Friday, May 7, 2010

Bijak tapi Tak cerdik

Bercakap mengenai sistem pendidikan di negara ini umpama sembang kosong kopitiam .Boleh bercakap , tapi hanya sebagai hiburan tanpa skrip . Kita ketawa dan tersenyum tatkala menonton , dihujung episod kita telah mengetahui 'ending' nya.



Setiap kali bercakap mengenai pendidikan , atau cerita mengenai pengajaran dan pembelajaran semua khalayak akan bercakap mengenai lulus periksa. Isu peperiksaan tidak pernah berhenti diperkatakan dari awal tahun hingga hujung semester. Pergi sekolah bererti untuk belajar , mengambil peperiksaan dan mesti lulus untuk mendapatkan sijil terbaik.



Bermakna murid yang baik ialah murid yang rajin belajar , murid yang lulus cemerlang dan pastinya mereka adalah manusia golongan bijaksana dan bijaksini. Golongan inilah yang akan menjadi celebriti sekolah yang akan dilayan bagai anak emas. Tumpuan 100% akan dicurahkan . Sebut saja program apa untuk mereka pasti pengetua angguk kepala sampai ke meja.



Kesian murid yang tidak bijak. Mereka akan terus dileteri dengan berbagai salahlaku . Daripada kes ponteng sekolah , ponteng kelas , hisap rokok dalam tandas , menconteng dinding , malas belajar , tidak bawa buku , tidak buat kerja sekolah , melawan guru , jadi kutu rayau dalam kawasan sekolah dan sebagainya. Semuanya mengundang berbagai penyakit kepada kaum guru.





Bila keputusan peperiksaan diumumkan penuhlah muka depan akhbar dengan kisah kejayaan murid2 bijak ni.
Apabila ditanya rahsia kejayaan , jawapannya mestilah " saya buat ni ...saya buat begitu ...bapa saya kata begini, begitu dan belajar dari guru tuisyen yang bijak". Jarang2 yang meletakkan kaum Guru pada ayat pertama. Lebih melucukan pula mendengar jawapan seorang Guru Besar yang menyatakan " Kejayaan murid2nya adalah kerana amalan membaca yasin setiap pagi." Memang amalan itu membantu .. tetapi biarlah itu sebagai bukan ayat nombor satu. Kesian Cikgu2 sekolahnya.



Oleh kerana murid2 bijak ini terlalu merasakan kehebatan diri mereka adalah punca utama kejayaan mereka dan juga menjadi penyumbang utama kepada peningkatan peratusan peperiksaan maka terasa tinggilah diri mereka. Apabila telah masuk ke alam kerjaya makin terasalah hebatnya mereka. Pernah beberapa kali saya terserempak dengan murid-murid bijak ini. Mereka hanya memandang dengan ekor mata dan membuat andaian cikgu ni tak kenal dia lagi. Inilah produk sistem pendidikan kita .



Lain halnya dengan murid2 kurang bijak tadi. Murid2 yang sering dileteri , yang ditarik telinganya ... itulah yang akan menjerit memanggil cikgunya di jalan atau di pasar2. Rupa2nya inilah sebenar2nya murid2 yang cerdik walaupun tidak bijak belajar. Mereka cerdik kerana walaupun tidak bijak matematik , tidak bijak sains tetapi mereka tetap boleh berdikari dan berfikir bagaimana untuk mencari duit.



Murid2 bijak tadi yang memenuhi Universiti masih lagi perlu dibimbing bagaimana untuk membuat rujukan di perpustakaan kerana selama ini mereka selalu dimanjakan , nota diberi oleh cikgu ..juga hand out sering dibekalkan dan mereka hanya perlu mengunyah dan menelan saja apa yang telah disuapkan



Apa yang lebih menunjukkan murid bijak tapi tak cerdik ini ialah meningkatnya kes sex bebas dan pembuangan bayi. Sepatutnya murid bijak lebih mengetahui bahawa jika mereka menghampiri zina , mereka akan terdorong untuk berzina , dan akibat zina ialah lahirnya bayi yang tak sah taraf.





Inilah hakikatnya...
BIJAK ..
tapi
TIDAK CERDIK.









Semuga anak muridku ini akan menjadi seorang pengusaha Kain Batik atau paling kurang menjadi pekerja yang bertanggung jawab di sebuah kilang batik

2 ulasan:

ustaz eds said...

salam mama

senang hati mengajar murid yang tak berapa cerdik tapi mempunyai akhlak dan sahsiah yang terpuji dari mengajar murid yang kununnya cerdik tapi perangai menyakitkan hati

Citera Alam said...

Kalau sudah gitu resminya , berilah lebih perhatian kepada yg kurang bijak supaya dia menjadi permata yg lebih bersinar kelak . Dlm leter ada sayang , dalam marah ada simpati ....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails