Thursday, April 29, 2010

Mari menjana YIN danYANG





Pernah ke anda lihat simbol ini.
Ini adalah simbol Yin dan Yang. Simbol ini adalah berkaitan dengan prinsip Yin dan Yang. Yang hitam itu adalah Yin dan yang putih itu adalah Yang. Kita boleh kata yang hitam itu sejuk dan putih itu panas atau yang hitam itu perempuan dan yang putih itu lelaki. Mereka ini tak boleh dipisahkan. .Di mana ada Yin, di situ juga ada Yang . Juga Yin Yang tidak terpisah dengan kehidupan kita . Prinsip Yin Yang ini sering kita gunakan di dalam dan di luar rumah termasuklah hal2 yang berkaitan dengan tumbuhan , warna , bentuk muka bumi , bangunan , air , cahaya , manusia, perabot , bunyi ,objek , jiran juga lanskap yang ujud berhampiran dengan kita. Dan apa yang ingin saya bincangkan di sini ialah tentang Yin dan Yang yang mempengaruhi personaliti manusia.
Yin dan Yang ini adalah salah satu cabang ilmu dalam Feng Shui.Saya tidak bermaksud untuk bercerita panjang mengenai Feng Shui. Ringkasnya Feng Shui adalah mengenai Seni , Sains, Analisis statistik dan juga bicara mengenai kehidupan yang harmoni. Menurut kata master Feng Shui , ilmu ini telah muncul dan diguna pakai sejak 6000 tahun dulu iaitu bermula dari zaman Dinasti Tang (618 – 906 A.D

Tingkah laku dan pekerti manusia adalah kombinasi daripada Yin dan Yang. Dalam lain kata manusia ini tetap tak sempurna . . ada kelebihan dan kekurangan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang intelek , emosi , rohani dan jasmani. Namun hasrat murni penggubal falsafah ini tinggal harapan saja. Berani saya mengatakan falsafah ini gagal.

Ini berkaitan dengan teori Howard Gardner mengenai 9 inteligen dan juga teori pembahagian otak kepada OTAK KIRI dan OTAK KANAN. Ditambah pula dengan teori Yin Yang iaitu OTAK KIRI adalah YANG yang mengawal LOGIK dan KEBOLEHAN BAHASA manakala OTAK KANAN adalah YIN yang mengawal DAYA IMAGINASI dan KEBOLEHAN KESENIAN.

Mereka yang hanya memiliki YIN atau hanya aktif OTAK KANAN
memiliki personaliti
pendiam ,
pemalu ,
sangat kreatif ,
artistik ,
pasif ,
sopan santun ,
penyabar ,
anggun bergaya
dan suka memendam rasa.
Manakala mereka yang hanya aktif YANG atau OTAK KIRI
sangat agresif ,
aktif ,
teliti ,
cakap banyak ,
berterus terang dan
berani menonjolkan diri.

Beruntunglah mereka yang memiliki personaliti kombinasi kedua-dua Yin dan Yang…Kepada mereka yang hanya memiliki personaliti Yin atau Yang sahaja perlulah mengaktifkan otak yang sebelah lagi dengan berbagai cara..Cara hidup mereka boleh diubah. Jika mereka terlalu pemalu , lakukan sesuatu umpamanya dengan sering bergaul dengan orang ramai atau menyertai sesuatu program aktiviti sosial.

Tindakan ini amat perlu bagi menghasilkan insan yang seimbang . Semuga ia dapat membantu kita meneruskan kehidupan dengan lebih efektif.

Insan yang SANGAT SEIMBANG adalah insan yang boleh ke tengah dan ke tepi. Insan yang boleh mengawal diri bila dia harus bercakap dan bila mesti berdiam diri , tau waktu bila perlu bertindak agresif dan bila harus pasif.
Dengan cara demikian , tanpa disedari ia akan menghasilkan TENAGA POSITIF yang berupaya menarik orang lain kepadanya. Akhirnya bolehlah dikatakan ia akan menjadi insan yang amat disenangi oleh semua makhluk.


Berbalik kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia kelihatan gagal kerana terlalu menekan dan mengagung2kan subjek Sains matematik , B.Inggeris. Tanpa mereka sedari insan-insan anak didik tadi memerlukan lebih dari itu untuk memenuhi keharmonian diri untuk menerokai alam yang lebih luas sebagai khalifah.





































6 ulasan:

oldman said...

Kalau saorang muslim telah mengetahui persoalan ini dari Quran yang telah menyatakan begitu jelas,kemudian dia pergi kepada munusia yang kononnya dapat menyingkap tabir qadar,dan mengetahui seluruh rahsia yang tersembunyi dan yakin akan nya berpegang serta menjadikan dia pedoman antara baik dan tidak,menjadi miskin atau kaya dan bermacam panduan, maka bearti telah menidakan terhadap wahyu yang diturkan kepada Nabi Muhammad saw.

Mama Tanjong said...

T.kasih oldman.
entri ini hanya membicarakan soal pekerti, sikap dan-perilaku yang sememangnya amat berbeza antara manusia.Ilmu diwajibkan untuk dipelajari bagi membangun peribadi dan kesejahteraan hidup.Mencukupkan apa yg kurang , mengisi apa yg kosong.Usaha utk membangunkan insan yg seimbang adalah merupakan hasrat murni Kementerian Pendidkan Malaysia - termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Maka diujudkan perkataan " Bersepadu" utk diamalkn dalam setiap matapelajaran di sekolah-sekolah di Malaysia.Dengan itu diharapkan tidak akan lahir pemimpin2 yang bijak tetapi TIDAK cerdik,pekerja2 yang produktif tapi TIDAK amanah ulamak yang berilmu tapi TIDAK 'alim.

oldman said...

Tiada kah kitab2 agama kita yg boleh dijadikan panduan? tiada kah tulisan pemikir Islam yg hebat yg boleh kita berpandu jadikan pedoman ada kah pemikiran mereka ini tidak sesuai dengan zaman ni atau system pendikan kita. kita kata Islam hebat meramkumi setiap sudut merangkumi segalanya, hebat kah Islam sampai kita menoleh kearah Feng shui dari zaman dinasti Tang..

Mama Tanjong said...

salam oldman,
Itu juga salah satu ajaran Nabi kita supaya menuntut ilmu di negeri China.Contohnya perniagaan , refleksology , acupunture , seni tembikar , membuat kertas , percetakan, membuat bunga api, ... sekadar menyatakan beberapa ilmu dari China. Ilmu tidak seharusnya berada di dalam kitab.Ilmu seluas lautan , kita perlu mendatangi ilmu bukan perlu menunggu ilmu yang dikitabkan.Sekarang ilmu juga terdapat di alam maya .Yang penting menuntut ILMU..bukan dari mana.

oldman said...

satakat ni je lah koment saya kalau awak dah kata Nabi suruh belajar menuntuk ilmu di negeri cina kenalah saya cari rujukanya dulu. perniagaan,refleksoloy,senia tembikar,kertas dan percetakan telah ujuk sejak zaman firaun lagi sedangkan asas sains komputer bermula dari persia oleh orang yg benama Mohamad bin Musa,asas tamadun hari bermula deri Islam..orang2 cina betambah maju satelah kedatangan pedagang arab...

Mama Tanjong said...

Terima Kasih oldman kerana perihatin dan sudi berkongsi maklumat.Bersyukurlah kerana Nabi menyedari bahawa Negeri China adalah tempat berkumpulnya bermacam ilmu.Dan kita tak perlu ke negeri China kerana orang2 China telah pun berada di Malaysia membawa sebahagian khazanah ilmu dari sana untuk dikongsi bersama.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails