk menyusahkan ...tetapi untuk kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita.

Apalah erti kehidupan jika kita sakit.

4 ulasan:

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

iyalah ibu. Saya mengalami nasib yang sama selalu solat duduk disebabkan ghout, diabetes dan sakit pinggang yang ngeri. Tidak boleh berdiri lama. Melipat lutut dalam duduk antara dua sujud amat menderita. Saya baru sahaja ke klinik mengadukan sakit pinggang yang ngeri ini diberikan ubat sakit urat dan paintkiller. dapat bertahan 2 n 3 hari aje kemudian sakit tu datang kembali. Kadang2 saya lawan penyakit itu dengan solat berdiri tapi beberapa hari aje dapat bertahan. Sedih juga tidak dapat solat dengan sempurna seperti dahulu... umur kita sama ya bu...barangkali udah ditakdirkan begini..

Su'aidi Hamid said...

sabarlah...
kita sakit karena Allah sayang ma kita..
dengan sakit Allah telah menguji kita.....
dan setelah exam n kita lulus kita naik ketingkat lebih....

Mama Tanjong said...

salam,
Betul tu su'aidi.Allah beri sakit untuk beri kita pangkat.alhamdulillah..sakitnya udah ilang.Saya udah boleh berlari turun tangga .Pagi2 masih bisa buat senaman Chi gong.

Mama Tanjong said...

Salam Dr,
Saya amat simpati dengan kesihatan bapak.Bapak perlukan rehat yang panjang. Usah kerja keras hingga lupa kebahagiaan diri sendiri.Takdir berlaku kerana sebab dan akibat.Allah mengusulkan kita wajib berubat hingga Dia memberikan kesembuhan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails