Bila tidak bekerja seperti biasa badan pun mula menyesuaikan dirinya dengan keadaan tidak berkerja. Tidak peka kepada masa ..pendek kata tidak berada dalam keadaan terburu-buru masa.
Namun rutin tetap seperti biasa . Kesihatan tetap tersenarai paling atas dari segalanya. Apa yang penting - kena pastikan aliran darah dalam keadaan yang sepatutnya mengikut perkiraan usia.
Setitik keringat yang menitis adalah sejuta kebahagiaan ...
Kena pastikan usia biologi kurang dari usia sebenarnya.Ini dapat di kira melalui kaedah dan peralatan tertentu. Misalnya jika perkiraan biasa kita berusia 50 tahun .. tetapi usia biology adalah 41 tahun. Ini bermakna anggota badan kita luaran dan dalaman adalah setaraf dengan mereka yang berusia 41 tahun. Betapa beruntungnya mereka yang dapat mencapai kualiti piawaian begini. Malang pulalah sekiranya mereka yang angka usianya ialah 42 tahun tetapi terperangkap di dalam badan yang berusia 57 tahun.Dengan bertambahnya kefahaman tentang permakanan yang betul dan sistem penjagaan badan yang semakin canggih rata-rata kaum wanita dapat memperlahankan proses penuaan mereka..Seterusnya dapat menjalani kehidupan yang berkualiti
Saya juga tidak pernah kurang semangat - berjuang untuk memperlahankan proses penuaan. Pagi tadi saya ke tasik berhampiran berjalan laju bagi menggantikan ' jogging '. Ini kerana usia saya tidak lagi sesuai untuk berjogging. Bila melalui cerun dan mendaki saya cuba juga berlari-lari anak bagi mempercepatkan pengeluaran peluh. Sambil berjalan mengelilingi tasik saya tak melepaskan peluang mengambil aroma dan aura bunga-bunga yang tersusun berbagai jenis warna dan saiz. satu therapy juga ni..
Akhir sekali tak pernah miss senaman Qi Gong untuk membaiki sistem aliran darah. Saya berdiri mengadap air.. dapatkan ' tenaga ' dari air dan pokok2. Langkah saya menjadi lebih ringan selepas selesai semuanya ... apa lagi saya pekena kue tiaw goreng dan up cafe di salah sebuah gazebo di tepi tasik bersama dengan crew. . berbaloi juga fikir saya.
Selesai senaman langsung kami mengatur perjalanan ke Hots Spring kira-kira 45 minit dari rumah saya.Dengan hanya berbekalkan sandwich dan minuman jus buah-an dalam botol yang dibancuh sendiri kami terus ke destinasi tanpa mandi-manda.Sebaik-baik mendapat tempat pakir saya terus ke kaunter tiket.
Dah bayar tiket RM10.00 untuk dewasa dan RM8.00 untuk kanak-kanak kami diberi gelang emas untuk dipakai dalam kawasan taman rekreasi ni.. ah pakai gelang...
Sebelum berendam dalam kolam yang panas , masuk dalam kolam ni dulu.. suam2 je...tapi kalau nak tau kulit tu tebal ke tidak cubalah duduk bawah batu putih dalam gambar bawah nih. Di situ air panas di salirkan dari kolam atas yang dikumpul dari beberapa mata air panas. Biasanya yang suka duduk di situ ialah orang yang mengidap sakit-sakit sendi , otot , saraf dan juga mereka yang hanya nak menguji daya ketahanan kulit masing-masing.
Kebanyakan yang suka masuk ke kolam ini ialah kanak-kanak yang pandai berenang... tapi mereka dilarang memanjat atas batu yang tinggi tuh..kalau ada yang cuba nak jadi juara acara terjun..siaplah pengawal akan meniup wisel. Nampak macam sejuk... tapi...panas
Penat berendam di kolam air suam.. jom pegi kolam yang lebih panas, tempat yang boleh memasakkan telur
<
Lubang tempat merebus telur ni kecil je..lebih kurang besar kuali kita nak goreng mee tu . Sekali letak bolehlah muat 3 atau 4 longgok telur.Nyonya sebelah ni tengah bilang telur dia.. cukup agaknya untuk ahli rombongannya satu bas.
Anis safwan ni dok asyik berendam kaki. Dok tunggu telur rebus la ni.
Afiq pulak macam tak selera je makan telur rebus dengan kicap. Biasanya dia makan telur goreng je. Amiruddin ni tak kisah makan apa..sumbat je apa yang datang. Asalkan kenyang
Mak Long tu pulak sexynyer...kepala lutut pun nak kena berendam juga kan. Kami dinasihatkan minum banyak air ketika berendam nih. Sebabnya badan kita akan mengeluarkan peluh dengan banyaknya
Suhu air di kawasan parit buatan ni dianggarkan lebih kurang 40 darjah Celcius. Inilah sudut merebus telur. Bau belerang juga kadang-kadang boleh dikesan di kawasan ini. Menurut pakcik penjaga kawasan ini.Lumut yang hidup dalam parit air panas ini boleh diambil buat masker.. sapu ke muka.
Kalau dah kenyang..bolehlah pegi mengurut kaki di kawasan urut refleksology.
Parit di sini dipenuhi dengan batu-batu kecil untuk dipijak....kira urut kaki sendirilah gitu.. berat badan kita bertindak sebagai tukang urut. .sakit juga dibuat dek batu ni . Kiranya kami ni termasuk dalam golongan orang yang tabah le..
Batu-batu kecil ni berupaya juga menyebabkan rasa sakit yang amat sangat bila dipijak..Memang semulajadi la..sambil berpijak kita berendam kaki dalam air panas. Urutan semulajadi yang amat baik.
Memandangkan Mak Long dan Afiq dah boring giler.. eloklah kami beredar dulu. Balik nanti pengsan le semua. Waktu zohor belum masuk lagi.. so kami memutuskan untuk pulang saja..Sebelum tu kami pergi mandi air bersih dulu di sebuah bilik mandi yang disediakan. Ada 8 bilik shower. Pilih je. Keadaannya ok la.
Lain kali kakak saya kata nak tempah bilik khas untuk jakuzi. Dalam bilik ni kita bebas nak buka-bukaan sikit
Malam tu saya tidor dengan nyenyaknya .........
4 ulasan:
ibu sekarang saya berada di Sanur Bali. Semalam sore saya sampai. sekarang musim hujan di Bali. Kisah ibu di TRAP itu mengingatkan saya pada HP saya yang baru dibeli sempena ulangtahun saya. HP itu terlupa saya keluarkan langsung terendam dalam kolam air panas persis foto yg ibu paparkan itu. Baru bermesra 1 minggu dengan hp yang canggih itu akhirnya terkorban RM1800 akibat kecuaian saya.
Itulah namanya ajal, maut , rezki di tangan Allah.Allah bagi pinjam sekejap je tu.Itu baru dia ambik telefon bimbit...bagaimana kalau DIA ambil kaki kita. Tiada benda yang kita boleh mengaku hak kita kan....hatta diri kita ni juga bukan hak kita..Senyap je balik ke Bali ni..
itulah ibu lama juga saya tak bermesra dengan laptop. Sepanjang sebulan di Msia merata saya pergi hingga ke Thailand. Mengembara. Di samping sekali menemui anak2, bertemu dengan ibu dan 6 adik beradik saya yang lain. Ziarah rakan2 dan hadir kenduri kendara mereka. Nampaknya sebulan cuti penuh dengan acara sehingga keletihan.
Baguslah, alhamdulillah kalau dah namanya berjalan tu, ertinya badan masih sihat.Syukur.. Buatlah apa yang Dr fikirkan boleh memberi kebahagiaan buat diri sendiri kerana kehidupan ini terlalu singkat.. so make it sweet
Cepat-cepatlah menulis blog , ada yang tak sabar menanti berita dan cerita dari Dr
Post a Comment