Biasa le dah berusia ni kawan2 selalu mengadu kaki lenguh2, kaki kebas2. Darah tu dah tak berjalan lancar lagi. tak dapat disampaikan ke bahagian2 yang sepatutnya. Macam longkang kat rumah kita tu..kalau tak dicuci , tentu banyak sampah sarap yang menghalang air berjalan.
Tapi salur darah dalam badan kita ni banyak penyebabnya yg mengakibatkan darah tk nak berjalan laju. Yang ini kena dengar ceramah Dr perubatan ye.
Apa yang selalu orang buat bila kaki tangan lenguh2 ialah dengan menyapu minyak angin. Kadang2 tu tak de apa2 perubahan pun , mungkin betul minyak tu mengandungi banyak angin kut. Sebab tu tak hilang lenguhnya.
Ni.... saya nak bagi tips sikit . Kesian pulak kawan2 saya tu. Disebabkan arwah mak dan nenek saya ni dulu dilantik oleh orang2 kampung sebagai bidan tak bersijil , maka banyak juga petua2 peninggalan mereka yang saya install dalam kepala saya.
Apa yang saya selalu buat bila kaki lenguh ( musim hujan , banyak berjalan atau masuk angin) saya akan ambil sedikit halia tua. kira2 tiga inci panjang, bergantung kepada keluasan area yang nak disapu tu. Basuh dan tumbuk sampai lumat..Hati2 kalau guna lesung batu , pastikan ia tidak digunakan menumbuk cili sebelumnya. Kalau nak guna penyagat buang kulit dulu. Masukkan dalam piring. Sebelum menyapunya saya pastikan semua kerja dah beres, termasuk solat dan mandi.
Sapukan rata2 pada kaki yang lenguh. Saya pula suka menggosok kaki dengan hampas halia tu. Kira2 macam kita mengurut2 juga la. Kalau dapat halia bara lagi berkesan. Dulu arwah mak saya selalu menyimpan " bedak param" yang digunakan oleh wanita2 lepas bersalin untuk membuang angin. Bedak param ni dicampur air suam barulah disapu pada badan yang berangin . Amat berkesan. Bila salur darah dah panas, barulah dia boleh bergerak... hilang le lenguh.
8 ulasan:
salam ,
seronok baca petua2 orang dulu2...banyak manfaatnya...tahniah
gitulah..
mudah , murah dan cepat . semua bahan ada di dapur kita. inilah juga cara perubatan ayuverda oleh bangsa India dulu dan kini.
Boleh didokumentasi menjadi buku "Petua-Petua Orang Tua" sangat penting untuk generasi kini dan akan datang agar ilmu-ilmu dulu tidak lenyap begitu sahaja.
assalammualaikum mama tanjong
kalau ada orang yang tolong tumbukkan dan sapukan memang best ya
saya ni memang malas nak menumbuk dan menyapu2 kat badan ni...
Salam Dr,
mama dah buat catatan dalam buku, termasuk jamu tradisional keluarga.Tapi kalau nak dibukukan kena dapatkan nasihat perubatan dulu le kut..kadang2 herba ni sesuai utk org ini, tidak org itu.Tapi...herba ni hampir2 tiada kesan sampingan.tu yang buat dia istimewa
w.salam cikgu KL,
t.kasih sudi singgah ye
Pasal menumbuk ni bagi kat saya..tumbuk sambil nyanyi lagu poco-poco.Memang betul..kalau org lain yg tolong sapu, bahgia dunia akhirat..Pati halia yg siap proses di pasaran ok gak ,tp yg pasti selalunya ada chemical lain juga.Harga pun...merahla juga duitnya.
Seronok membaca blog kak tira. macam-macam ada.. khususnya tips2 perubatan tradisional. Lepas ni kalau ma lenguh2 kaki, ma nak cuba petua kak tira ni...
Salam cikgu akma,
Hilang rindu kat Ma.Petua2 yg dipaparkan di sini semuanya telah diuji dan diamalkan turun temurun. ada banyak lagi.Ini diguna pakai sekiranya cara lain tk berkesan.
Post a Comment