Pejam celik tak sedar cuti sekolah cuma tinggal tiga minggu lebih. Kebanyakan masa anak-anak saya terbazir di depan tv dan komputer. Fikir sekali, ok juga dia ada di depan mata.Fikir dua kali...apa nak jadi dengan kecergasan mental mereka. Saya banyak membaca kesan-kesan anak-anak yang mengadap skrin komputer terlalu lama. Mereka jadi kurang fokus untuk kerja-kerja yang memerlukan perhatian teliti.
Sebenarnya sebelum cuti saya sudah mencari-cari tempat untuk kelas2 motivasi yang berasaskan Islam.Ada yang mencapai rm400 untuk tempoh 3 hari sahaja.Saya mengira2, jika saya ingin menghantar dua orang anak lelaki saya pasti belanjanya mencecah seribu, termasuk bekalan,kepeluan dan perbelanjaan perjalanan tol, patrol dan juga RnR. Wah....tak mampu saya.
Syukur alhamdulillah..Anak ketiga saya dapat menyertai kem motivasi percuma atas usaha sama seorang abang ipar.Anak ke empat saya yang akan menduduki UPSR tahun depan menghadiri kelas tambahan di sekolahnya.Syabas diucapkan kepada guru-guru yang mengorbankan masa cuti mereka.
Saya sedang berkira-kira jika saya berjaya mengumpul sedikit wang ingin juga saya mmbawa anak-anak ber -cuti2Malaysia. itu pun tunggu tamat musim hujan dulu. Destinasi saya mungkin di mana-mana pulau terdekat atau tanah tinggi,juga yang terdekat.Kita hanya merancang.. otak perlu direhatkan untuk seketika.Hanya inilah masanya untuk saya berkumpul bersama anak-anak.
6 ulasan:
SaLAM mama tanjong,
CN pun baru nak bawa anak bercuti ke Langkawi hujung minggu ni, itu pun krn percutian mmg telah dirancang sejak sebulan yg lalu. Sekali-sekala bercuti bersama anak2 rasanya dpt eratkan hubungan kita sekeluarga.
kenapa tak coba buat kem sendiri ajak teman-teman lain untuk join n cari instruktur...
Cadangan yang baik su'aidi,
Kenapa saya tak fikir dari awal ye.nanti boleh berbual gimana nak mulakan kem begitu. Di Malaysia pun tak kurang tempat-tempat menarik dan strategik. tenaga motivator ramai.
Selamat melangkah ke Langkawi CN.siaplah budget untuk naik cable car atau masuk ke Water World ye.Jangan lupa makan laksa dekat dataran Lang .Sedapnyer...depa buat lagu mana kuah tuh.Kalau saya pi sana jimat duit hotel sebab saya g tidoq rumah Pak Ngah anak2 saya di Ulu Melaka.Ni. lama dah tak pi sana.
Salam Mama. Mama boleh cuba melancong jimat macam kami sekeluarga lakukan. 4 hari bercuti sakan di Pangkor dan Taiping. Sewa di resort yang murah dan gunakan duit untuk makan-makan dan beraktiviti. Rasanya program kali ini sukses. Anak-anak gembira dan kami bertambah rapat. Nanti bacalah entri mengenai perkara ini di blog saya atau isteri saya.
w.slm babah
very good idea. Kebetulan anak2 ajak p Pangkor.cdgnya nk cari sebelah tk Nipah ke.resort murah banyak kut..ok..nanti saya tgk
Post a Comment