Thursday, April 29, 2010

Mari menjana YIN danYANG





Pernah ke anda lihat simbol ini.
Ini adalah simbol Yin dan Yang. Simbol ini adalah berkaitan dengan prinsip Yin dan Yang. Yang hitam itu adalah Yin dan yang putih itu adalah Yang. Kita boleh kata yang hitam itu sejuk dan putih itu panas atau yang hitam itu perempuan dan yang putih itu lelaki. Mereka ini tak boleh dipisahkan. .Di mana ada Yin, di situ juga ada Yang . Juga Yin Yang tidak terpisah dengan kehidupan kita . Prinsip Yin Yang ini sering kita gunakan di dalam dan di luar rumah termasuklah hal2 yang berkaitan dengan tumbuhan , warna , bentuk muka bumi , bangunan , air , cahaya , manusia, perabot , bunyi ,objek , jiran juga lanskap yang ujud berhampiran dengan kita. Dan apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah tentang Yin dan Yang yang mempengaruhi personaliti manusia.
Yin dan Yang ini adalah salah satu cabang ilmu dalam Feng Shui.Saya tidak bermaksud untuk bercerita panjang mengenai Feng Shui. Ringkasnya Feng Shui adalah mengenai Seni , Sains, Analisis statistik dan juga bicara mengenai kehidupan yang harmoni. Menurut kata master Feng Shui , ilmu ini telah muncul dan diguna pakai sejak 6000 tahun dulu iaitu bermula dari zaman Dinasti Tang (618 – 906 A.D

Tingkah laku dan pekerti manusia adalah kombinasi daripada Yin dan Yang. Dalam lain kata manusia ini tetap tak sempurna . . ada kelebihan dan kekurangan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang intelek , emosi , rohani dan jasmani. Namun hasrat murni penggubal falsafah ini tinggal harapan saja. Berani saya mengatakan falsafah ini gagal.

Ini berkaitan dengan teori Howard Gardner mengenai 9 inteligen dan juga teori pembahagian otak kepada OTAK KIRI dan OTAK KANAN. Ditambah pula dengan teori Yin Yang iaitu OTAK KIRI adalah YANG yang mengawal LOGIK dan KEBOLEHAN BAHASA manakala OTAK KANAN adalah YIN yang mengawal DAYA IMAGINASI dan KEBOLEHAN KESENIAN.

Mereka yang hanya memiliki YIN atau hanya aktif OTAK KANAN
memiliki personaliti
pendiam ,
pemalu ,
sangat kreatif ,
artistik ,
pasif ,
sopan santun ,
penyabar ,
anggun bergaya
dan suka memendam rasa.
Manakala mereka yang hanya aktif YANG atau OTAK KIRI
sangat agresif ,
aktif ,
teliti ,
cakap banyak ,
berterus terang dan
berani menonjolkan diri.

Beruntunglah mereka yang memiliki personaliti kombinasi kedua-dua Yin dan Yang…Kepada mereka yang hanya memiliki personaliti Yin atau Yang sahaja perlulah mengaktifkan otak yang sebelah lagi dengan berbagai cara..Cara hidup mereka boleh diubah. Jika mereka terlalu pemalu , lakukan sesuatu umpamanya dengan sering bergaul dengan orang ramai atau menyertai sesuatu program aktiviti sosial.

Tindakan ini amat perlu bagi menghasilkan insan yang seimbang . Semuga ia dapat membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih efektif.

Insan yang SANGAT SEIMBANG adalah insan yang boleh ke tengah dan ke tepi. Insan yang boleh mengawal diri bila dia harus bercakap dan bila mesti berdiam diri , tau waktu bila perlu bertindak agresif dan bila harus pasif.
Dengan cara demikian , tanpa disedari ia akan menghasilkan TENAGA POSITIF yang berupaya menarik orang lain kepadanya. Akhirnya bolehlah dikatakan ia akan menjadi insan yang amat disenangi oleh semua makhluk.


Berbalik kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia kelihatan gagal kerana terlalu menekan dan mengagung2kan subjek Sains matematik , B.Inggeris. Tanpa mereka sedari insan-insan anak didik tadi memerlukan lebih dari itu untuk memenuhi keharmonian diri untuk menerokai alam yang lebih luas sebagai khalifah.





































Monday, April 26, 2010

Sila Datang Lagi






Pagi ini sekolah saya menerima tetamu istimewa dari JPN Perak. Beliau ialah Tim. Pengarah JPN dalam lawatan ke Daerah Batang Padang untuk menghadiri majlis Perasmian Penutup Kejohanan MSSPK Negeri Perak di Stadium Proton Tg Malim.










Merasmikan hari Buku sedunia.

Aku Nikahkan Dikau ....











Ahad semalam saya dapat berkumpul lagi dengan adik beradik dan saudara mara di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. Sempena dengan sebuah majis akad nikah anak saudara saya Siti Huzaifah dengan Sofian kami dapat bertemu , bercerita dan mengimbau kisah-kisah lama sejak zaman kanak-kanak , remaja sehinggalah dewasa. Sayang sekali orang tua kami tidak dapat bersama lagi untuk mendengar cerita suka duka anak-anaknya. Tidak dapat lagi memberi panduan , nasihat dan petua berguna kepada kami ..



Tiga orang kakak , seorang adik dan seorang adik ipar saya.
Nor , Halimah , X , Saniah , Saodah dan Hamidah.












Noorsyahida , sharifah , Noor Amilin , X dan kakak sulung Saniah.
Sementara menunggu Tok Kadi sampai dan menunggu pintu Dewan Nikah dibuka sempat juga menyiapkan tiga bekas bunga telur putih dan warna tema majlis ini iaitu merah jambu. SEmuga anak saudara saya menemui kebahagiaan yang didambakan .... dan harapan saya agar ini merupakan majlis pernikahannya yang akhir.

Friday, April 23, 2010

OPS SIKAP .. OPS NYAH.. OPS WANGI







Lepas buat senaman ringan saya terfikir nak buat apa pagi hari ni.
"OPS Nyah " . Saya dah buang tabiat saya yang dulu-dulu yang kurang berfaedah. Umpamanya bila saya beli barangan yang berkotak , saya lihat kotak tu cantik , saya fikir mungkin satu hari saya akan gunakan. Kadang2 Bila difikirkan ... terlalu menyimpan barang yang tak berguna , lalu di mana pulak saya nak letak barang2 yang berguna. Akhirnya kena pejam mata... buang je. Saya kelaskan barang2 tak berguna kepada beberapa kategori:


Buku , Majalah , surat khabar , phamplet,
Botol plastik , balang plastik , tipuware ,Beg plastik
Botol kicap , botol sos ,
stokin koyak , stokin duda , stokin janda ,
expired lipstick , botol losyen, sikat patah , perfume busuk ,
pinggan retak , cawan tak bertelinga , gelas sumbing ,garpu bengkok , sudu karat, senduk patah,
Ubat2 yang expired
Letihlah pulak..


Dah bersih saya ambil spray serai wangi .. tembaklah merata-rata ceruk yang saya suka..Barulah segar aliran Feng shui rumahku.


Inilah petua hidup signifikan.
Yang tak berguna dan mendatangkan masalah...


buang saja
Usah biarkan ia mengganggu minda kita.
Hidup untuk menikmati kebahagiaan ,
bukan
untuk berduka


lara


derita


papa
ke
da
n
a


.


.

Saturday, April 17, 2010

Lepas buang BAYI ... buang datuk nenek pula ?




Ingin saya coret satu episod drama kehidupan yang diceritakan pada saya. Kisah benar, kisah biasa2 yang dialami sendiri oleh sepupu sahabat baik saya. Nama dan tempat terpaksa dirahsiakan walau pun ia hanya cerita biasa.. namun elok juga dikongsi bersama agar ia menjadi teladan dan peringatan kepada kita. Sepupunya Pn K ialah suri rumah sepenuh masa , sebelumnya ia adalah wanita berkerjaya. Atas alasan untuk menjaga sendiri anak2 yang kian bertambah, suaminya meminta Pn K berhenti kerja. Mereka menjalani kehidupan penuh bahagia seadanya sehinggalah anak2 bekerja.

Suami Pn K memang amat terkenal di kalangan jiran sekitar kediaman mereka. Memandangkan ia sering menjadi imam atau apa jua hal-hal yang berkaitan dengan agama maka pastilah ia amat disegani , dikasihi dan kekadang dijadikan idola ibu2 yang ingin mencari menantu. Apa jua masalah yang memerlukan penyelesaian segera beliaulah akan menjadi rujukan.Terbarunya pulak ia sering berulang alik ke Makkah menguruskan pemergian orang2 yang mengerjakan umrah.


Nak jadi jadi cerita ..rupa2nya dalam pada ia bergaul dengan semua orang , termasuk anak2 dara berkerjaya yang menunaikan umrah.. sempat juga ia menjadi hubungan cinta dengan anak dara yang lanjut usia. Beberapa kali jirannya terserempak dengan mereka dalam keadaan yang mencurigakan , namun mereka hanya berkata ‘takkan lah’.. sehingga berpegangan tangan ketika menghantar gadis tersebut ke lapangan terbang.


Akhirnya.. meletuslah perang dunia ke3.
alahai lelaki ...
Mudahnya ia berkata .
' tak sangka saham saya masih tinggi'

Saya menulis bukan untuk menjatuhkan air muka sesiapa . Saya terpanggil kerana kini banyak diperkatakan perilaku anak2 muda yang dikaitkan dengan kes ‘ membuang bayi ‘. Mereka yang masih hijau dikatakan hilang pertimbangan untuk melakukan dosa. . sehingga tumbuh benih cinta mereka.

Bagaimana pulak dengan mereka yang kepalanya separuh beruban , meletakkan kopiah di atas kepala, menyimpan janggut dan jambang atau mereka yang sering memberi motivasi agama BERPERMIT ATAU TIDAK ADA PERMIT terlibat dengan skandal2 ringan seperti ini. Wajarkah kita meletakkan ikon2 agama seperti ini untuk dijadikan idola. Benar kata pepatah Inggeris

DO NOT JUDGE BOOK BY ITS COVER,

Pepatah Inggeris ini saya kira bukan merupakan satu penyataan , tetapi lebih kepada peringatan. Bermakna tanpa pepatah ini pun manusia tetap melihat kulit buku dulu sebelum melihat isinya. Saya juga tidak terkecuali. Kadang2 saya terpengaruh dengan kualiti kertas kulit ,ilustrasi , reka letak dan muka taip luarnya. Kemudian barulah saya akan melihat kandungannya.


Saya hanya berpegang kepada prinsip

Allah' melihat hati kamu' ..

Bukan pakaian kamu


Moralnya :

Jika bayi yang tidak dikehendaki ini dibuang ke dalam tong sampah..

Bagaimana pulak dengan manusia yang sudah jadi datuk dan nenek yang tidak dikehendaki ini ?

Wednesday, April 14, 2010

Memantau guru rakan sejawat




Hari ini saya diarahkan memantau seorang guru mengajar. Dia bukan guru praktikum tapi guru yang telah lama mengajar. Semua guru berasa kurang selesa jika ada seseorang sedang memerhatinya mengajar. Rasa seolah-olah dia masih lagi belum pandai-pandai mengajar. Atau pun masih lagi belum banyak pengalaman mengajar. Itulah dunia guru..


Macamana agaknya jika seorang pegawai kerajaan Kementerian lain yang telah puluhan tahun berkhidmat sedang dipantau ketika sedang berkerja. Kemudian ditinggalkan nota komen-komen negatif untuk bekalan dibawa tidur.

Guru yang sedang saya pantau tadi telah pun mengajar hampir 15 tahun. Sekiranya dia berkhidmat di Kementerian lain kemungkin telah pun berada pada kedudukan yang lebih selesa. Sepatutnya saya memberitahu terlebih dahulu kehadiran saya. Kebetulan kami sedang berada dalam studio langsung saya tidak berganjak ketika dia mula mengajar. Mission saya pun dia tidak sedar..Andainya saya beritahu , saya pasti pengajaran dan pembelajarannya menjadi kucar kacir... picing suara pun pasti lari ..

Andainya nak diberi Gred , saya akan beri A+ tanpa teragak-agak. Dia cukup bersedia dengan bahan bantu mengajar, set induksi yang cukup menarik murid walaupun mereka berada di Tingkatan 3. Bukan kali ini saja saya memerhati dia mengajar. Sejak mula saya sampai ke sekolah ini jarang-jarang saya melihat dia duduk saja dalam kelas membiarkan murid membuat kerja sendiri. Jika tidak ada bahan di dalam studio dia akan berusaha membeli sendiri barang-barang keperluan amali. Ideanya selalu terkini . Saya perhatikan tidak ada murid termenung , menongkat dagu atau berada di alam lain. Perkembangan pengajaran cukup teratur mengikut flow yang dirancang teliti. Murid-murid memberi respons yang amat memberangsangkan . Mulut dengan tangan sama-sama buat kerja. Melihat saja gambar ini cukup memberitahu segalanya. Ia menjadi sebagai bahan bukti bahawa objektif telah tercapai 90%..

Malangnya guru yang amat pendiam seperti guru ini kurang mendapat perhatian dari pihak pentadbiran. Ia dikatakan kurang menonjol kerana kurang berjumpa dengan pihak pentadbir. Dia juga tak pernah bising menyatakan nak buat itu ini atau meminta bajet untuk sesuatu program.

Saya berharap dan berdoa satu masa nanti dia akan menerima sesuatu penghargaan ...cukup sebagai pemangkin untuk dia memajukan daya fikir anak-anak Malaysia. .Semuga cikgu Hazrin akan menjadi seorang guru yang dikasihi semua anak didiknya di mana saja dia ditugaskan.

Monday, April 12, 2010

The Secret Sign





Saya baru saja menerima emel dari seseorang yang amat istimewa. Istimewa kerana ilmu yang dimilikinya. Oleh kerana teman ini tidak begitu yakin untuk menulis dalam Bahasa Melayu yang baik beliau hanya menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya cuba menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang mudah difahami. Emel ini merupakan gambaran keadaan yang berlaku di dalam tubuh kita ketika maut menghampiri.

Umum mengetahui manusia dijadikan oleh Allah daripada TANAH . Selain itu terdapat juga unsur AIR, API DAN ANGIN di dalam tubuh kita yang memerlukan masa dan huraian panjang untuk menerangkan kejadiannya. Pernahkah anda dengar seseorang berkata

“ Cepat-cepat pergi ziarah Si A kerana dia dah tak mengenal orang.”
( Si A memang diketahui sedang terlantar sakit.).

Soalannya “Mengapa si A sudah tak mengenal orang”
Salah satu tanda manusia hampir menemui ajal ialah
apabila kita melihat hidungnya yang sudah jatuh,
telinga yang juga sudah turun .

Ini adalah berkaitan dengan apa yang berlaku kepada 4 unsur di dalam tubuh kita.

TANAH.
Tubuh badan menjadi semakin lemah dan kehilangan tenaga. Kita dah tak boleh bangun sendiri untuk duduk atau memegang sesuatu. Untuk mengangkat kepala juga kita tidak mampu. Kita terasa seolah-olah semakin terbenam di dalam tilam atau tempat pembaringan , badan terasa seperti sedang ditindih oleh sebuah gunung yang menyebabkan kita merasa tak selesa untuk mengubah kedudukan. Terasa seperti nak tarik cadar atau nak tinggikan bantal. Kecantikan semakin pudar, pipi menjadi semakin cengkung, gigi juga menjadi hitam. Amat payah untuk membuka mata kerana bentuknya sudah berubah dan semakin melarut. Ini disebabkan unsur TANAH sudah melarut ke dalam unsur AIR. Deria kesedaran semakin susut. Ketika inilah “the secret sign” yang kelihatan dalam fikirana amat bercelaru. Berbagai gambaran imej kelihatan.

AIR.
Cecair di dalam badan menjadi semakin tak terkawal. Inilah yang menyebabkan hidung tunduk jatuh. Mata di dalam soket semakin kering mengecut. Lidah semakin kelu, sukar nak digerakkan manakala bibir tertarik ke dalam tak berdarah lagi. Mulut dan kerongkong seolah2 melekat2. Saluran hidung mengecut. Ketika ini kita akan merasa teramat dahaga. Bau maut semakin kuat. Kita dah tak mempunyai apa-apa perasaan , rasa keciwa , gementar macam2 rasa yang tak enak. Ada yang mengatakan seolah2 kita sedang tenggelam di laut atau pun seperti dibawa arus sungai yang amat besar. Ketika ini unsur AIR sedang melarut ke dalam unsur API yang langsung mengambil alih deria rasa kesedaran.Ketika ini “the secret sign” ialah seolah2 gambaran kepulan asap yang berlegar2.

API
Saat ini mulut dan hidung benar2 kering. Haba badan semakin hilang bermula dari kaki , tangan dan jantung terus menghilang melalui kepala. Nafas yang melalui mulut dan hidung terasa sejuk. Kita tak boleh makan atau minum lagi kerana system pencernaan tidak berfungsi lagi. Daya persepsi semakin menurun …Kita tak berupaya mengingat nama2 orang apa lagi untuk mengenal mereka. Deria penglihatan dan pendengaran menjadi celaru.
Ketika ini kita dikatakan sedang nazak. Bahagian dalaman merasa seolah-olah sedang berada dalam nyalaan api yang amat besar. Unsur AIR melarut ke dalam unsur ANGIN. The ‘secret sign”is of a shimmering red sparks dancing above an open fire….like fireflies.

ANGIN
Nafas menjadi semakin sukar..Angin(udara) yang masuk melalui kerongkong seolah-olah hilang lesap ke mana2.. Pernafasan amat sukar dan berat. Udara yang masuk terasa nipis dan pendek manakala udara hembus terasa panjang.

Daya fikir terus berkurangan , seolah jiwa dan fikiran terputus dengan dunia luar. Segalanya agak kabur . Kita mula berhalusinasi dan ternampak perkara dan benda yang bukan2. Jika kita banyak melakukan perkara2 negatif…itulah yang kelihatan di mata kita. Bayangan kisah lalu yang buruk kelihatan silih berganti hingga kita terasa ingin menjerit sekuat hati.

Namun andainya kita telah melalui kehidupan sebagai orang2 yang salleh kita akan melihat putaran gambaran yang baik2, gambaran syurga atau berjumpa dengan orang2 yang kita sayang. Kematian disambut dengan rasa gembira dan tenang.
Tarikan nafas menjadi semakin pendek manakala hembusan nafas semakin panjang. Saat ini darah akan berkumpul menuju “laluan hayat” di tengah2 jantung. Tiga titis darah terkumpul , satu…satu.. satu…membawa kepada tiga hembusan nafas panjang yang terakhir . Dan akhirnya berhenti.

Yang tinggal hanya sedikit rasa panas di dalam jantung !. Saat ini mengikut kaedah perubatan moden kita diistiharkan telah “mati” tapi proses dalaman masih lagi berjalan .Ada yang mengatakan bahawa jarak masa terhentinya nafas akhir dengan tamatnya proses akhir bahagian dalaman adalah “ jarak masa kita makan sepinggan nasi”… Kira-kira 20 minit gitu.Apa pun masa yang diambil adalah amat singkat.. wallahu a’lam.

Saturday, April 10, 2010

Nak pergi mana mereka ni ?



















Gambar "arca" dalam pameran hasil kerja kursus STPM di Galeri Seni UPSI Tanjong Malim pada 1 April 2010






















Inilah malam minggu yang terlalu letih. Hari ni tak dapat basuh kain baju sebab pagi-pagi dah hujan. Badan dan kaki tangan saya tak berapa tahan bermain air ketika cuaca sejuk. Selain dari melayan anak-anak meminta masak itu ini saya terpaksa membantu anak lelaki kedua saya yang akan mengambil SPM pada tahun ini menyiapkan folio kerja kursusnya.


Saya membantu mencarikan koleksi gambar-gambar yang dikehendaki soalan daripada majalah, pamlet dan juga akhbar lama. Selain itu saya membimbingnya juga membuat lakaran-lakaran. Yang ini susah sikit, sebab budak ni tak berapa mau nak tekun dalam membuat kerja seperti kakaknya. Sekali kita tegur kerja-kerjanya yang kurang kemas terus dia tutup buku.


Habis membantu kerja anak2, saya mengadap komputer untuk mencari gambar-gambar untuk anak-anak murid saya pulak. Biasanya mereka 90% daripada mereaka tidak membawa apa-apa jika diminta mencari koleksi gambar-gambar.Sebaliknya mereka akan bertanya.. di mana nak cari...tak jumpa lah. tak de la.. Untuk mengelakkan daripada angin naik ke kepala saya terpaksa mengambil alih kerja mereka. Mengumpulkan gambar untuk 20 orang murid.









Saya mencari gambar-gambar logo dalam internet dan copy semua gambar yang saya fikir menarik. tepat pukul 11 malam tamatlah kerja-kerja mengumpul gambar. Kadang-kadang saya berfikir...wajarkah saya membuat kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan murid-murid itu sendiri. Tidakkah saya hanya membantu murid-murid ini menjadi manusia yang tidak boleh berdikari.. menjadi manusia subsidi.

Murid-murid kumpulan ini sebenarnya diibaratkan seperti sedang menaiki teksi...seseorang bertanya...

"encik nak pergi mana?


"entah ! "






Tiada kata secantik bahasa untuk saya gambarkan perasaan tatkala menghadapi murid-murid begini. Kalau keputusan merosot...guru dikatakan tak pandai mengajar..Bila keputusan mencapai hingga 100% dikatakan subjek ini senang nak lulus.

Wednesday, April 7, 2010

Apabila Guru naik angin

Masa yang diperuntukkan kepada subjek saya sebanyak 105 minit seminggu harus saya gunakan semaksima mungkin. Justeru saya cuba elakkan apa saja kekangan yang menerjah momentum kerja saya.






Ahmad Hijazi tidak berpeluang belajar Pendidikan Seni Visual di dalam kelas biasa tetapi kerana minatnya dia mengambil subjek ini dalam SPM dan berusaha sendirian di bawah bimbingan saya dan Pn Hazrin. Foto ini diambil ketika diadakan bengkel membina model kereta.






Mengajar kelas hujung atau dalam kata lain murid-murid yang malas menggunakan daya fikir mereka dengan sebaik-baiknya amat menguji darjah kesabaran saya. Tapi itu bukanlah jadi alasan untuk saya membiarkan mereka merempuh kehidupan ini tanpa panduan. Hendak menyalahkan sistem pendidikan negara 100% juga tidak begitu membantu tugas saya.





Seorang murid 5 Waja sedang menyiapkan model kereta untuk kerja kursus SPM








Kalau kita perhatikan negara jiran kita, mereka amat menitik beratkan pendidikan terhadap golongan begini. . golongan yang tak tau , tak mau dan tak peduli apa-apa. Tunjuklah kepala gajah ke dalam kelas... mereka tak hairan. Itulah bangsaku yang bernama Melayu. Ingin saja saya tukarkan nama bangsa saya jadi Melaju atau Melaku kata orang Jawa .....biar mereka tidak lagi layu.. sentiasa laju dalam mengejar apa saja seperti yang dilaungkan dalam setiap kali azan bergema. Mereka tidak mau dan tidak mampu lagi mendengar teori itu dan teori ini lagi . Bagi saya biarlah mereka diberi kemahiran yang boleh mereka jadikan kerjaya yang menguntungkan kehidupan mereka.
Tapi apa yang amat mencabar kewarasan saya hari ini ialah perangai segelintir murid-murid bangsaku. Masa yang diberi untuk mereka menyiapkan kerja kursus tak sampai dua bulan saja lagi. Saya lihat hanya separuh saja yang masuk studio. Mana lagi yang lain? biasalah kelas hujung dengan masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas. Saya tarik nafas dan memberikan tumpuan pada murid-murid yang ada. Selesai membimbing mereka dan terasa boleh ditinggalkan barulah saya keluar pergi mencari port mereka yang ponteng kelas tu. Berbekalkan sebatang rotan saya menarik nafas sambil berselawat saya melangkah laju menaiki tangga bukit , kemudian menaiki satu lagi tangga bangunan. Sambil melepaskan cungap di tepi dinding kelas yang menjadi port lepak murid-murid tadi saya berdiri memasang telinga. Ada yang menjerit2 , ada yang menyanyi dan ada yang berbual2. Umur mereka sudah masuk 17 tahun , sudah boleh berfikir. Murid-murid dari kelas bangunan bertentangan sudah dapat menghidu kehadiran saya dan boleh mengagak apa yang akan saya lakukan. Saya berbisik.. ya Allah.. peliharalah diriku.

Saya melangkah perlahan2 dan berhenti di depan pintu. Semuanya terhenti. Kaki di atas meja diturunkan. Yang menjungkitkan kerusi membetulkan semula kedudukan kerusi. Yang menyanyi segera mematikan suara. Yang duduk atas meja segera berdiri terkial-kial mencari tempat meletakkan ponggong. Yang bergayut mengelamun di tingkap segera menoleh ke arah saya bila menyedari keadaan sunyi sepi. Inilah bangsaku .. sangka ibunya anak-anaknya sedang belajar.
" Sekarang masa apa ? "
"Saya nak semua keluar dan berbaris".
Lima minit mereka siap buat barisan di kaki lima.
" Lipat kaki seluar awak ke atas , saya nak tengok betis awak"
"awak tau kesalahan awak ?

"ya cikgu , kami ngaku salah".
seorang murid bersuara mewakili ketujuh-tujuh murid lelaki.
Saya terangkan kepada mereka mengapa saya beri hadiah istimewa itu . Pujuk sudah, nasihat sudah , ceramah sudah . Saya memegang amanah yang amat berat. Saya menyuruh mereka segera turun ke studio seni. Tanpa membawa apa-apa peralatan, mereka akur.Dua orang menyelinap lari menghilangkan diri entah ke mana. . Salah seorang murid tu pernah saya telefon keluarganya kerana kes ponteng. Kakaknya memberitau adiknya pergi sekolah tiap2 hari tetapi rekod menyatakan dia tiada di sekolah.
Saya termenung penuh syukur kerana tiada seorang pun yang melawan atau biadap dengan saya. Teringat saya pada minggu lepas seorang guru telah ditengking oleh kumpulan ini hanya kerana guru tersebut bertanyakan maklumat peribadi salah seorang daripada mereka ketika berada di studio saya. Murid tersebut tidak tahu apabila ditanya pendapatan bapanya.

Sehari selepas kejadian tersebut saya cuba berbual sambil memujuk murid ini dan menegur apa yang telah dilakukannya. Alhamdulillah .. dia menunjukan reaksi yang memberangsangkan. Sibuk dia bertanya itu ini untuk menyiapkan folio tugasannya. Saya berazam membantunya untuk menjadi manusia berguna memandangkan dia telah pun berhenti sekolah ketika di tingkatan 4.







Pn Hazrin sibuk membimbing murid-murid 5 Waja dan 5 Arena menyiapkan kerja kursus


Friday, April 2, 2010

LUKISAN MENUNJUKKAN BANGSA

60 murid sekolah rendah dan 30 orang murid sekolah menengah telah mengambil bahagian yang diadakan di Universiti Sultan Idris. Di samping itu juga saya membawa 10 orang murid sekolah saya ke pertandingan melukis potret Tun Abdul Razak. Murid saya Ahmad Hijazi bin Hassan telah mendapat tempat pertama dengan membawa pulang sebuah plak dan hadiah wang tunai RM150.00 . Dua orang lagi menduduki tempat ke4 dan 6.
Saya bersama Putri Anom sebagai Hakim.
Murid-murid sekolah rendah yang menang telah menerima hadiah basikal . Lumayan juga tu. Ketiga-tiga pemenang adalah murid-murid Cina. Pengalaman saya sebagai hakim pertandingan mewarna selama ini selalu mendapati nilai estetika seni visual selalunya lebih dihayati oleh murid-murid Cina. Adakah kerana ia disebabkan oleh sejarah sosio budaya nenek moyang mereka yang begitu mementingkan seni dalam kehidupan























Tidak ketinggalan acara kebudayaan juga turut dipersembahkan pada hari tersebut.















Inilah barisan pemenang pertandingan kategori Sekolah Menengah. Murid sekolah saya yang di tengah tu lah jadi Johan. Nama dia Ahmad Hijazi Aizat b Hassan.















Related Posts with Thumbnails