
Jangan tersilap faham ye , sembang kopitiam ni tak minum kopi pun. Biasanya kami sembang lepas solat asar dalam surau. Disebabkan saya ni orang lama sikit , so banyaklah cerita yang saya simpan. Kadang-kadang saya jadi pendengar je, kadang-kadang jadi motivator dan yang banyaknya jadi mak bidan...camana nak awet muda , nak kempis perut ...macam-macam impian le untuk menjadi model dan super model.
Pendek cerita suami sekarang harus lebih waspada. Zaman dah berubah. Isteri sekarang tak sama dengan isteri dulu. Sama-sama keluar kerja.. sama-sama balik dan sama-sama letih. Balik semula apa kata nabi kita. Isteri menuntut dikasihi tanpa syarat. Usah mendera fizikal dan mentalnya.
Awas ! jika anda para suami tak pandai jaga isteri ... usah menyesal nanti ada orang lain pulak yang menawarkan diri untuk menjaga isteri anda.
Jika anda tak berapa perasan isteri anda cantik , ada yang akan memuja-muji kecantikan isteri anda.
Jika anda tak pandai mendengar keluh kesah penat letih isteri anda ... ada orang yang akan menjadi pendengar simpati keluh kesah isteri anda.
Inilah dia luahan hati para isteri yang mereka tak dapat nak nyatakan pada suami-suami mereka. Atau pun dah luah, tapi masih ada suami-suami yang pandir lagi.
1. Belikan sesuatu walaupun barang kecil , murah atau mahal bila anda pulang dari mana-mana. Kalau pergi lama - belilah sesuatu yang special sikit.. Nescaya kembang mekarlah hatinya. Kalau pegi kedai kejap belilah barang kesukaannya cam majalah ke , pisang ke , kue tiau ke .. ikan pekasam ke
2. JANGAN sekali-kali bukak pejabat di rumah. Keje pejabat , habiskan di pejabat. Isteri anda perlukan anda lebih dari segalanya.
3. Usah terlalu meminggirkan isteri kerana melebihkan ibu. Anda mengambil isteri dengan akad , ijab kabul...berjanji dengan Allah akan menjaganya. Tetapi dengan ibu tiada perjanjian apa2, cuma tanggungjawab anda tidak putus hingga akhir hayatnya.
4. Bantulah kerja isteri di rumah , usah tunggu makan minum sampai ke lutut .. isteri anda bukan bibik.
5. Bila berjalan.. peganglah tangan isteri bila melintas jalan atau bila2 sesuai..awas jangan terpegang tangan isteri orang pulak.
6. BIla hari raya atau apa-apa hari istimewa belikan lah pakaian dan keperluan isteri walaupun dia ada duit sendiri.
7..Usah meminta duit isteri , kecuali dia beri sendiri untuk menampung mana yang kurang.
8. Pujilah selalu isteri anda , dia cantik ke , dia rajin ke , dia pandai buat sesuatu ke, senyumannya manis macam madu ke..
9. Kalau suka tengok isteri cantik ... belikan lipstick ke , bulu mata ke , contact lens berwarna ke..apa2 je yang dia suka..Hantar dia ke spa ke, buat facial ke , bersauna ke..beraerobik ke.
10.. Selalulah belikan minyak wangi ! semuga semerbak lah cinta anda
Ini hanya sebahagian apa yang saya selalu dengar dari mulut para isteri..
Ada lagi yang 'XXX' ..Luahan hati seorang isteri yang tak boleh dipandang ringan, seperti yang saya katakan tadi.. Jika isteri tak dapat dari anda....dia akan cari pada orang lain.(kalau yang kurang iman..)
Seorang isteri menyatakan dia teringin suaminya melakukan satu teknik 'bermalam Jumaat' yang suami tak pernah dan tak suka buat...tapi isteri ini suka... so..apa boleh saya tolong kawan saya ni