Tuesday, May 25, 2010

BUNTU tak terBANTU





Hari ini merupakan minggu kedua sekolah menjalankan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Bermula dengan kelas-kelas Tingkatan 4 , 5 dan 6 diikuti dengan Tingkatan 3. Sementara menunggu masa untuk mengawasi kelas 3 Wira saya membelek-belek buku kedatangan kelas 3 Arena ...kelas terakhir dalam Tingkatan 3 daripada 9 kelas.. Kelas di bawah jagaan saya.




Saya mencatat dari satu petak ke satu petak hingga ke petak paling bawah berpandukan secebis kertas catatan penolong ketua kelas. Saya tanda dengan teliti, tanpa mengerdipkan mata. Bermula dengan tanda bulatan untuk murid yang tidak hadir , kemudian barulah ditanda dengan (/) untuk murid yang hadir. Jika tersilap , tak boleh padam dengan cecair pemadam....ini arahan.. 9 orang murid tidak hadir walaupun hari ini ialah hari peperiksaan


Saya mencari nama seorang murid... Ct Aisyah. Syukur alhamdulillah.. datang juga budak ni. Saya tak pernah tengok dia senyum. Doktor kata dia tak sakit apa2. Tapi...air mukanya menggambarkan dia menderita menahan berbagai kesakitan. Berbagai doktor dia dah jumpa termasuk Dr pakar. Mata kuyunya terperosok sedikit dalam lubang mata . Saya kira andainya dia sihat pasti ia menjadi rebutan di kalangan murid2 lelaki sekolah saya dengan mulut yang mungil , hidung terpacak dan bulu mata yang lebat . Cukup pakej jugalah kiranya. Bulan lepas saya berkunjung ke rumahnya bagi memastikan keadaannya. Apa yang boleh saya katakan ..nak cakap pasal ubat..bukan bidang saya. jangan tidak berbahasa basi saya tanya ibunya , kira macam cadangan jugalah.. supaya berubat spiritual. Ibunya menggangguk2 tanpa saya ketahui dia setuju ke a atau apa ke.




Saya tengok nama seorang lagi murid lelaki. Muhammad Azmi. Bulan ni langsung tak nampak muka, termasuk hari ni. Lepas tamat waktu pengawasan saya terus masuk pejabat dan menelefon bapanya. Ketika menjawab panggilan saya bapanya sedang berada di PD. Dia pun tak tau anaknya sepatutnya datang hari ini untuk menduduki peperiksaan. Kami berbual panjang. Bapanya dah mati akal tak tau nak buat apa dengan anaknya. Beberapa jenis kem motivasi telah dihadirinya.... yang berbayar , yang percuma ,namun tak berubah juga.




Saya katakan padanya


" anak encik cerdik ,


sayang jika dia sering ponteng begini ".


" Cikgu bantulah saya agar masa depannya tak sia-sia"




Saya hanya seorang guru biasa...tak punya apa-apa kecuali semangat profesionalisme keguruan. Dalam satu sms saya kepada bapa murid ini saya katakan " Saya akan cuba bantu setakat yang saya mampu". Jauh di sudut hati saya juga buntu. Sedangkan pakar motivasi pun tak berjaya mengubahnya...Boleh ke saya bantu.

2 ulasan:

ustaz eds said...

salam mama...
kl buntu, bantu dengan doa je...moga Allah bukakan hati mereka.

Mama Tanjong said...

salam ustz,
Kita sebagai guru memang sering berdoa utk kejayaan anak didik kita..mereka bagaikan anak sendiri. namun apa daya.Banyak perkara di luar kawalan kita kan.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails