Seperti yang pernah saya kata dalam entri terdahulu , Bangsa Cina sambut Tahun Baru, saya sambut cutinya . Puas juga nak ngabiskan cuti seminggu ni. . Bukanlah makan angin di luar rumah atau luar negara , tapi dalam rumah je.Masuk angin.. keluar angin juga.
Macam biasa , lepas FAST WALK dan sedut udara segar keliling tasik 3 round saya terus ke pasar dengan baju busuk. Tapi rasanya bau market tu mengalahkan bau baju saya ni. Dalam hati cuma nak beli ikan dan sayur segar berbagai warna. Sambil berjalan tu dalam kepala dok ingat anak ni suka makan apa, yang tu suka apa . Afiq tak suka ikan sebab dia pernah tercekik tulang ikan. Anis tak suka lauk berenang dalam kuah. Amiruddin suka ayam goreng dan semua produk soya... daripada air soya, taufu fa . tempe dah tahu (goreng dulu , kemudian dihiris).Kak Yong suka makan buah dan sayur aneka jenis...pejam celik je matanya bila mengunyah sayur sambil mengeluarkan berbagai bunyi . . krupp kerupp...crettt crettt. Kak Yong dan Amiruddin ni ikut perangai sayalah. kumpulan herbivor tulen.
Sebenarnya dari kecik lagi saya dah galakkan diorang makan sayur berbagai jenis dan warna sekali hidang. Sebab mengikut kajian tenaga warna , setiap warna sama ada dari sayur , buah ,bunga , batu atau kristal ada mengeluarkan tenaga untuk pelbagai kegunaan . Sebahagiannya baik untuk organ-organ dalaman yang tertentu. Saya percaya setiap benda yang Allah jadikan mesti ada kegunaannya.
Sebenarnya saya tak berapa suka berjalan di pasar ni. Sudahlah kena pergi sorang , sapa pun tak suka ikut sebab macam saya kata tadi tempat ni busuk sangat. Sebenarnya pasar ni sedang dinaik taraf.. so buat sementara waktu pasar ni dok atas kawasan lapang yang tak ada saliran air yang baik. Maka...berlopak2lah air di sana sini dengan warna hitam pekat dan berbau. Maka dengan itu juga tak perlulah saya berpakaian seperti nak pergi kenduri lip lap sana sini.
Biasanya saya dah tetapkan berapa duit saya nak belanja hari ni. katalah RM30.00. Saya akan pastikan saya tak kan membeli lebih daripada itu. Kalau saya nak beli ayam..saya akan minta " Bagi saya ayam sepuluh hinggit. Dada dan kepak ye." Terkial-kial le tauke ayam ni menghiris2 daging cenungging ke apa ke untuk mencukupkan timbangan sepuluh hinggit tadi.
Ini kan biznes , takkan tauke je nak menang. Kita pun kena kesian kat diri kita juga. Kalau kita beli ayam sekor . kita kena bawa balik kepala ayam, cakar ayam, dan segala isi perutnya. Saya tak tau apa nak buat dengan benda-benda ni. Kucing pun geleng kepala kalau saya offer kat dia.
Kalau saya nak masak mi , saya suka beli udang yang besar sama saiz jari tangan. Senang sikit sebelum makan tu saya akan bagitau anak2 supaya ambik udang empat ekor sorang je...supaya orang yang makan akhir pun akan jumpa udang dalam mi masing-masing. Sekarang ni harganya 14 atau 16 hinggit sekilo. Saya cuma cakap " Bagi saya empat hinggit" . Jadi saya dah tau berapa barang lagi perlu saya beli untuk menghabiskan duit saya.
Semua barang yang saya beli saya genapkan duitnya supaya senang bajet. Pandai2 la peniaga tu menggunakan kemahirannya untuk menimbang supaya menepati jumlah duit yang saya tetapkan. Itu bab barang2 yang kena timbang. Yang lain saya suka beli sayur yang siap satu ikat seringgit pada peniaga2 yang duduk bersila di luar kawasan pasar. Ada peniaga yang baik hati suka sedekah barang2 kat saya macam limau nipis ke , daun limau purut atau apa saja yang saya selalu beli.
Last sekali saya akan beli surat khabar dan buah-buahan. Biasanya betik , pisang atau jambu batu. Kalau nak beli epal saya akan tunggu pasar malam minggu. Macam-macam adaaa.. risau juga tangan saya jadi panjang sebelah .. sebab buah-buah ni berat betui.
haa... gitu lah cara saya berbelanja.. kena jimat.. boleh pegi Makkah lagi kut... huhu
Kalau shopping di pasaraya juga saya buat gitu. Kalau anak-anak ikut sekali saya akan bagitau
" kita nak beli barang makanan je ye, kalau ada lebih duit baru boleh beli barang lain."(biasanyanya mereka nak minta beli jel rambut ke, toner atau cleanser ). saya akan letakkan barang2 yang paling perlu di depan.. dan saya akan pesan pada cashier tu supaya bagitau saya sebelum kiraan menghampiri rm200.00. Ertinya barang-barang yang akhir tu tak beli pun tak apa la.. ada juga cashier yang puji saya..Sebenarnya dia tak tau duit dalam dompet saya memang banyak tu je yang tinggal.
Bab shopping raya payah la sikit nak kata apa. Terlalu kedekut sangat pun tak boleh juga kan. Sebab hari raya ni memang budak-budaklah nak seronok lebihnya. Bukan apa...saya fikir saya tak mau jadi bangsa pengguna je...yang kaya orang lain. Kuasa pengguna sebenarnya terletak pada bangsa kita. Lihat sajalah pada musim perayaan kita.. untung besar mereka.. Kenapa kita tidak belajar menjadi pengguna yang bijak.
0 ulasan:
Post a Comment