Monday, February 1, 2010

Cerita tragis burung di sebuah masjid cantik.



















Minggu ni giliran saya menjenguk anak di asrama. Bila dah tau saya nak datang mestilah ada saja yang dipesan .. kalau boleh nak suruh saya bawak sekali sebuah mini market ke bilik dia. Bertuahnya budak-budak sekarang , apa saja hajat mereka bagai dihujung jari .

Dalam perjalanan ke asrama anak lelaki saya merangkap ' body guard ' minta saya berhenti untuk dia mengosongkan tangki airnya yang dah penuh. Oleh kerana saya memilih melalui jalan biasa , sudah pasti masjid menjadi sasaran. Kebetulan pulak kami melalui kampung-kampung Melayu , segalanya menjadi mudah.


Selesai hajat saya menghulurkan dua keping duit seringgit dan menyuruh anak saya masuk ke dalam masjid mencari peti tabung derma masjid. Sebaik saja dia menyambut duit yang saya beri dia bertanya ,


" Duit apa ni mak ?



" Kalau kau nak buang air di Pasaraya di bandar kan ke kena bayar .."



" Mana ada orang jaga pintu tadi "



" Tapi tandasnya bersih kan ? tentu ada yang jaga. Kita pun guna air tadi...mana ada



air percuma "



Tanpa disuruh dia juga menyeluk poketnya , mengeluarkan duitnya untuk dimasukkan ke dalam lubang peti besi tu. Kami pun meneruskan perjalanan dengan penuh rasa lega. Saya kira anak saya ni dah belajar sesuatu.


Sampai di kampus ketika azan zuhur terus saya bawa anak saya makan tengahari. Nasib tidak menyebelahi saya , wlaupun terlalu lapar saya membayangkan dapat nasi berkuah lemak cili api dengan campuran berbagai sayuran. Namun lain jadinya . Atas permintaan anak-anak saya terpaksa melangkah dengan berat hati masuk ke dalam KFC...siap pesan ayam goreng untuk kawan-kawan sebiliknya . Hampir jam 3 kami kembali ke asrama menghantar anak saya sebelum pulang.


Saya memilih masjid berhampiran untuk solat zuhur. Masjid yang baru dibina ni sungguh besar dan cantik . Untuk sampai ke ruang solat kami kena menaiki tangga yang tinggi. Kembang kempis juga dada kita dibuatnya untuk sampai ke atas. Dah jadi kebiasaan saya sukakan keindahan ..pasti mata saya ke atas ke bawah memerhati senibina masjid ni. Ketika memandang ke atas saya terpandang ada jaring sama saiz dengan jaring badminton merentang bahagian atas ruang legar. Masyaallah...


















Seekor burung sedang meronta-ronta berusaha dengan pelbagai kaedah untuk melepaskan diri dari jaring tu. Rupanya jaring ni dipasang untuk menghalang burung-burung dari lalu lalang makan angin di kawasan masjid ni.
Tiba-tiba rasa belas sungguh saya tengok burung tu..di bawahnya ada beberapa tompok najisnya dah membentuk corak motif yang cantik atas lantai masjid...kemungkinan dah lama dia terperangkap.

Hati saya mula berfikir mengapa buat cara begini..kalau burung ni tersangkut dan mati tanpa makan dan minum.. Adakah berbaloi kerja tukang pasang jaring ni. Apakah yang akan dibuatnya dengan daging burung ni. .nak buat satey ? Kotak fikir saya penuh sarat dengan soalan. Saya memerah tenaga fikir dengan sungguh-sungguh bagaimana saya nak lepaskan burung ni. Jaring ni diikatkan pada dua batang buluh yang panjang. Jadi saya kena lepaskan ikatan buluh pada besi jaring dinding masjid ni. Saya berdoa agar diberi idea sebelum solat. Semasa solat saya teringat ada pisau NT cutter dalam handbag saya. Yesss.....


Selesai solat saya menjenguk anak saya di ruang tengah. Masih belum selesai. Otak saya berfikir ligat memikirkan cara melepaskan burung tu.. Cepat2 saya pakai tudung dan memberitahu anak saya. Sementara dia memotong tali mengikat buluh saya memerhati kalau2 ada orang memerhati. Tak ramai orang bersolat waktu tu sebab dah pukul 3 lebih pun. Saya perhati burung tu...masih meronta2..Sebaik2 je saya dapat menurunkan buluh pemegang jaring tu terus saya pegang burung tu..Inna lillah..Lehernya tercekik. Kepalanya dah terkulai. Benang jaring ni terlalu halus ..menjerut lehernya.Rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong saya..sebak rasanye. Badannya masih panas..Saya gosok2 kepalanya..Maaf ye..saya terlalu lambat menyelamatkan kamu. Astaghfirullah.. untuk apa jaring ni sebenarnya ?

Jaring tu saya biarkan saja atas lantai masjid yang cantik berkilat.

Ketika menuruni tangga masjid yang tinggi megah anak saya bertanya.

" mak tak nak cari tabung masjid ke ?

Saya tak berupaya menjawabnya... bimbang mereka akan membeli jaring perangkap burung lebih banyak lagi.














Kasihanilah aku ...

4 ulasan:

ustaz eds said...

salam mama..
1) menanam sikap murni pada anak seperti bersedekah amat baik sekali...moga menjadi amalan mereka hingga bila2

2) Memang sikap manusia, kadang tak berfikir mendalam akibat dari tindakan yang di ambil. mungkin niat asalnya baik, nak bebas masjid dari najis, tp cara itu mungkin menyebabkan binatang yang tak berdosa itu menjadi mangsa...

Mama Tanjong said...

w.salam Ust Ed

Sampai sekarang saya teringat2 burung tu. comel betul dia ustaz. Saya tak setuju cara orang masjid tu .Mesti ada cara lain yang tidak perlu mengambil nyawa .Manusia diberi akal, tapi burung tidak. Di dalam Masjidil Haram pun banyak burung lalu lalang .. Lagi mereka kena jaga..sebab semua orang pakai putih. .Tapi tak de jaring pun.Pekerja tu cuci je lantai sebab mereka faham burung memang tak de tandas.

UstazCahaya said...

Salam Ziarah.

Catatan yang menarik sekali Kak Natra. Sekali jalan, dapat dua pengajaran. Satu, ajar anak sedekah dan hargai masjid. Dan masjid yang bersih itu harus dipuji dan dihargai.

Kedua pula, masjid yang kedua itu.. hmmm.. Mengapa mereka buat begitu ya..?

Mama Tanjong said...

Tu laa ustz cahaya.yang menyedihkan hati..perkara tu sepatutnya boleh dielakkan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails