Monday, December 7, 2009

Salah guna telefon bimbit


Bersama rakan MLM dari Afrika

Pagi semalam saya tergesa-gesa ke pasar kerana 10 minit lagi seorang kawan menunggu untuk kami sama-sama pergi ke Kuala Kubu Baru untuk suatu aktiviti urusan jualan langsung.Saya telah menyatakan persetujuan untuk membantunya sambil itu dapat juga saya mengutip pengalaman dan menimba ilmu peniagaan.Saya fikir saya akan dapat 'something' - dan 'something' is better than 'nothing'.


Saya memecut pagi tu tapi tak la sampai melanggar lampu merah.Banyak juga kereta yang saya potong. Sepanjang jalan tu saya sentiasa berada di lorong sebelah kanan. Tiba di suatu selekoh bulat yang menghala ke kanan saya masih mengekalkan kelajuan dan hampir memotong sebuah kereta yang berada di lorong sebelah kiri. Tiba-tiba kereta tersebut masuk ke lorong kanan menghimpit kereta saya.Saya menekan pedal brake kerana saya hampir bergesel dengan dinding konkrit pembahagi jalan..Dalam hati penuh dengan tanda soal..mengapa dia masuk laluan saya tanpa isyarat ,mengantuk ke , sedang bergaduh dengan orang sebelah ke.Saya cuba memotongnya kembali.

Menyedari kesilapan yang dilakukannya, pemandu tersebut terus memecut. Saya cuba mengejarnya kerana nak tengok siapa dan apa yang dia buat sehingga hampir-hampir memasukkan kereta saya ke bengkel.Tiba di simpang lampu isyarat yang berikutnya saya terpaksa memperlahankan kereta kerana terlihat lampu merah.Kereta tadi terus saja memecut dan masuk ke kiri.Saya sempat melihat telefon bimbit di tangannya.Rupanya dia sedang membalas sms .Di sebelahnya ada seorang wanita, kemungkinan isterinya.Saya kira dia bernasib baik kerana tak berpeluang mendengar ceramah percuma saya.

Saya teringat cerita seorang teman mengenai sahabat anaknya yang sedang belajar di sebuah bandar di utara. Teman anaknya sedang menunggang motosikal sambil berbalas sms dengan teman wanitanya.Malang menimpanya..Dia terbabas dan terus meninggal dengan telefon bimbit masih dalam genggaman.Hal ini diketahui ketika pegawai polis yang bertugas telah mengambil dan memeriksa siapakah pemanggil terakhir yang dihubunginya.Suka membawa duka.

Selesai saya membeli keperluan dapur sempat juga saya membeli sarapan untuk anak-anak. Hari ini menjadi suatu hari yang sangat sebuk. Dunia perniagaan ini boleh memberi pulangan yang lumayan bagi mereka berusaha keras. Kami dinasihatkan supaya membuang imej-imej negatif seperti malu, pendiam ,tidak berdisiplin demi mencapai matlamat. Benar kata Islam..Dunia perniagaan menjanjikan 90% rezeki berbanding dengan pekerjaan yang lain.Gerai jualan kami dengan tema kesihatan dan kecantikan tak pernah sunyi sejak ia dibuka di awal pagi hingga matahari jatuh.Peralatan yang kami bawa untuk memeriksa kesihatan jantung dan tekanan darah dan pemeriksaan kulit muka tidak pernah kenal erti rehat.

Walaupun penat tapi hati puas.Saya belajar sesuatu hari ini..Bukan senang nak senang !Rezeki tidak turun dari langit kalau hanya berpeluk tubuh.Rezeki secupak boleh jadi segantang dengan usaha dan doa.Kalau kita menunggu rezeki secupak...dapatlah secupak. Kalau kita berangan nak menjadi kaya .. usahalah untuk menjadi kaya....kemudian berdoalah.Inilah sistem yang diguna pakai dalam perniagaan jualan langsung yang cuba saya teroka.

3 ulasan:

Cikgu Norhaliza™ said...

Salam Mama Tanjong,
Dulu nak tgk tv di rumah, gambar dalam kotak empat segi, tapi la ni nak tgk tv boleh di telefon bimbit. Canggih, tapi kecanggihan itu kadang-kala boleh membinasakan.

Mama Tanjong said...

salam cikgu,
Itulah yang kita kena bayar untuk harga sebuah kemajuan kan.Di sekolah, kalau kita dpt tangkap murid yang membawa telefom bimbit ke sekolah, cuba kita lihat apa kandungan di dalamnya.Sama taraf dengan porno di internet. Amat mengerikan.

DR.AHMAD SUHAIMI BIN MOHD.NOOR said...

Salam.Wah ibu sekarang ni hebat.Alhamdulillah, rezeki perniagaan telah dibuktikan oleh Rasulullah SAW, cuma profesion ibu sekarang perlu dijaga.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails