Wednesday, April 14, 2010

Memantau guru rakan sejawat




Hari ini saya diarahkan memantau seorang guru mengajar. Dia bukan guru praktikum tapi guru yang telah lama mengajar. Semua guru berasa kurang selesa jika ada seseorang sedang memerhatinya mengajar. Rasa seolah-olah dia masih lagi belum pandai-pandai mengajar. Atau pun masih lagi belum banyak pengalaman mengajar. Itulah dunia guru..


Macamana agaknya jika seorang pegawai kerajaan Kementerian lain yang telah puluhan tahun berkhidmat sedang dipantau ketika sedang berkerja. Kemudian ditinggalkan nota komen-komen negatif untuk bekalan dibawa tidur.

Guru yang sedang saya pantau tadi telah pun mengajar hampir 15 tahun. Sekiranya dia berkhidmat di Kementerian lain kemungkin telah pun berada pada kedudukan yang lebih selesa. Sepatutnya saya memberitahu terlebih dahulu kehadiran saya. Kebetulan kami sedang berada dalam studio langsung saya tidak berganjak ketika dia mula mengajar. Mission saya pun dia tidak sedar..Andainya saya beritahu , saya pasti pengajaran dan pembelajarannya menjadi kucar kacir... picing suara pun pasti lari ..

Andainya nak diberi Gred , saya akan beri A+ tanpa teragak-agak. Dia cukup bersedia dengan bahan bantu mengajar, set induksi yang cukup menarik murid walaupun mereka berada di Tingkatan 3. Bukan kali ini saja saya memerhati dia mengajar. Sejak mula saya sampai ke sekolah ini jarang-jarang saya melihat dia duduk saja dalam kelas membiarkan murid membuat kerja sendiri. Jika tidak ada bahan di dalam studio dia akan berusaha membeli sendiri barang-barang keperluan amali. Ideanya selalu terkini . Saya perhatikan tidak ada murid termenung , menongkat dagu atau berada di alam lain. Perkembangan pengajaran cukup teratur mengikut flow yang dirancang teliti. Murid-murid memberi respons yang amat memberangsangkan . Mulut dengan tangan sama-sama buat kerja. Melihat saja gambar ini cukup memberitahu segalanya. Ia menjadi sebagai bahan bukti bahawa objektif telah tercapai 90%..

Malangnya guru yang amat pendiam seperti guru ini kurang mendapat perhatian dari pihak pentadbiran. Ia dikatakan kurang menonjol kerana kurang berjumpa dengan pihak pentadbir. Dia juga tak pernah bising menyatakan nak buat itu ini atau meminta bajet untuk sesuatu program.

Saya berharap dan berdoa satu masa nanti dia akan menerima sesuatu penghargaan ...cukup sebagai pemangkin untuk dia memajukan daya fikir anak-anak Malaysia. .Semuga cikgu Hazrin akan menjadi seorang guru yang dikasihi semua anak didiknya di mana saja dia ditugaskan.

2 ulasan:

oldman said...

Rely on the message of the teacher,not his personality
Rely on the meaning not just the words,
Rely on the real meaning not on the provisional one,
Rely on your wisdom ming not on your ordinary,judgmental mind.

Mama Tanjong said...

Terima kasih oldman,
atas idea dan pesanan berharga.
Benar,
dengar apa yang dikata,
bukan siapa yang berkata.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails