Friday, April 2, 2010

LUKISAN MENUNJUKKAN BANGSA

60 murid sekolah rendah dan 30 orang murid sekolah menengah telah mengambil bahagian yang diadakan di Universiti Sultan Idris. Di samping itu juga saya membawa 10 orang murid sekolah saya ke pertandingan melukis potret Tun Abdul Razak. Murid saya Ahmad Hijazi bin Hassan telah mendapat tempat pertama dengan membawa pulang sebuah plak dan hadiah wang tunai RM150.00 . Dua orang lagi menduduki tempat ke4 dan 6.
Saya bersama Putri Anom sebagai Hakim.
Murid-murid sekolah rendah yang menang telah menerima hadiah basikal . Lumayan juga tu. Ketiga-tiga pemenang adalah murid-murid Cina. Pengalaman saya sebagai hakim pertandingan mewarna selama ini selalu mendapati nilai estetika seni visual selalunya lebih dihayati oleh murid-murid Cina. Adakah kerana ia disebabkan oleh sejarah sosio budaya nenek moyang mereka yang begitu mementingkan seni dalam kehidupan























Tidak ketinggalan acara kebudayaan juga turut dipersembahkan pada hari tersebut.















Inilah barisan pemenang pertandingan kategori Sekolah Menengah. Murid sekolah saya yang di tengah tu lah jadi Johan. Nama dia Ahmad Hijazi Aizat b Hassan.















4 ulasan:

ustaz eds said...

salam,
tahniah, murid hebat menggambarkan gurunya juga terhebat...

Mama Tanjong said...

w.salam ustz ed.
tak la hebat .Sekadar menggembirakan hati murid2 saya. Biarla dia menyimpan memori indah yang akan diceritakan pada anak cucu cicitnya.Nak bertanding tu mesti bersedia dengan ilmu dan teknik . tp saya tumpang gembira juga

KAMATO said...

tahniah kepada yang berjaya juga tahniah kepada yang mengasah juara

Mama Tanjong said...

Terima kasih Kamato
Beginilah nasib cikgu.
Cukup merasa gembira dengan melihat murid-murid berjaya dalam apa bidang pun.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails