Lepas je solat Isyrak saya terus lunjurkan kaki kiri.Rasa sakit lagi luka di kepala lutut tu. Luka tu baru nak bercantum.Puas juga saya sapu aloe Vera gel supaya parutnya tak buruk sangat.Tapi kira ok jugalah dah boleh bengkok2kan kaki ketika solat.Alhamdulillah DIA juga yang mempunyai kuasa penyembuh..ubat hanya usaha.
Dalam saya meraba2 kaki tu saya terpandang kuku kaki yang dah kira panjang juga.Panjang dari sepatutnya.Hari Selasa tak elok buang kuku , so terpaksa tunggu hari Khamisla kalau nak hasil yang terbaik.
Kuku kaki yang sedang diinaikan.
Saya pandang lagi kuku tu.Dulu saya kerap bubuh inai kedua2 puluh kuku tangan dan kaki.Pendek kata dan panjang kata pun memang kuku saya tak pernah nampak putih. mesti berinai.Tak peduli apa komen kawan2..asal saya rasa bahagia. Bahagia melihat sesuatu yang pada pandangan mata saya cantik.Ditambah pulak kuku tu jenis panjang2..bila disapu lotion...berkilat le pulak.Bahagia..bahagia betul rasa hati.
Teringat pulak semasa saya terbaring di katil hospital selepas dibedah kerana melahirkan. Antara tidor dan jaga selepas pembedahan saya terperasan ada orang sedang memegang dan membelek2 tangan saya. Saya buka sikit mata saya..sekadar nampak bayangan siapa di sebelah saya.Rupa-rupanya seorang nurse sedang membelek2 jari dan kuku saya. Macam2 ditanyanya. Saya hanya menjawab ala kadar secukup rasa je...kerana melayan rasa ubat bius yang belum habis lagi dalam badan saya ketika itu.
Sekarang ni dah putih semula..putih berbayang warna pink di lapisan bawah. Pernah saya terbaca dalam buku, kalau nak tau macamana rupa kulit bidadari macam tu la warna kulit dia. Bila minum nampak air melalui tekaknya..Aduh....hebatnya bidadari ni ye. Patutlah ramai lelaki berjuang bermati2an nak mendapatkannya.Tapi dalam hati saya..bukan cemburu pada bidadari tu..Pada saya daripada mengejar bidadari yang belum tentu Allah nak bagi tu lebih baik dijaga betul2 bidadari yang di sebelah tu.Cantik ke, slim ke, montel ke...itu yang Allah bagi..amanahkan pada kita. Jagalah betul2.Usah disakiti hati, mental dan fizikalnya.
Allah beri isteri dengan akad.Berjanji dengan Allah bukan seperti berjanji dengan manusia.Sekali kita melanggar perjanjian itu kelak pasti kita akan masuk ke mahkamah Allah yang Maha adil... ke mana nak lari ? Allah beri dalam keadaan yang baik..pulangkan semula pun mesti dalam keadaan yang baik juga.
Gambar hiasan.
sekaki Payung Keemasan
Pernah saya mendengar teman2 berbual. Kalau nakkan payung emas, pergilah pinangkan seorang isteri untuk suami. Saya mengerutkan dahi. Benarkah begini
2 ulasan:
Ibu, banyak yang ibu tuliskan berkaitan dengan kosmetik tradisional dan hal-hal yang berkaitan dengan poligami. Mohon maaf saya ngak bisa poligami sebab monogami pun tak ada. Sori bu lama tak buka komputer asyik menjelajah malaysia dan Thailand terasa puas juga kembara sebulan cuti di Malaysia dan Thailand. Esok saya akan berangkat ke Bali semula. Maaf tidak dapat menemui ibu..
Selamat bertugas Dr. Baik-baik jaga diri
Post a Comment