Wednesday, November 17, 2010

Tips Mudah Membina Lanskap Mini

Minggu akhir cuti persekolahan ni saya nak tutup cerita sekolah juga. Almaklum inilah cerita yang amat kabur tidak diketahui umum. Mata estetika anugerah Ilahi kepada saya tetap saya gunakan sebaik mungkin.

Allah itu indah ….. dan sukakan keindahan .

Inilah ungkapan yang sering terucap kala menimba ilmu. Saya mengidam untuk membina sebuah lanskap mini taman berILMU di sebelah studio seni saya. Di situ saya nak masukkan beberapa ILMU untuk diteroka oleh warga sekolah saya. Terbayang2 di minda saya sebuah taman yang anggun untuk saya tatap kala saya berduka atau tension tahap melampau. Berhari2 dan berminggu2 juga saya memikirkan projek ni.

Perkara utama dalam minda ialah budget. Jenuh juga memerah otak untuk merangka sebuah kertas kerja. Kertas tu tak bekerja..tapi saya yang berkerja untuk dia .. jumpa semua datok datin di sekolah saya.. Cuma Menteri Kewangan je belum jumpa.

Dengan izin Allah segalanya terungkai..satu demi satu . Sebagai Ketua Pengarah seni saya juga melantik diri saya sebagai kontraktor tak berdaftar , merangkap Ketua projek . Maka dengan itu saya berkuasa penuh melantik seorang setiausaha yang sangat setia dan juga seorang pembantu peribadi yang sangat cekap mengendalikan apa juga masalah berbangkit. Pembantu peribadi saya ni sedang berbadan dua ..inilah yang meninggikan darjah kecekapan dia bekerja kerana dia bekerja berdua sepanjang masa bersama saya.

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa syarikat saya yang tak berdaftar ini terdiri daripada kaum wanita belaka….. bermula dengan Penyelaras , Pengarah Projek (saya le ni), Pembantu Pengarah, Setiausaha dan Bendahari. Pekerja-pekerja saya terdiri daripada 11 orang pelajar yang amat terlatih dalam bidang masing2 dan juga skuad pembantu terdiri daripada pelajar2 pra Universiti seramai 6 orang. Mereka ini dilantik khas untuk membina tugu 1Malaysia.

Lihatlah dunia ….tangan2 yang menghayun buaian mampu membina sebuah taman. Kalau tak percaya..Lihatlah sendiri.



Yang baju kuning tu le kontraktor terlantik untuk projek ni.Yang baju jalur macam kuda belang tu setiausaha projek Pn Hazrin Nafeeza. Sebelum berkerja mereka duduk main seremban dulu.












Barisan pembantu yang amat comitted
dengan kerja2 yang ditawarkan

Dalam kerja ada main...
dalam main ada kerja...

Inilah penggali tercekap..Saufi 5 Juara 2010.


Awal pagi semua buat kerja dengan penuh semangat.
Bila matahari dah mula garang....masing2
bersembunyi



Betul ke nak buat 1 Malaysia ni ?















Ni dia..... Satuuuuuuuuu
M a l a y s i a !!!!!!!!!

Macam mana nak pacakkan arca kayu ni ye Pn Rohanna.?



Dah terpacak pun arca kayu tu.


Puas juga budak2 ni mereka cipta tiang2 ni supaya boleh tegak.













Kontrakror pun kena turun padang

Dah siap pun ... senget2 pun itu nilai estetika.

Kolam kecil untuk sepasang kura-kura. Saya

jumpa singki lama dekat stor barang hapus

kira , boleh dijadikan kolam comel.

15 Nov 2010 Puan Pengetua diiringi Penyelaras Projek,

Pn Hjh Fawazah..sedang menguji ketahanan

laluan pejalan kaki

Ni..kolam kura2 ke ? cikgu Hazrin dah pening kepala.

Puan pengetua merasmikan

taman mini dengan melepaskan

sepasang kura2 ke dalam kolam pada 15 Nov 2010

Setiap orang pelajar yang membantu projek

diberi Sijil Penghargaan selain jamuan makan.

Terima Kasih Pn Pengetua , Hjh Noraini Yeub Sidi,

kerana sudi menyampaikan sijil dan merasmikan

Taman Mini yang belum bernama.

Satu perkara yang amat mengharukan saya ialah murid2 yang membantu saya ialah murid2 yang dikatakan selalu mendatangkan masalah , selalu keluar masuk bilik disiplin. Murid2 yang dikatakan tidak dapat membantu meningkatkan peratus keputusan SPM. Bagi saya setiap insan dilahirkan dengan potensi yang berbeza. Gagal dalam pelajaran duniawi tidak membawa erti gagal selamanya dalam kehidupan. Saya selalu memanjatkan doa agar anak2 murid saya ini berjaya dalam hidup .. menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Saya amat berbangga dengan hasil kerja mereka .

Ini merupakan tahun akir mereka berada di sekolah ini.

Yang pasti..saya akan merindui mereka.

6 ulasan:

Kakzakie said...

Salam cikgu,

Kakak terharu dgn hasil buahtangan anak murid yang dikatakan tidak dlm senarai utk melonjakkan peratus keputusan SPM. Sebagai seorang pendidik kakak ingin ucapkan syabas atas dedikasi yg telah cikgu berikan pada mereka ini.

Belum tentu buah yang tidak elok itu tidak boleh menghasilkan biji untuk dijadikan benih.

Renungan bersama...

ustaz eds said...

salam...
hebat mama...sehebat2 murid, hebat lagi gurunye...tahniah

Mama Tanjong said...

Terima kasih cikgu Kakzakie kerana sudi berkongsi pengalaman saya.. saya memang amat sensitif dengan nasib pelajar-pelajar kelas pertengahan dan penghujung di mana2 sekolah yang saya pergi. Mereka yang sepatutnya diberi perhatian dan bimbingan

Mama Tanjong said...

Salam Ustz eds,
Terima kasih.. belum hebat lagi tu ustaz. Saya tunggu pokok anggur yang saya tanam tu berbuah...dah dapat makan buah anggur tu...baru rasa hebat kecik..saya jemput ust merasa buahnya..,hee

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Tahniah kerana mencantikkan alma mater saya. Paling bagus kerana menggunakan kreativiti,kemahiran dan komitmen pelajar yang terbuang itu. Sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan tidak mungkin akan melonjakkan nasib 'mereka yang terbuang' itu. Ada ketikanya kita kena belajar dari negara seberang yang memperuntukkan nasib,kemahiran dan minat pelajar-pelajarnya dalam kluster yang berbeza...ada sekolah pertanian, sekolah pelancongan,sekolah seni,sekolah teknik dan lain-lain lagi.

Mama Tanjong said...

Terima kasih Dr Suhaimi.
Hati saya selalu tersentuh apabila murid-murid begini sering di sergah, ditengking dan dikenakan dengan pelbagai hukuman. Lama saya memikirkan bagaimana memanafaatkan ilmu yang tersedia untuk bekalan mereka.Sepatutnya kita lebih memikirkan nasib mereka , ilmu bagaimanakah sesuai untuk mereka kutip..Allah mengurniakan manusia dgn berbagai bakat. Allah maha adil

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails