Thursday, February 11, 2010

Sembang kopitiam - apa kata isteri ketika mengumpat suami mereka


Jangan tersilap faham ye , sembang kopitiam ni tak minum kopi pun. Biasanya kami sembang lepas solat asar dalam surau. Disebabkan saya ni orang lama sikit , so banyaklah cerita yang saya simpan. Kadang-kadang saya jadi pendengar je, kadang-kadang jadi motivator dan yang banyaknya jadi mak bidan...camana nak awet muda , nak kempis perut ...macam-macam impian le untuk menjadi model dan super model.


Pendek cerita suami sekarang harus lebih waspada. Zaman dah berubah. Isteri sekarang tak sama dengan isteri dulu. Sama-sama keluar kerja.. sama-sama balik dan sama-sama letih. Balik semula apa kata nabi kita. Isteri menuntut dikasihi tanpa syarat. Usah mendera fizikal dan mentalnya.


Awas ! jika anda para suami tak pandai jaga isteri ... usah menyesal nanti ada orang lain pulak yang menawarkan diri untuk menjaga isteri anda.


Jika anda tak berapa perasan isteri anda cantik , ada yang akan memuja-muji kecantikan isteri anda.

Jika anda tak pandai mendengar keluh kesah penat letih isteri anda ... ada orang yang akan menjadi pendengar simpati keluh kesah isteri anda.


Inilah dia luahan hati para isteri yang mereka tak dapat nak nyatakan pada suami-suami mereka. Atau pun dah luah, tapi masih ada suami-suami yang pandir lagi.


1. Belikan sesuatu walaupun barang kecil , murah atau mahal bila anda pulang dari mana-mana. Kalau pergi lama - belilah sesuatu yang special sikit.. Nescaya kembang mekarlah hatinya. Kalau pegi kedai kejap belilah barang kesukaannya cam majalah ke , pisang ke , kue tiau ke .. ikan pekasam ke


2. JANGAN sekali-kali bukak pejabat di rumah. Keje pejabat , habiskan di pejabat. Isteri anda perlukan anda lebih dari segalanya.


3. Usah terlalu meminggirkan isteri kerana melebihkan ibu. Anda mengambil isteri dengan akad , ijab kabul...berjanji dengan Allah akan menjaganya. Tetapi dengan ibu tiada perjanjian apa2, cuma tanggungjawab anda tidak putus hingga akhir hayatnya.


4. Bantulah kerja isteri di rumah , usah tunggu makan minum sampai ke lutut .. isteri anda bukan bibik.


5. Bila berjalan.. peganglah tangan isteri bila melintas jalan atau bila2 sesuai..awas jangan terpegang tangan isteri orang pulak.


6. BIla hari raya atau apa-apa hari istimewa belikan lah pakaian dan keperluan isteri walaupun dia ada duit sendiri.


7..Usah meminta duit isteri , kecuali dia beri sendiri untuk menampung mana yang kurang.


8. Pujilah selalu isteri anda , dia cantik ke , dia rajin ke , dia pandai buat sesuatu ke, senyumannya manis macam madu ke..


9. Kalau suka tengok isteri cantik ... belikan lipstick ke , bulu mata ke , contact lens berwarna ke..apa2 je yang dia suka..Hantar dia ke spa ke, buat facial ke , bersauna ke..beraerobik ke.


10.. Selalulah belikan minyak wangi ! semuga semerbak lah cinta anda


Ini hanya sebahagian apa yang saya selalu dengar dari mulut para isteri..


Ada lagi yang 'XXX' ..Luahan hati seorang isteri yang tak boleh dipandang ringan, seperti yang saya katakan tadi.. Jika isteri tak dapat dari anda....dia akan cari pada orang lain.(kalau yang kurang iman..)


Seorang isteri menyatakan dia teringin suaminya melakukan satu teknik 'bermalam Jumaat' yang suami tak pernah dan tak suka buat...tapi isteri ini suka... so..apa boleh saya tolong kawan saya ni








8 ulasan:

Anonymous said...

xde org komen ke?? huhu... aku suka entry ni, banyak benarnya tp ramai lelaki tk bape nk phm...

oldman said...

amat menarik untuk tatapan serta difahami oleh suami2 yg tak faham atau tengelam dgn ego sendiri

Mama Tanjong said...

salam Teja,
t.kasih singgah blog saya. saya ni baru 2 bulan bukak kedai. Ada yang membaca, tapi tak berani nak komen...ada yang jadi silent reader.Para suami tentu tak suka entri ni. Maklum la kadang-kadang terkena batang hidung sendiri. Bagi saya anggaplah entri ni sebagai rencah kehidupan yang kita pasti lalui.. dunia dah berubah..Cara fikir juga mesti berubah,kerana kita hidup dalam dunia yang penuh dengan limpahan maklumat. Lupakan dialog2 dalam skrip drama dan filem yang sering digunakan dalam drama2 tv yang masih mengagung2kan status para suami secara membuta tuli. Tingginya degree kehormatan seorang suami itu adalah kerana TANGGUNG JAWAB yang sepatutnya ditunaikannya ketika termetrinya perjanjian dengan Allah ketika ijab kabul.

Mama Tanjong said...
This comment has been removed by the author.
Mama Tanjong said...

Salam oldman
Orang yang berpengalaman dan berilmu macam saudara pasti setuju apa yang kawan-kawan saya katakan.Saya dapati dah ramai pendakwah muda menyedari hal ini .. apa yang berlaku selama ini adalah budaya sahaja...bukan ajaran Islam sebenar.Kadang-kadang ekslploitasi tenaga wanita. Lelaki berkahwin lebih beruntung kerana dapat bibik percuma , tukang masak percuma,baby sitter percuma dan macam-macam percuma..tanpa BAYARAN.. hanya sign surat nikah.

Anonymous said...

banyak nak komen. suami?banyak ambil kesempatan. tak pernah ambil tahu soal keliling. dia hanya nampak kerja dan duit gaji dia saja. aarrggg.....bosan. dia buat apa2 ikut suka kepala dia. mcm tak ada anak, tak ada bini. bila tegur dia akan muncung, cengel. baik kau berambus dr rumah aku. tp kenapa kau tak nak berambus?kau nak apa sebenarnya?

Anonymous said...

suami saya beli hp baru, sorok dr saya. beli notebook baru, sorok dr saya dan apa2 lg dia beli dia sorok. las2 saya terjumpa dgn tak sengaja. apa prasaan isteri?saya kecil hati teramat. knp mesti sorok?kalau pergi pasar dia hanya tukang tolak troli. haram nak blanja walau seringgit sama-sama beli lauk. di rumah kerja dia internet dan facebook. tak hingat dunia dh kalau mengadap komputer. bila ditegur jgn melampau2. dia akan tengkin balik atau mendengus di depan anak2. aku sangat sakit hati. dh adu ke jab. aga,a islam tp sampai skrg tidak ada tindakan. ni kalu org sakit, dh lama mati baru jab. agama islam panggil. laki aku ni kalau dia nak kerja hari cuti, dia kerja redah sabtu ahad tak ingat dia ada anak bini di rumah. tak nak cakap dan bincang apa2 dgn isteri. aku halau dia jgn dok dgn aku lagi kalau perangai tak mcm suami. dia tak keluar jugak dr rumah. knp dia tak nak keluar dari rumah aku?aku pun tak pernah halalkan satu sen pun apa2 dr aku sepanjang kami berkahwin kerana dia banyak menipu dan tidak jujur dlm setiap perkara kpd anku dan anak2. sebab tu lah aku nampak dia kerja bagai nak rak tp duit tak cukup2. tuhan tu maha kaya. duit kat aku tak bagi. itu lah bila tuhan tarik, banyak skali kena tarik. contohnya, kereta buat hal dan mcm2 lagi.

Mama Tanjong said...

salam saudari tak bernama,
Mama dapat rasa sangat2 apa dalam hati saudari ni..Hanya Allah yg membalasnya .Kalau kita dapat berbual...alangkah bagusnya. saya terlambat membaca entri ni. Mama ada teman , yg sama benar nasib macam saudari ni...sama macam suami dia buat pada dia..Sabar tak terucapkan lagi..Sayangi lah diri saudari.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails