Wednesday, November 17, 2010

Tips Mudah Membina Lanskap Mini

Minggu akhir cuti persekolahan ni saya nak tutup cerita sekolah juga. Almaklum inilah cerita yang amat kabur tidak diketahui umum. Mata estetika anugerah Ilahi kepada saya tetap saya gunakan sebaik mungkin.

Allah itu indah ….. dan sukakan keindahan .

Inilah ungkapan yang sering terucap kala menimba ilmu. Saya mengidam untuk membina sebuah lanskap mini taman berILMU di sebelah studio seni saya. Di situ saya nak masukkan beberapa ILMU untuk diteroka oleh warga sekolah saya. Terbayang2 di minda saya sebuah taman yang anggun untuk saya tatap kala saya berduka atau tension tahap melampau. Berhari2 dan berminggu2 juga saya memikirkan projek ni.

Perkara utama dalam minda ialah budget. Jenuh juga memerah otak untuk merangka sebuah kertas kerja. Kertas tu tak bekerja..tapi saya yang berkerja untuk dia .. jumpa semua datok datin di sekolah saya.. Cuma Menteri Kewangan je belum jumpa.

Dengan izin Allah segalanya terungkai..satu demi satu . Sebagai Ketua Pengarah seni saya juga melantik diri saya sebagai kontraktor tak berdaftar , merangkap Ketua projek . Maka dengan itu saya berkuasa penuh melantik seorang setiausaha yang sangat setia dan juga seorang pembantu peribadi yang sangat cekap mengendalikan apa juga masalah berbangkit. Pembantu peribadi saya ni sedang berbadan dua ..inilah yang meninggikan darjah kecekapan dia bekerja kerana dia bekerja berdua sepanjang masa bersama saya.

Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa syarikat saya yang tak berdaftar ini terdiri daripada kaum wanita belaka….. bermula dengan Penyelaras , Pengarah Projek (saya le ni), Pembantu Pengarah, Setiausaha dan Bendahari. Pekerja-pekerja saya terdiri daripada 11 orang pelajar yang amat terlatih dalam bidang masing2 dan juga skuad pembantu terdiri daripada pelajar2 pra Universiti seramai 6 orang. Mereka ini dilantik khas untuk membina tugu 1Malaysia.

Lihatlah dunia ….tangan2 yang menghayun buaian mampu membina sebuah taman. Kalau tak percaya..Lihatlah sendiri.



Yang baju kuning tu le kontraktor terlantik untuk projek ni.Yang baju jalur macam kuda belang tu setiausaha projek Pn Hazrin Nafeeza. Sebelum berkerja mereka duduk main seremban dulu.












Barisan pembantu yang amat comitted
dengan kerja2 yang ditawarkan

Dalam kerja ada main...
dalam main ada kerja...

Inilah penggali tercekap..Saufi 5 Juara 2010.


Awal pagi semua buat kerja dengan penuh semangat.
Bila matahari dah mula garang....masing2
bersembunyi



Betul ke nak buat 1 Malaysia ni ?















Ni dia..... Satuuuuuuuuu
M a l a y s i a !!!!!!!!!

Macam mana nak pacakkan arca kayu ni ye Pn Rohanna.?



Dah terpacak pun arca kayu tu.


Puas juga budak2 ni mereka cipta tiang2 ni supaya boleh tegak.













Kontrakror pun kena turun padang

Dah siap pun ... senget2 pun itu nilai estetika.

Kolam kecil untuk sepasang kura-kura. Saya

jumpa singki lama dekat stor barang hapus

kira , boleh dijadikan kolam comel.

15 Nov 2010 Puan Pengetua diiringi Penyelaras Projek,

Pn Hjh Fawazah..sedang menguji ketahanan

laluan pejalan kaki

Ni..kolam kura2 ke ? cikgu Hazrin dah pening kepala.

Puan pengetua merasmikan

taman mini dengan melepaskan

sepasang kura2 ke dalam kolam pada 15 Nov 2010

Setiap orang pelajar yang membantu projek

diberi Sijil Penghargaan selain jamuan makan.

Terima Kasih Pn Pengetua , Hjh Noraini Yeub Sidi,

kerana sudi menyampaikan sijil dan merasmikan

Taman Mini yang belum bernama.

Satu perkara yang amat mengharukan saya ialah murid2 yang membantu saya ialah murid2 yang dikatakan selalu mendatangkan masalah , selalu keluar masuk bilik disiplin. Murid2 yang dikatakan tidak dapat membantu meningkatkan peratus keputusan SPM. Bagi saya setiap insan dilahirkan dengan potensi yang berbeza. Gagal dalam pelajaran duniawi tidak membawa erti gagal selamanya dalam kehidupan. Saya selalu memanjatkan doa agar anak2 murid saya ini berjaya dalam hidup .. menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Saya amat berbangga dengan hasil kerja mereka .

Ini merupakan tahun akir mereka berada di sekolah ini.

Yang pasti..saya akan merindui mereka.

Friday, November 5, 2010

CERITA SEJADAH




Di pagi yang damai hening ini saya nak cakap pasal sejadah. Asal usul perkataan ni daripada kata "sajaddah". So , lidah orang Melayu telah menukar bunyi telornya sikit. Apa2 pun ia hanya soal fonetik .. yang penting tugasnya adalah untuk lapik dahi kita ketika sujud.













Sejak saya mengenal sejadah (saya tak guna tikar sembahyang) saya hanya tahu membentang , berdiri dan terus solat dan mata saya akan memandang tepat ke tempat saya sujud. Itulah yang saya lakukan kerana itulah yang diajarkan kepada saya sejak sekolah rendah. Kata ustazah ," mata jangan pandang ke mana2 , dari mula sampai akhir . " Berkesan juga kata2 ustazah ni . Namun bila usia menjelang senja dan maghribi saya mencari2 jalan untuk mendapat yang lebih baik daripada sekadar memandang tempat sujud itu. Saya cuba untuk mendapat darjat solat yang lebih khusyuk.
Kata seorang ustaz , jika kita khusyuk ... terasa lazat. Tak tau la bagaimana lazatnya. Saya pun kurang pasti adakah ustaz itu pernah rasa sendiri atau sekadar menyampaikan apa yang pernah disampaikan kepadanya. Pernah saya baca dalam sebuah buku, seorang penulis (kurang pasti taraf ustaz ke ulama atau pencinta Islam) menyatakan , jika kita mencapai taraf khusyuk kita akan merasa kelazatan melebihi kelazatan sexual berganda2. Subhanallah... Rasa ingin tau berkobar2.. Tapi saya masih tertanya2....khusyuk tu bagaimana. Adakah boleh disamakan dengan 'asyik'. Kerana solat yang baik itu ialah bila kita melakukannya tanpa mengingati perkara2 yang lain..pendek kata dan panjang kata kita menumpukan sepenuh perhatian , dengan roh dan jasmani terhadap solat itu. Kita sedar apa yang sedang kita lakukan .. untuk apa.. bagaimana perhubungan HAMBA dengan KHOLIQnya. Bagaimana pertemuan PERINDU dengan YANG DIRINDUnya.
Saya sedar saya tak layak untuk bercakap perkara2 begini tanpa sijil yang diiktiraf. Tapi saya berbalik kepada cerita SEJADAH tadi.
Bila saya memandang tempat sujud sebenarnya hanya mata zahir saya yang memandang ke situ. Tapi pada dasarnya jiwa dan roh saya tidak nampak corak dan motif pada sejadah tu. Mata hati saya berada pada bahagian antara kedua kening saya.. Jika suasana tenang .. "RASA" yang tak dapat saya jelaskan di sini mula menjalar ke seluruh urat saraf dan rerambut darah saya. Tapi rasa itu akan mula menipis bila saya berubah kedudukan dan rukun. Apa yang pasti semacam ada tenaga yang menyerap ke ubun2 kepala ketika rukuk atau sujud.
Apa jadi kalau solat ketika sibuk... haa.. inilah saya nak kata.
Corak dan motif pada sejadah mula memainkan peranannya. Mula2 pastikan sejadah kita dibuat oleh orang Islam. Corak, motif reka bentuknya termasuk warna adalah sesuai untuk suasana ibadat. Ada terdapat banyak reka bentuk ...terutama motif tertentu yang direka cipta untuk mengurangkan tumpuan kita kepada ibadat solat. Inilah sejadah yang direka oleh kaum2 anti Islam. Seluruh bidang kehidupan Islam terus diteroka dan diganggu. Hanya dengan warna kita boleh hilang tumpuan. Warna kuning, oren atau merah yang diletak berhampiran warna sejuk (biru, hijau atau hitam) dibuat untuk menimbulkan " kesan kontra". Fikiran kita akan merasakan sedikit "tegang".. pendek cerita..kita akan rasa tak fokus. ( Saya pernah terbaca kisah Nabi Muhammad SAW pernah menyuruh isterinya mengalihkan sehelai kain lap yang berwarna garang yang berada di hadapan baginda.. kerana warna kain itu mengganggu kekhusyukan baginda ) Selain itu ada terdapat motif fauna . dan juga reka corak ala2 'cross' .. yang tersembunyi di celah2 reka corak geometri. Ada juga corak yang dibuat seperti sepasang mata yang besar sedang memerhati kita. Ini dibuat dengan memainkan warna2 yang saya sebutkan tadi.
Hati2lah ketika memilih sejadah.. kerana kita bukan selalu mendapat nilai solat yang baik . Tapi kita juga harus berusaha untuk mendapatkan nilai solat yang terbaik demi meng "upgrade" perhubungan kita dengan Kholiq.




Nampak tak mata dan reka corak seperti mahkota seorang maharaja . Jika kita memandang ke tempat sujud
kita merasa seolah2 ada sepasang mata sedang memerhati kita.
Motif ombak laut sebagai
" border" menimbulkan kesan tegang dan tension.





Related Posts with Thumbnails