Sepatutnya saya keluarkan entri ni dua malam yang lepas. Maklumlah , jadi SU sulit memang selalu sibuk tak bertempat. Apa pun saya kena sampaikan juga ILMU ni kepada anak-anak bangsaku 1 Malaysia.
Seperti biasa hujung minggu begini saya jadikan setiap saat penuh dengan aktiviti keluarga yang berkualiti. Tidak saya persiakan setiap detik yang berlalu. Masa nilah kami berkumpul anak-beranak setelah masing2 sibuk dengan kehidupan sendiri sepanjang minggu. Saya bercadang untuk membawa mereka semua makan2. Bab tempat , dan apa yang nak dimakan terserah pada mereka .
Saya memberi arahan ala-ala ketua lanun tuh .
" Semua mesti mandi sebelum maghrib , siap pakai baju !!
.... tunggu azan atas sejadah !
...habis solat maghrib terus keluar."
Anak saya yang kecik Anis teringin nak makan piza yang ada udang berdiri bongkok tuh. Saya masih teringat bulan lalu kami tak dapat makan sebab menurut kata budak perempuan tu
" Dia punya sos dah abeh..Akak boleh order yang lain ye ".
Saya tengok anak saya memanjangkan hujung bibirnya , terkilan tak dapat makan benda yang diidamnya.
" Ok le, pilih je benda lain , janji kenyang, lain kali ada rezeki kita datang lagi "
Kali ni anak saya mengulangi permintaan yang sama , nak piza yang ada udang. Sebaik-baik dapat memilih tempat yang strategik, menu pun dihulurkan. MUdah kerja saya kerana tak payah menunggu lama nak pilih aneka juadah pada buku keras tu. Apa yang pasti mereka memilih minuman sejuk. Saya meminta segelas air panas. Bila budak perempuan tu datang , terus saya pesan piza berudang bongkok berdiri. Sepontan budak pempuan tu jawab :
" akak , yang ini tak dapat buat malam ni sebab sosnya dah abeh "
Rasa macam pernah dengar ayat nih. Saya tak fikir ini kebetulan lagi . Sos abeh juga ? Pasti ada yang tak kena.
" aikkk ?? dulu sos abeh , ini sos abeh lagi ?
Lepas ni periuk tak de , minggu depan pinggan tak de,
Minggu satu lagi meja tak de nak duduk".
Saya melepaskan geram.. tu sikit je , tapi masih boleh bagi senyuman kelat lagi.
" Ok , lepas ni saya nak jumpa boss awak ,
nak bagi tau lain kali tak payah tunjuk gambar-gambar dalam menu ni ,
tak payah gantung2 gambar makanan ni kat meja.
Saya dan anak2 tak nak makan apa2, nak duduk2 je tengok gambar nih"
Anak lelaki saya yang akan mengambil SPM tahun ni mencubit2 paha saya , isyarat supaya 'cool'. Dia faham hangin saya dah naik.
Anak2 saya yang bertiga tu tunduk je , membilang jari masing2 kut. BUdak tu masih tersenyum sambil berlalu. Lima minit kemudian dia datang lagi dengan senyuman lebih lebar.
" akak , sos dah ada , boleh buat dah ,
tapi akak kena tunggu lama sikit ye".
Sambil menghadiahkan senyuman , saya pandang muka budak tu.. penuh makna. Saya angguk2 kepala . Apa cerita ni ye. Tak sedar anak2 sedang sibuk menghirup sup dan roti panas sebagai makanan mukaddimah. Berseri2 muka mereka.
Saya nyatakan pada anak2 bahawa kita kena tahu hak kita sebagai pengguna. Kuasa membeli di tangan kita. Tiada kita sebagai pelanggan, tiadalah 'bisness'. Mereka seharusnya melayan kita sebaik2nya seperti yang sepatutnya , sesuai dengan nilai duit kita yang mereka ambil. Usah biar orang buli kita . .apa lagi pijak kepala kita.. Duit kita ada nilainya , semua 'servis' di situ kita bayar. Kita patut buang prinsip ' biarkan' , 'tak apa' semata-mata kerana nak jaga hati orang. Kadang-kadang kita terpaksa bersikap ' kasar' sikit demi menjaga maruah dan hak kita.
Satu lagi saya ingatkan anak2 saya supaya setia pada majikan, walaupun kita hanya makan gaji dan menerima bayaran tetap tiap hujung bulan. Kesetiaan ini bagai terhakis pada bangsa kita. Sebab tu kalau kita lihat peniaga Cina lebih suka mengambil bangsa lain sebagai pekerja mereka.
Mengenai kes ' pesanan' makanan yang dikatakan tak ada sos tu saya harap berhenti di situ saja. Harap2 tidak ada orang lain yang terkena lagi sebagaimana yang saya anak beranak alami. Malam itu kami habiskan masa kualiti kami dengan begitu efisien. Sewaktu anak-anak menghirup minuman berais dalam gelas masing2 , saya pun mengeluarkan serbuk minuman bercoklat dalam sachet kecil dari dalam bag tangan dan menuangkannya ke dalam air panas yang saya pesan tadi. Simple .... tapi signifikan
2 ulasan:
salam...
kak, adik saya sementara menunggu keputusan spm bebaru ni bekerja di pizza hut...
untuk pengetahuan akak, apa yg berlaku sbnrnya budak2 bawahan ni mengikut kata BIG BOSS... kalau itu yg big boss pesan, itu la yg budak2 ni kene buat.. tak boleh nak disalahkan 100%
adk saya bertugs bahagian menguli doh pizza. dia kata, SELALUNYA gaji mereka akan dipotong bila pelanggan meminta selain dari yg diarahkan. saya akui.. kami pun dahulu agak rigid terutama bila menyentuh hal2 'topup' pizza ni. tapi cam akak kata, customers always right, nak tak nak budak2 kitchen ni akan ikut kata pelanggan semata. hal gaji kene potong, itu terpaksa belakang kira.
untuk pengetahuan akak juga... adik saya pun baru sahaja selamat dibuang kerja. alasan BIG BOSS, tak dengar kata. mudah sungguh 'dia' meletak hukuman padahal budak2 yg kita adap tu la yg kene bersabar ngan karenah kita sebagai pelanggan.yg lebih menyakitkan hati, bukan sahaja dibuang kerja, gaji pun dipotong ikut suka 'dia'
'dia' yg saya maksudkan ini sudah beberapa kali mengenakan + mengerah sesuka hati budak2 bawahan ni. hal yg sama juga saya ketahui berlaku di beberapa cawangan yg biasa kami pergi(dah biasa pergi, budak2 ni akan cerita apa yg jadi bila kita tanya mana pergi kawan2 mereka ni)
jadi kalau akak tak puas hati apa2 kat mana2 cawangan makanan segera yg besar sebegini... harapnya janganla di tejah terus pada budak2 bawahan yg kebanyakannya bekerja sementara ni... mereka ada saluran ATASAN yg telah disedia. lapor sahaja di sana. jangan guna saluran yg disedia di cawangan. jika tak, cam biasa... GAJI yg tak bersalah KENE POTONG + dibuang kerja suka suki, BIG BOSS lepas tangan ikut suka hati
Salam adik Nurkamar
Terima kasih kerana penjelasan yang diberikan.Mama rasa kesal juga mengapa terjadi perkara begini.Pelanggan ni ada bermacam ragam kan. Kalau jumpa yg tak kisah tu tak pe la juga.Kesian juga mama dgr sampai kena buang keje tu.Ni...kira macam virus juga la. Perlukan ubat...jika tidak, penyakit ni akan menjadi barah yg kian sukar diubati.Semuga BIG Bos tu akan berjumpa dengan laluan taubat nasuhah..
Post a Comment