Cuti sekolah telah masuk minggu kedua.Kebanyakan calon SPM dan STPM sedang berkerja keras memerah otak menjawab soalan peperiksaan.Mana-mana calon yang banyak '
install' dan '
download' ilmu dalam memori , banyaklah '
input' yang dapat dikeluarkan semula,manakala yang tidak pernah masukkan apa-apa '
file' dalam memori, tidak ada apa-apa yang dapat di '
search' untuk dicetak pada kertas jawapan mereka. Pada waktu ini mereka bersendirian berjuang dalam peperangan dengan bersenjatakan pen dan pensil sahaja. Tugas guru pada mereka telah tamat sebaik sahaja mereka melangkah kaki ke dewan peperiksaan.Apa yang mereka bawa hanyalah doa tulus ikhlas dari guru-guru yang mengajar mereka dan semua warga sekolah.
Saya ke sekolah hari ini kerana ditugaskan untuk mencatat perjalanan peperiksaan SPM yang sedang berlangsung. Masa peperiksaan yang bermula jam 2.00 pm diiringi dengan turunnya hujan lebat.Ada 34 calon sepatutnya mengambil kertas Pendidikan Seni Visual 1 .Ketua pengawas peperiksaan yang bertugas memberitahu saya seorang calon tidak hadir tanpa sebab.
Saya merasa kesal atas kejadian ini kerana calon tersebut telah datang untuk kertas di sebelah pagi tetapi mengapa ia tidak muncul untuk kertas berikutnya.Saya juga dapati 4 hingga 5 orang murid lewat masuk ke dewan ketika 15 minit peperiksaan sedang berjalan.Perkara begini telah diingatkan berkali-kali kepada mereka namun ia tetap berlaku. Jadual waktu perperiksaan juga telah dibekalkan untuk tatapan mereka sekeluarga dengan harapan mereka dapat bersedia awal untuk duduk menghadapi peperiksaan dengan tenang.
Saya merasa sedih melihat anak bangsa saya bersikap begini.Sudahlah masuk lewat..Keluar pula awal.Masa menjawab sepatutnya tamat pukul 3.15 tetapi tidak sampai 1 jam mereka telah pun mengosongkan dewan.Saya berfikir .. hendak ke manakah mereka selepas tamat SPM nanti.Apakah yang akan mereka lakukan untuk menampung hidup dalam dunia yang serba cepat ini.Semua pekerjaan yang layak untuk mereka telah pun dipenuhi oleh kaum 'pendatang'. Lalu ke manakah mereka akan pergi.
Sistem pendidikan kita perlu memberi perhatian khusus kepada kumpulan yang mempunyai tahap kecerdasan yang lemah dan amat lemah ini.Mereka memerlukan kemahiran hidup yang setaraf dengan IQ dan EQ mereka.Jika kita dengan mudah dapat meneka mereka memang tidak boleh menjadi jurutera atau doktor, sepatutnya kita dapat melatih mereka menjadi penjual goreng pisang yang mempunyai ladang pisang mereka sendiri.Jika mereka hanya layak menjadi pencuci pinggan di restoran kita sepatutnya membekalkan mereka dengan ilmu membuat roti canai secara kormesil atau bagaimana membuat nasi lemak, satay secara francais.Bukan mendoakan mereka mendapatkan pekerjaan yang rendah tetapi memikirkan setiap individu berhak diberi ilmu sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka.Mereka yang lemah dan amat lemah dalam akademik ini juga berhak mendapat layanan yang istimewa dalam pemberian dan pengagihan ilmu.
Sabda nabi kita " tuntutlah ilmu hingga ke negeri China".Ertinya jika hendak menuntut ilmu di China kita kena belajar dari orang Cina.Bertuahnya kita di Malaysia ialah orang-orang Cina memang telah sedia ada di sini.Fikirlah.. ilmu apa yang hendak kita tuntut. Perniagaan ? Kesihatan ? perubatan ? Kesenian ? Kraftangan ? Ilmu bela diri ? Feng shui? Tai chi ...Gi Qong .Tepuk dada tanya diri.
Marilah sama-sama kita hayati pengertian azan dalam agama Islam yang mengajak kita menuju 'kejayaan'. 5 kali sehari kita diseru supaya memajukan diri. Untuk memajukan diri mesti dengan ilmu.Orang yang beriman akan sentiasa mencari ilmu.Orang yang tidak suka mencari ilmu ialah orang yang ingkar kepada suruhan Nabi Muhammad.Orang yang ingkar kepada Nabi Muhammad bererti mempersendakan ajaran Nabi..jumpa lagi.
3 ulasan:
Ketika saya menulis ulasan ini saya berada di pejabat saya di FSM UPSI. Saya membaca tulisan-tulisan ibu nampaknya semakin hari tulisan ibu semakin kritis. Hebat.
T.Kasih Dr kerana puji saya.
Apabila menilik kepada teori otak.. Kedua-dua otak kiri kanan saya selalu diaktifkan. Kata pensyarah KDPK saya satu ketika dulu saya memang seorang yang kritis .Mungkin ada benarnya. Justeru saya memerlu media untuk menyalurkan apa saja yang terdetik dalam otak saya.. nak bercakap, saya bimbang terlebih cakap.Lebih banyak kita bercakap ,lebih banyak peluang kita membuat silap.Cakap-cakap terkeluar tak boleh di'delete' .Tapi kalau dalam bentuk tulisan..kita boleh 'edit' dan 'delete'..boleh tukar color lagi...hehe
nilah sikap segelintir pelajar kite especially pelajar melayu.. suke belajar last minute.. bile exam dah dekat terketar2.. barulah terkial2 nak mencari n membaca buku.. studi sampai lewat2 pagi hari exam.. 2 yang ader x datang exam atau cepat sangat jawab exam.. sebab x banyak input yang boleh dikeluarkan.. =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Post a Comment