Mengapa kita bertengkar. Tak de orang yang tak pandai bertengkar, sebab nak bertengkar ni tak payah belajar di mana2.. Kalau tengok drama Melayu , adegan bertengkar mesti menjerit sampai nak utus urat leher.
Jadinya kalau nak bertengkar dengan suami ke, dengan isteri atau dengan kawan2 ke mesti dibuat dengan cara profesional.
Perkara nombor satu ialah KAWALAN SUARA.
Tak payah guna volume maksima walaupun kita berasa kita yang benar. Tarik nafas....
istighfar....(cakap senang ye)
Ni bukan pe...nak buat pasangan supaya mengalah.
Tunjuklah garang
konon dengan menengking , menjerit atau bercakap dengan gaya menahan marah
Kedua jangan guna ayat yang ada TANDA SOAL.
contohnya : " Awak ingat awak pandai sangat ? ".
"Awak pandai2 buat benda tu sapa suruh ?"
Ketiga Gaya TUDUH MENUDUH dan SALAH MENYALAHKAN.
ni amat bahaya.
Contoh : "awak cuai " (Ini kes lupa simpan barang).
"awak ni pengotor sangat "
Keempat MENGUGUT ,MENGGERTAK , MENGAMCAM,
contoh: "ok...kalau camni...."
Kelima MEMPERLECEH dan MENYINDIR
Contoh : "Kalau camni nasi lemak awak buat , baik beli je "
Keenam GAYA MENAFIKAN.
Ni orang lelaki suka buat.
"Awak je yang perasan , masalah kecik je ...awak memang suka besar2kan"
Yang ni buat isteri memendam rasa.
Ketujuh MENGKRITIK PERIBADI
Ini paling BAHAYA.
Haa... ni isteri suka buat.
Mereka suka mengkritik sifat dan perangai suami.
Isteri2 kena ingat tak payah nak suruh ubah perangai..
mereka memang macam tu.
Kalau suami bukak kain pelikat dan biar belingkar macam ular..
letak je bakul kat tempat dia selalu buat ular berlingkar tu. Jimat suara.
Perlu diingat pertengkaran ujud kerana ada yang tidak puas hati. Pasangan yang puas hati tak akan bertengkar.
Tentu hambar pulak kalau tak pernah bertengkar.Tips utama ialah JAUHI lah perkara2 yang menimbulkan RASA TAK PUAS HATI itu.
Selalu2lah KOREKSI diri - MUHASABAH diri kata penceramah di tv.
2 ulasan:
Salam. Setelah membaca tulisan-tulisan dalam blog u, i rasa kecenderungan tulisan-tulisan u lebih ke arah "permotivasian". Irah, i rasa u dah layak jadi pakar motivasi. Mulai sekarang u kena mengorak langkah memilih jalan yang terbaik dengan memberi ceramah motivasi di samping terus menulis.
salam..Dr
Masih belum terfikir ke arah itu. Takut nanti kelihatan macam "mak ketam" suruh anaknya berjalan betul.Biar ibu menulis dulu, dan memotivasi anak2 murid di sekolah saja.Tq anyway.
Post a Comment