Monday, May 3, 2010

Kempunan Laici Kang Suam


Hari ini saya benar-benar rasa tertipu . Bukan ditipu oleh sesiapa , tapi saya ditinggal oleh masa. Entah apa yang saya sibukkan sangat hari ini pun saya tak tau. Apa yang saya ingat ialah kepala saya rasa tak boleh fokus . Badan saya rasa seperti baru mengambil dadah...ops...bukan salah guna dadah ye. Macam ambil ubat batuk kat hospital tu . Akibatnya saya merana juga - lupa makan , lupa minum. Sedar2 tekak rasa kering je.

Baru saya teringat pagi tadi saya ada mengambil sejenis makanan tambahan dengan harapan dapat memulihkan perjalanan hormon dalam badan saya. Maklumlah kereta lama , pasti banyak memerlukan penambahbaikan di sana sini. Saya rasa terlalu mengantuk .. semua objek yang saya pandang nampak macam ada dua. Bila pandang orang .. pasti matanya ada 4.

Sedar-sedar saya tengok ramai guru petang dah sampai.. Alamak .. hampir pukul dua. Saya tak dapat balik lewat hari ni. Risau anak yang di rumah tu kelaparan .

Sebaik saja kunci kereta saya pulas saya dah membayangkan nak minum laicikang , minuman kegemaran saya. Saya selalu buat sendiri di bulan puasayang resepinya saya dapat dari seorang kawan berbangsa Cina. Cukup dengan 3 bahan utama iaitu buah kembang semangkuk , getah anggur dan selasih. Yang lain-lain saya tambah sendiri . Biasanya saya tambah gula batu , buah teratai , longan (menggantikan buah laici) , sago besar , cincau , kacang tanah , buah kundur dan honchoi. Saya jarang minum laicikang bersama ketul2 ais seperti yang terdapat di kedai2. Hanya satu kedai saja yang menepati citarasa saya.

Saya terus memecut . terbayang2 nikmat kala menyedut laicikang dengan buah kembang semangkuk. Untuk makan tengahari ni saya bercadang nak makan gado-gado saja menggantikan nasi . Sambil pesan gado-gado dan ABC ( air batu campur) untuk anak saya di gerai sebelah saya terus pesan laicikang suam di gerai yang biasa. Saya memilih sebuah bangku berhampiran sebuah kipas besar untuk menunggu pesanan saya . Tak sampai 5 minit gado-gado siap dibungkus , diikuti ABC tiga minit kemudian berlonggok depan saya. Habis membayar harga gado-gado dan ABC saya menjeling gerai sebelah , melihat pesanan laicikang. Dua orang pelanggan mengambil tempat di sebelah saya , lima minit kemudian dua mangkok laicikang ais terhidang depan mereka . Saya meneguk air liur ketika melihat buah kembang semangkuk terjulur di hujung mulut perempuan tu..
Eehhh ..!
Mana laicikang saya ?

Dua orang perempuan ni datang kemudian dari saya dah pun dapat. Saya lihat tauke kedai yang amat kedekut dengan senyuman tu keluar masuk dapur , lalu lalang depan saya. Mata saya terpandang pada sebungkus plastik di atas peti ais krim yang saya pasti itu laicikang yang saya pesan. tapi mengapa dia tak hulurkan pada saya macam tauke gado-gado ni. Mengapa dia tak beritahu saya andainya dia malas nak bagi pada tangan saya di atas meja menunggu saya. . Kepala saya penuh dengan tanda ?? Saya rasa tak sedap hati .. Rasa nak pegi masuk Batu Belah Batu Bertangkup..
Dengan penuh rasa keciwa .. saya membawa rajuk hati ..Tanpa dirancang saya bangun perlahan-lahan .. tanpa menoleh kiri kanan saya terus meninggalkan gerai. . Selera saya mati

Apalah erti perniagaan tanpa pelanggan.
No Customer,
No business

Sebelum jual barang
Juallah senyuman
Customer
is Always
Right

Seorang pelanggan boleh membawa 10 pelanggan baru.
10 pelanggan boleh membawa 100 pelanggan baru.
Kehilangan seorang pelanggan
bererti
kehilangan
perniagaan.












0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails