Saturday, April 17, 2010

Lepas buang BAYI ... buang datuk nenek pula ?




Ingin saya coret satu episod drama kehidupan yang diceritakan pada saya. Kisah benar, kisah biasa2 yang dialami sendiri oleh sepupu sahabat baik saya. Nama dan tempat terpaksa dirahsiakan walau pun ia hanya cerita biasa.. namun elok juga dikongsi bersama agar ia menjadi teladan dan peringatan kepada kita. Sepupunya Pn K ialah suri rumah sepenuh masa , sebelumnya ia adalah wanita berkerjaya. Atas alasan untuk menjaga sendiri anak2 yang kian bertambah, suaminya meminta Pn K berhenti kerja. Mereka menjalani kehidupan penuh bahagia seadanya sehinggalah anak2 bekerja.

Suami Pn K memang amat terkenal di kalangan jiran sekitar kediaman mereka. Memandangkan ia sering menjadi imam atau apa jua hal-hal yang berkaitan dengan agama maka pastilah ia amat disegani , dikasihi dan kekadang dijadikan idola ibu2 yang ingin mencari menantu. Apa jua masalah yang memerlukan penyelesaian segera beliaulah akan menjadi rujukan.Terbarunya pulak ia sering berulang alik ke Makkah menguruskan pemergian orang2 yang mengerjakan umrah.


Nak jadi jadi cerita ..rupa2nya dalam pada ia bergaul dengan semua orang , termasuk anak2 dara berkerjaya yang menunaikan umrah.. sempat juga ia menjadi hubungan cinta dengan anak dara yang lanjut usia. Beberapa kali jirannya terserempak dengan mereka dalam keadaan yang mencurigakan , namun mereka hanya berkata ‘takkan lah’.. sehingga berpegangan tangan ketika menghantar gadis tersebut ke lapangan terbang.


Akhirnya.. meletuslah perang dunia ke3.
alahai lelaki ...
Mudahnya ia berkata .
' tak sangka saham saya masih tinggi'

Saya menulis bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa . Saya terpanggil kerana kini banyak diperkatakan perilaku anak2 muda yang dikaitkan dengan kes ‘ membuang bayi ‘. Mereka yang masih hijau dikatakan hilang pertimbangan untuk melakukan dosa. . sehingga tumbuh benih cinta mereka.

Bagaimana pulak dengan mereka yang kepalanya separuh beruban , meletakkan kopiah di atas kepala, menyimpan janggut dan jambang atau mereka yang sering memberi motivasi agama BERPERMIT ATAU TIDAK ADA PERMIT terlibat dengan skandal2 ringan seperti ini. Wajarkah kita meletakkan ikon2 agama seperti ini untuk dijadikan idola. Benar kata pepatah Inggeris

DO NOT JUDGE BOOK BY ITS COVER,

Pepatah Inggeris ini saya kira bukan merupakan satu penyataan , tetapi lebih kepada peringatan. Bermakna tanpa pepatah ini pun manusia tetap melihat kulit buku dulu sebelum melihat isinya. Saya juga tidak terkecuali. Kadang2 saya terpengaruh dengan kualiti kertas kulit ,ilustrasi , reka letak dan muka taip luarnya. Kemudian barulah saya akan melihat kandungannya.


Saya hanya berpegang kepada prinsip

Allah' melihat hati kamu' ..

Bukan pakaian kamu


Moralnya :

Jika bayi yang tidak dikehendaki ini dibuang ke dalam tong sampah..

Bagaimana pulak dengan manusia yang sudah jadi datuk dan nenek yang tidak dikehendaki ini ?

4 ulasan:

pak long said...

salam....
moga ia jadi panduan pada diri hamba...

Mama Tanjong said...

salam Pak Long,
Sebenarnya lelaki yang memakai serban kelihatan amat macho. Tapi janggut dan jambang haruslah ditrim rapi ..paling kurang macam Prof Ungku Aziz tu.Apa pun..bagi saya hati(jantung) yang baik akan melahirkan orang yang baik juga , termasuk pakaian..apa2 je.

kembara kelana said...

amboi mama....entri yang real

Mama Tanjong said...

salam KK,
Kebenaran itu memang pahit kan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails