Beberapa hari ini saya kerap terbaca cerita salah laku wanita di Malaysia di dada-dada akhbar. Cerita 1 : Seorang wanita lengkap bertudung muslimah telah meragut rantai leher seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pasar di utara tanah air. Ia telah berjaya ditangkap. Cerita 2: Melalui rakaman litar tertutup di sebuah kompleks beli belah terkenal di KL terlihat seorang wanita lengkap berpakaian muslimah sedang melarikan beg tangan seorang wanita lain yang sedang solat. Cerita 3 Dua orang gadis bertudung labuh paras pinggang telah berjaya memperdaya seorang wanita di rumah wanita tersebut bagi mendapatkan sejumlah barang kemas. Dan ada banyak lagi yang tak termuat di sini .Saya selalu memerhati murid-murid perempuan di sekolah saya. Semuanya menutup aurat.
Sedihnya ramai ibu bapa yang langsung tidak tahu akitiviti anak gadis mereka di luar rumah.Seorang murid perempuan telah menceritakan bagaimana ia menjadi ketagih sex.Hingga ia tidak mengira lagi siapakah pasangannya selain dari teman lelakinya untuk melempiaskan nafsunya.Saya sendiri selalu menghadapi saat sukar untuk menyampaikan pelajaran di dalam kelas kerana jika saya tersilap memilih perkataan atau ayat, murid-murid saya akan menjadikan ia sebagai suatu bahan ketawa yang berunsur lucah.Saya cuba sedaya upaya menghindarkan perkataan-perkataan panjang, pendek, gemuk , keras, lembut , cucuk, tolak, tarik dan sebagainya. Mungkin ini cerita-cerita biasa . Moralnya..saya teringat sebuah kata-kata pemikir terdahulu." Do not judge a book by its cover". Bila kita melihat pakaian ..kita berkata itulah agama..Pakaian begini menggambarkan orangnya begini. Tetapi ia tidak selalu tepat..Wanita yang baik akan berpakaian yang baik-baik, tetapi pakaian yang baik belum pasti dipakai oleh wanita-wanita baik..Jumpa lagi
I Bet You Never Thought to Use a Form For That!
-
Go beyond contact forms with these six ideas.
1 day ago
3 ulasan:
Masalah aurat adalah perintah yang wajib dilaksanakan, sedang perbuatan manusia ada kala dia berlaku tak patut itu yang wajib kita luruskan
Inilah gambaran yang menyebabkan masyarakat pandang serong kepada wanita yang bertudung. Pada hal bertudung adalah satu kewajipan lain sedangkan tingkahlaku yang negatif itu satu hal yang lain. Dosa tak pakai tudung lain dan dosa mencuri lain.Kehilafan wanita yang bertudung melakukan perkara-perkara mungkar menyebabkan seluruh wanita bertudung dipandang serong. Seperti pepatah Melayu berkata"seekor lembu membawa lumpur semuanya terpalit" atau " disebabkan nila setitik menyebabkan rosak susu sebelanga"
era sekarang ini emang banyak orang melihat dari tampak luar saja, tetapi apa yang terlihat itu adalah wujud dari dalam hati orang tersebut...
Post a Comment