Tak lama lagi kita semua akan menyambut Tahun Baru Cina. Masyarakat Cina meraikannya , manakala saya menyambut cutinya . Sempena dengan sambutan perayaan ini saya nak cerita sikit pasal seorang budak cina di sekolah saya.
Pagi Isnin tu sama seperti pagi yang lain , murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Seorang murid Pengawas perempuan Cina yang comel tampil mengacarakan majlis. Umurnya mencecah 16 tahun. . Ia memulakan ucapannya bersama senyuman yang sangat manis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah satu perkara yang dianggap remeh oleh orang ramai. Mereka tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekolah-sekolah khasnya dan di dalam dunia pendidikan amnya.
Walaupun setiap pengawas sekolah yang mempengerusikan majlis ini diberikan skrip dalam bahasa Melayu untuk berucap dalam perhimpunan rasmi ini , tetapi budak perempuan Cina ini masih tidak dapat bercakap dengan fasih. Setiap hujung ucapannya pasti ditertawakan oleh semua murid. Daripada salah menyebut nama guru , nama bin dan binti guru sehinggalah beberapa perkataan yang lain , semuanya mengundangkan tawa yang panjang. Kesian dan simpati padanya.. akhirnya nya dia merajuk ... senyumannya juga terhenti , tidak mahu lagi bercakap sehingga terpaksa diganti oleh pengawas yang lain. Budak Cina yang comel ini lari ke belakang pentas , menangis .. puas juga menghentikan rajuk dan tangisnya.
Cerita budak Cina ini adalah secebis fenomena biasa bukan saja di sekolah , tapi di mana-mana saja di Malaysia. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah hasrat murni PM kita untuk membentuk 1 MALAYSIA adakah akan menjadi kenyataan.. Saya sebagai warga pendidik amat menyokong penuh cita-cita murni ini.. tapi saya tak nampak bagaimana ... sejak dari peringkat TADIKA hinggalah di SRK/SRJK anak-anak murid sudah diasingkan. Mereka menggunakan bahasa ibunda dan mengamalkan budaya masing-masing semasa di peringkat kanak-kanak. Kita memisahkan anak-anak kita menjadi 3 kumpulan. . Tiba di sekolah menengah .. saya masih lagi nampak murid-murid ini tetap berada dalam kumpulan masing-masing mengikut warna kulit mereka. Pergilah ke sekolah mana pun.. inilah hakikatnya. Dan apa yang lebih menariknya ialah semakin bertambahnya bilangan SMJK(C)..Ditambah pula setengah daripada sekolah ini mendapat bantuan daripada kerajaan untuk infrastrukturnya.
Tak kenal - tak cinta ...Maka kalau tiada rasa cinta bagaimana nak ujudkan rasa keKITAAN dan keMALAYSIAAN pada corak kepemimpinan masa depan. Nak menyatukan satu bangsa dalam satu parti pun masih belum ada formula yang dikatakan berkesan...
Pada fikiran saya , hasrat menyatukan Malaysia haruslah dilakukan dengan sepenuh tenaga fikir. Bermula dari akar umbi , bukan tiba-tiba nak men " trim" daun-daunnya membentuk pokok bongsai yang cantik . Bela akarnya dulu... tapi.....bagaimana ya
0 ulasan:
Post a Comment