Wednesday, May 5, 2010

Batik Painting + Batik Canting + Batik Cantik

Semalam dan hari ini saya membawa 25 orang murid sekolah saya menghadiri bengkel Kraf Batik di Universiti Pendidikan Sultan Idris . Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti bagi merealisasikan program kecemerlangan akademik sekolah saya. Ia juga merupakan pendedahan pertama bagi semua murid yang menyertai bengkel ini. Program kerjasama dengan tenaga pengajar dari universiti ini di mulakan jam 9 pagi hingga 4 petang selama dua hari berturut-turut. Banyak ilmu yang kami perolehi hasil dari bimbingan pereka seni Studio Batik , En Azhar.







Setelah memasang besi pemidang kain putih diregangkan. Biasanya kain yang digunakan ialah kain sutera , fuji atau kain kapas. Sebelum digunakan kain tesebut mestilah dibasuh terlebih dahulu bagi menghilangkan kanji.Ini bertujuan untuk memudahkan daya serapan warna ke dalam kain.






Setelah kain diregangkan dengan kemas barulah boleh mulakan kerja.
Kami diperkenalkan dengan teknik ' layer' .Sebelum mencanting masukkan warna pertama dulu sebagai warna latar belakang. Kemudian barulah mencanting , iaitu melukis dengan menggunakan lilin yang dicampur damar.








Setelah mencanting barulah masukkan warna. Warna batik biasanya dibancuh dengan air panas berpandukan sukatan tertentu.








Sebaik sahaja warna telah kering ,kain tadi disapu dengan pemati warna (sodium silikat) selama 12 jam. Pemati warna ini bertujuan untuk memastikan warna tidak luntur apabila dibasuh. Rupanya bolehlah dikatakan seakan-akan gam kanji.
Setelah cukup masa barulah kain tadi di rebus bersama dengan 'soda ash' untuk menghilangkan lilin.

Akhir sekali kain di cuci dan disidai di tempat teduh.






Inilah Sifu dan designer yang berpengalaman sedang khusyuk mencanting .
En Azhar amat berpengalaman dalam bidang Batik Kraf.












Guru-guru pengiring Pn Rohana dan Pn Hazrin sedang sibuk mencanting berkongsi pemidang dengan murid





0 ulasan:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails