Monday, December 6, 2010

Melayu yang makin Melaju

Cuti sekolah hampir separuh berjalan. Saya masih tidak bergerak ke mana-mana memandangkan seorang anak masih lagi belum menamatkan peperiksaan SPM nya. Kertas terakhirnya ialah PSV Pendidikan Seni Kertas 2.
Berbagai promosi terlihat di dada akhbar mengundang khalayak untuk berkunjung. Saya hanya dapat memandang dan membaca liputan sahaja nampaknya. Tertarik dengan setiap pameran anjuran badan-badan berkanun maupun dari Kementerian Malaysia. Bukan apa.. Saya gemar melihat pengunjungnya yang bepusu-pusu dengan berbagai kerenah.
Salah satunya ialah pameran MAHA iaitu pameran antarabangsa Pertanian, holtikultur dan Agro Pelancongan Malaysia yang bermula pada 26 N0vember dan berakhir5 Disember 2010. Kalau dilihat dengan mata kasar saya kira 90% daripada pengunjung MAHA ialah orang Melayu. Saya berkira-kira apakah yang membuatkan orang Melayu memenuhi setiap ruang penjuru pameran tersebut.. Adakah kerana nak menimba ilmu untuk dipraktikkan bila pulang ke rumah kelak. atau sekadar meninjau-ninjau apakah yang dipamerkan di situ ..dan jawapan yang paling klise ialah membawa keluarga berjalan-jalan mengisi masa cuti.

Konsert-konsert juga dipenuhi orang Melayu.

Sebenarnya fokus saya ialah sikap orang-orang Melayu terhadap merebut peluang dalam bidang pertanian , penternakan dan peluang-peluang perniagaan. Pergilah ke mana-mana negeri dalam Malaysia. Kita boleh saksikan terlalu banyak tompokan tanah Melayu yang terbiar tanpa dipedulikan. Semak belukar di mana-mana terbentang untuk jin bersilat tendang. Tapi cuba kita lihat tanah sekangkang kera atau sekangkang kuda di bawah-bawah kabel elektrik , di tepi sungai atau lombong, atau di tepi-tepi jalan . Kita boleh lihat batas-batas sayuran yang tersusun kemas dan daun-daun pokok yang segar terjaga. Siapakah pengusaha kebun-kebun sayur comel tu. Yang pasti..... bukan Ahmad Albab yang punya !
Saya pernah bertanya seorang Bangladesh yang mengusahakan kebun sayur yang tersembunyi ... katanya sehari dia boleh dapat RM400.00. Bayangkan jika dia tidak berusaha apa-apa...siapa nak bagi duit sebanyak itu.
Cuba kita pergi ke kedai-kedai barangan peralatan pengantin ..daripada kotak bunga-bunga telur , kotak-kotak hantaran ..sebut apa saja pasal barang keperluan pertunangan dan perkahwinan.. semua ada. Siapakah pemilik kedai itu ? Mereka menyediakan keperluan untuk orang -orang Melayu .. Mereka yang kaya raya..tersenyum lebar menanti pelanggan Melayu dengan penuh rindu.
Gambar hiasan

Pergi ke kedai-kedai jahit bangsa Cina...kebanyakan tempahan pakaian ialah baju orang Melayu. Walaupun terdapat kedai Melayu...tapi masih boleh dibilang dengan jari.
Saya fikir kebanyakan gedung membeli belah dapat mengaut keuntungan berlipat kali ganda ketika sambutan perayaan bangsa Melayu ! tapi tidak begitu keadaannya ketika sambutan perayaan agama Hindu dan Budha.
Jelas ...
orang Melayu
hanya mampu menjadi kumpulan
pengguna dan pemerhati SAHAJA.
Masuklah ke dalam gedung membeli belah yang kecil atau besar. Perhatikan jualan kain-kain ela. Siapakah pengguna dan pembeli utama kain-kain ela yang bebunga2 tu. Mungkin pemilik kedai itu akan gulung tikar sekiranya orang Melayu tak mau lagi memakai baju kurung atau jubah. .
Daripada kain-kain ela tu juga dibuat tudung khas untuk orang Melayu juga ! Bayangkan kain lycra yang dibuat tudung awning sekarang , yang dulunya hanya dibuat 'swimming suit'..corak abstrak yang kelam kabut itu dibuat tudung menempel di wajah-wajah wanita Melayu.
Orang Melayu tetap tidak menjadi pemilik kedai .. mereka tetap menjadi pembeli
Dulu..jika kita nak makan durian..tunggulah durian gugur setahun sekali daripada kebun durian milik nenek moyang masing-masing. Tapi sekarang..sepanjang tahun nak makan pun tak menjadi masalah kerana sudah ada durian-durian kawin dari kebun-kebun milik bukan Melayu .
Mereka mengeluarkan....Melayu sekali lagi menjadi pengguna sahaja.
Walau apa pun, syabas diucapkan kepada usahawan-usahawan yang membuka kedai online , yang mula menjual busana muslimah, tudung , makanan, dan macam-macam lagi.

Soalannya...
bilaKAH Melayu harus sedar dari mimpi
Siapakah yang perlu disalahkan dalam hal ini.

2 ulasan:

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Mengejut mereka yang telah lama terlena bukan suatu yang mudah. Alunan yang mengkhayalkan telah lama meresap disanubari. Rentak dan irama masih kuat hingga kepala masih mengangguk-angguk dan sukar benar utk menggeleng. Takut benar membuka mata yang telah lama terlena.

Mimpi-mimpi yg mengasyikkan kian berbunga di mana-mana. Indah belaka kerana yg ada diatasnya melagu alunan merdu hingga mempesona tanpa sedar akhirnya bila terjaga dari lena diri sebenarnya berada dilembah kehinaan.

Sedihnya bangsa aku ini....

Mama Tanjong said...

salam kakzakie,
Terima kasih kerana bersama meratapi nasib anak bangsa. Kalau kita tak dapat melakukan sesuatu yang besar..mari kita buat sesuatu yang kecil....tp besar2n

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails