Thursday, March 4, 2010

Cerita Kembar Ribena jadi maskot rumah


Suasana sukan sudah terasa sangat-sangat.Sana sini kelihatan murid-murid berlatih kawad. Tugas saya ialah mengendalikan bahagian perbarisan Rumah Muzaffar yang mengambil tema warna ungu. Setelah bermesyuarat dengan murid2 Tingkatan 6 dan AJK rumah , saya akur dengan keputusan mereka untuk memilih maskot duta minuman ribena.

Seorang murid perempuan terpilih untuk memakai pakaian tersebut.Jadi mereka semua akan memakai pakaian yang berwarna ungu , belon ungu di tangan, kain ungu diikat di kepala ,tiga tingkat riben ungu metalik di kaki seluar , bunga manggar juga warna ungu.Pembawa kain rentang saya pilih dua orang budak lelaki memakai baju melayu , songkok berlilit riben juga berwarna ungu.

Saya ke bandar , mencari sesuatu untuk pakaian pembawa bendera rumah dan juga ketua rumah. Tempat pertama saya tuju ialah di kedai 'bundle'. Saya perhati kalau2 ada jaket labuh ala lanun untuk dipakai oleh ketua rumah.Tak ada pulak

Berhempas pulaslah saya menyediakan pakaian dan aksesori maskot dan peserta perbarisan. Ada yang kena beli , ada juga menggunakan barang2 terpakai yang dikitar semula.Memandangkan tahun lalu rumah ini telah mendapat tempat kedua dalam upacara perbarisan , kali ini saya berazam untuk meraih tempat pertama. Maka terpaksalah saya menggunakan kekreatifan secara maksima untuk hasil terbaik.
Tiba hari terakhir persediaan dibuat muncul pulak seorang murid perempuan dengan wajah mencuka menyatakan dia telah lama nak jadi maskot rumah dari tahun lepas lagi.

Saya tanya dia:

" Ke mana kamu selama ni ? Habis kalau saya ambil kamu, ke mana pulak saya nak letak budak ni."
"Dah lama saya teringin nak jadi maskot cikgu.Saya dah bagitau ketua." dengan nada memujuk dan muncung yang semakin panjang .
" Macam ni le, kamu balik kelas dulu ."

Pulak dah..
Kenapalah budak ni ujud di saat begini.Biasanya maskot seorang saja. Puas saya fikir..kalaulah saya di tempat dia.Tentu saya kempunan dan akan menyimpan kenangan pahit seumur hidup.Biarlah rumah saya menghantar dua maskot. Saya akan katakan 'kembar ribena.'
Apalah salahnya saya bagi dia peluang yang bakal menjadi kenangan manis sepanjang hidupnya. Kebetulan ada kain lebih untuk buat baju dia dan aksesori lain yan
g saya boleh ubahsuai.Saya bincang hal ini dengan rakan saya. Dia bersetuju kerana ada sepasang kasut lagi di rumahnya boleh digunakan oleh budak ini.

Bagi saya sekolah sepatutnya menjadi satu tempat yang menggembirakan .Murid saya adalah'client' saya.Dan saya seharusnya memberi yang terbaik untuk mereka.Jika mereka gembira , saya juga turut gembira.

Ok..tunggu keputusan esok. Adakah Rumah saya berjaya menjadi Johan Perbarisan dan sekali gus Johan rumah antara 6 rumah sukan.

4 ulasan:

ustaz eds said...

salam cikgu,
camna keputusan...menang ka...dengan kesungguhan cikgu dan anak murid itu InsyaAllah keputusannya mesti terbaik.

p/s: saya dah setting balik ruangan komen dalam blog saya tu...rasa nya boleh komen dah kot...

Mama Tanjong said...

salam ustz eds
Malang nasib betui.. cable camera dan charger bateri tak tau pegi mana.Keputusan mesti le besstt.. moto kami 'strive for excelence'
Nanti bila dapat foto saya keluarkan dlm next n3. bz sikit nak buat soalan ujian pulak.sebenarnya dah 2x saya coment..tp tk boleh keluar. merajuk le tu.

aKmA said...

Rajin kak tira melayan kerenah budak-budak. Tapi yelah kan.. kesian juga kat dia.. Moga kak tira terus menjadi guru yang berdedikasi. Ma tak abis2 dengan meng'oter' jadual waktu. Poning kak tira weiii... Nak buat satu bab... dan yang tak tahannya, nak melayan kerenah kekawan..yang suka sangat bising minta tuko itu ini.. Sabo ajer ler..

Mama Tanjong said...

Salam Akma,
Rajin2 le singgah sini.Ma muda lagi.
setiap yang kita buat dengan ikhlas akan mendapat balasan yang baik..tak di dunia...di akhirat pasti..Doa agar Ma sentiasa sihat.Jangan tension sangat..nanti lekas kedut.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails